Showing posts with label telefon pintar. Show all posts

AWAS! BAHAYA MAIN TELEFON DALAM GELAP

AWAS! BAHAYA MAIN TELEFON DALAM GELAP. Rasanya majoriti buat benda ni termasuk aku.. Yelah.. dah siap baring2 ready nak pejam mata still masih online dok scroll wall FB & news feed kat IG. Sementara tunggu mengantuk katanya.. Tu yang sampai ada yang tetiba terjelopok enpon jatuh atas muka.. Online sampai tidur kekdahnya. Betapa manusia sekarang memang macam Qarin dengan smartphone kan. Seminit pun tak boleh berenggang.


Apapun perbuatan yang kita rasa enjoy je buat kebanyakkan memudaratkan.. Nak2 lagi benda ni di lakukan secara berlebihan. Memang berisiko tinggi untuk jejaskan kesihatan tubuh badan & pancaindera kita. Contoh macam tengok atau main telefon ketika dah siap sedia nak tidur. Time tu memang semua lampu dah tutup atau cahaya lampu di malapkan.. yelah.. kebanyakkan orang memang tidur dalam gelap kan. Masa tu cahaya dari skrin telefon pun jadi terang la kan sebab satu satunya cahaya yang masih memancar.

Tahukah anda.. Time tu sebenarnya lagi bahaya anda mengadap telefon. Nak2 lagi benda tu jadi rutin korang setiap malam.. Memang sangat tinggi risikonya ok! Sebab telefon anda time tu berada dalam jarak yang sangat dekat dengan muka anda. Maybe anda dalam posisi baring masa tu. Cahaya atau cahaya biru yang terpancar dari telefon tu sudah cukup memberi kesan buruk di siang hari walau dalam keadaan yang terang apatah lagi bila dalam suasana yang gelap atau situasi cahaya yang malap ia berganda memberi kesan buruk.

Cahaya silau lebih dari 30 minit dalam suasana malap boleh menyebabkan degenerasi makula yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah penglihatan atau buta sementara. Bila sebut buta ni rasa seriau pulak kan.. Bukan apa kalau buta sejak lahir tu lain cerita.. ni dok boleh nampak semua benda tetiba semuanya jadi gelap atau kabur yang amat sangat macam nampak kabus jer. Ambil masa jugak ok nak terima kenyataan tu. Jadi please kurangkan tabiat main telefon masa nak tidur terutama bila semua lampu dah di padamkan atau di malapkan.

Banyak perkara yang kita tak sedar sebenarnya memudaratkan kesihatan penglihatan kita yang kita buat secara rutin. Termasuk menggosok mata & terlalu lama terdedah dengan penyaman udara (aircon). Penting ok untuk kita tahu.. Sebab kadang2 kita rasa macam perkara tu sangat remeh & mungkin tak menyebabkan apa2 efeksi atau risiko pada mata tapi sebenarnya bila ia di lakukan secara kerap boleh mengundang masalah yang lebih besar.

Moral of the story.. Mata adalah anugerah yang kalau hilang belum tentu dapat gantinya. Jadi sayangilah mata anda.. Ok nak pi lukis eyeliner sat.. satgi nak keluar hahahaha

FUNGSI BARU YANG ADA DI WHATSAPP PERLU ANDA TAHU

FUNGSI BARU YANG ADA DI WHATSAPP PERLU ANDA TAHU. Mula kecoh kat media sosial katanya whatsapp dah bertukar jadi ala2 facebook bagai. Boleh update status.. Maka aku pun bukan la whatsapp kat sematpon aku ni nak tengok apa yang baru & best tu walaupun aku ni bukan pengguna tegar aplikasi whatsapp ni.. Kalau ada masa & ada keperluan je aku buka whatsapp... Almaklum la aku ni busy mengalahkan bini perdana menteri katanya..

Maka pagi ni terungkai la misteri yang sedang di kecoh kecohkan kat media sosial konon whatsapp berwajah baru. Ada fungsi - baru baru yang korang boleh guna. Maka lepas ni whatsapp akan jadi lebih meriah & sematpon korang pun akan jadi lebih berat la kan.. hahahaha

Nak tau apa yang baru di whatsapp.. Meh nak tunjuk secara bergambar


Lepas ni dah boleh dok update status pulak kat whatsapp kan... Masing2 berlumba lumba nak ikut trend katanya. hahahaha... Apapun semoga gunakan kemudahan teknologi kepada perkara yang bermanafaat.

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8. Huawei antara jenama smartphone yang aku ingin miliki juga. Sebagai pengenalan huawei honor 8  salah satu smartphone terbaik di tahun 2016. di levelkan sebagai smartphone kelas atasan kerana di lengkapi dengan teknologi terkini yang berkualiti & canggih. Dengan reka bentuk yang memenuhi keperluan hidup gaya masa kini.. Ia tampak sangat elegan, eklusif & mewah..


Jadi tidak hairanlah Honor 8 kini menjadi idaman ramai pengguna kerana kelebihan & keistimewaan yang ada pada Honor 8 memang melengkapi gaya hidup zaman sekarang. Lebih2 lagi bagi mereka yang suka berselfie & mengambil gambar. Maka smartphone seperti Huawei Honor 8 adalah paling sesuai bagi golongan ini kerana melengkapi apa yang anda mahukan dalam gambar. Almaklum la selfie & photography sekarang dah jadi satu trend sekarang ni.

Antara sebab kenapa anda perlu menjadikan Huawei Honor 8 sebagai smartphone pilihan anda..

1. Design & warna hitam putih, biru & emas yang nampak elegan, eklusif memenuhi gaya hidup terkini. Yang penting ia nipis & tahan lasak. Orang sekarang memang tak nak smartphone yang tebal2 macam sabun buku dah.. Sebab macam2 benda mereka nak sumbat dalam bag/handbag.. power bank bagai. Jadi smartphone yang nipis & tahan lasak adalah menjadi pilihan orang zaman sekarang.

Huawei Honor 8 di datangkan dalam 4 warna yang menarik

2. Di lengkapi dengan Dual Camera 12MP. 8MP kamera depan yang  memenuhi ciri2 yang di perlukan pengguna smartphone yang suka berselfie & mengambil gambar sebab gambar lebih kelihatan terang & cantik.. Takde pecah2 bila zoom in. Jadi perkara ni memang menjadi pilihan untuk mereka yang kaki bergambar. Nak2 lagi kaki selfie, camera hadapan sangat penting bagi mereka. Kebanyakkan smartphone camera depan memang agak kecil megapixel dia menjadikan gambar selfie kurang menarik. Tapi dengan honor 8.. 8MP memang memenuhi keperluan kaki selfie ni


3. Amat sesuai untuk mereka sukakan photography kerana kelebihan smartphone ini pada fungsi kameranya. Antara salah satu kesan menarik yang boleh di hasilkan dengan kamera honor 8 ini adalah membuat kesan bokeh yang biasanya hanya boleh di ambil menggunakan kamera DSLR. Ia bagaikan DSLR dalam smartphone. Jadi tak perlu lagi membawa DSLR memerlukan ruang yang besar dalam beg anda selepas anda memiliki huawei honor 8.


4. Menggunakan processer 2.6 Ghz CPU Octa Core dan di sokong dengan 4GB LPDDR4 RAM menjadikan ia lebih laju.  Ia menggunakan sistem operasi Android v6.0 Marsmallow. membuatkan pergerakkan lebih laju & lancar di skrin.


5. Ia juga di lengkapi teknologi Fingerprint sensor untuk sistem keselamatan smartphone anda. Setiap cap jari @ fingerprint manusia tidak sama jadi dengan sistem keselamatan cap jari @ fingerprint ni memang tidak semua orang boleh menceroboh smartphone anda sesuka hati. So takde istilah Smartphone & account media sosial anda kena hack di sebabkan orang lain boleh buka smartphone anda sesuka hati di luar pengetahuan anda.


6. Mempunyai skrin bersize 5.2 inci berteknologi IPS-LCD & Full HD. resolusi tinggi membuatkan paparan gambar pada skrin lebih jelas & terang. Kalau macam aku ni selalunya kalau nak paparan lebih jelas terpaksa transfer gambar ke PC sebab skrin smartphone kecil tapi dengan honor 8 pengguna dapat views yang lebih jelas.


7. Boleh di jadikan remote TV & aircon untuk lebih dari 5,000 jenama antarabangsa & 230,000 model antarabangsa. Almaklum la remote ni macam hantu dalam rumah.. Selalu je hilang berbanding smartphone sentiasa melekat atas tapak tangan. Jadi.. tak perlu naik angin bila cari remote tv @ aircon tak jumpa dengan honor 8 membantu menyelesaikan masalah remote hilang.


8. 3000mAh bateri capacity yang boleh bertahan sehingga 1.77 hari untuk penggunaan biasa & 1.22 hari untuk penggunaan yang banyak. Boleh bertahan sehinggan 10 jam untuk menonton video secara offline. Jadi tak perlu risau bateri cepat habis walau baru tengok 1 video.

Untuk lebih detail tentang Spesifikasi Huawei Honor 8 di sini http://www.lazada.com.my/honor-8/

Tak pelik la jika Huawei honor 8 mendapat sambutan & menjadi kegilaan ramai. Fungsi & kecanggihan teknologi terutama camera & mempunyai memori yang besar memang memenuhi keperluan pengguna smartphone. Di tambah lagi dengan size yang nipis, warna yang anggun & design yang menarik.. Jadi tiada alasan untuk anda tidak memilikinya.


DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI. Aku ada la seketoi DSLR yang mungkin dah out of date kot. Bukan aku beli, husband aku yang beli masa tengah trend orang semua gila nak ada DSLR. Kalau kat KL tu budak sekolah pun time tu usung DSLR. Kiranya laki aku masa tu terpengaruh jugak la dengan trend ber DSLR ni so dia beli la sebiji buat bagi hilang kempunan katanya.


Aku pun merasa la tekan2 butang snap kat DSLR. Mula2 beli tu rajin la jugak mengusung sana sini.. Rajin la nak berphotoshoot bagai. Bila dah lama.. Maka tersadai la DSLR tu kat situ je tak di sentuh2. Sebelum di hadiahkan seketoi Samsung Galaxy S4 Zoom aku dok guna jugak la ambil gambar untuk Instagram & blog. Tapi sejak2 dah ber samsung galaxy S4 zoom cinta dah beralih arah katanya. Dah tak kuasa nak layan DSLR sebab samsung galaxy s4 zoom ni pun camera dia cantik & gambar dia sharp jugak. Kalau pandai ambil gambar qualiti dia boleh jadi ala2 DSLR jugak tau cuma tu la aku ni tahu ambil gambar ikut sedap jari aku jer.. Tak ada bakat sangat la nak jadi photographer.

Ni gambar bunga mak aku kat kampung yang aku ambil dengan samsung galaxy s4 zoom. Ada yang salah faham ingat aku guna DSLR sebab nampak macam bokeh effect kat gambar ni. Mungkin cara tak sengaja kot sebab aku ni bukan pandai ambil gambar sangat pun sebenarnya. Rasanya aku guna mode rich tone (HDR) je untuk ambil gambar ni. Kebanyakkan gambar aku ambil guna galaxy s4 zoom memang guna mode tu je. Nampak sharp & warna asal tu tak berubah.

Tapi sekarang smartphone dengan fungsi camera memang dah gempak2 giler beb! Jangan jangan tak tahu ada yang buat kerja sambilan jadi photographer guna smartphone jer. Kau tengok dia rilex je lenggang kangkung tak usung DSLR bagai tapi sebenarnya dia ada job photoshoot tu. Harga pun harga bajet2 je dia charge. Kat FB aku ada sorang kawan yang buat kerja sambilan ambil gambar guna smartphone. Hasilnya tak kurang hebat pun. Tak tau la dia guna smartphone cap apa.. Tak tanya pulak aku cuma aku dok nampak dia iklankan service dia kat FB jer. Takde keperluan segan jugak nak tanya lebih2.. macam kita nak guna khdimat dia.

Tapi kalau korang pun berangan nak ambil gambar macam profesional photographer hanya guna smartphone pun boleh.. Gambar dia macam DSLR beb! Di tambah lagi dia ada Dual Leica Lens, boleh ambil gambar dengan bokeh effect & banyak lagi yang boleh di buat dengan camera smartphone ni macam camera DSLR.. So, tak perlu dah korang nak usung DSLR yang besar gedabak tu. Nak2 lagi kalau nak pergi travel nak kena bawa banyak barang. So dengan smartphone ni memudahkan kerja ada. Nak tahu smartphone cap apa & nak tengok gambar2 yang mampu di hasilkan menggunakan camera smartphone ni meh tengok kat sini >> 6 Sebab Anda Tak Perlukan DSLR lagi Kalau Dah Ada Smartphone ni <<

Jadi yang suka bergambar tu atau yang tengah survey smartphone baru nak2 lagi blogger yang memang perlukan gadget2 macam ni untuk buat kerja di blog boleh la risik2 smartphone ni. Manalah tau ia menepati keperluan anda. hehehe

TELEFON PENYANYI NURUL WAHAB DICURI PENYELUK SAKU DI PARIS

TELEFON PENYANYI NURUL WAHAB DICURI PENYELUK SAKU DI PARIS. Tempat2 tumpuan ramai macam tempat pelancongan ni memang la sasaran pencuri & penyeluk saku. Depa2 yang dah lama graduate dalam bidang menyeluk & menyapu harta benda dalam kocek & beg orang boleh buat perkara terkutuk dalam sepintas lalu. Sambil lalu kat sebelah pun depa boleh rembat tanpa kita sedar atau mencederakan mangsa macam peragut. Sebabnya mungkin depa dah follow mangsa & dah tahu target2 depa nak menyapu tu kan nampak lancar je aktiviti mencuri depa ni.


Sebab tu la kita perlu berhati hati.. Kadang2 kita rasa kita dah letak kat tempat paling selamat dah aset2 berharga kita macam gadget2 elektronik tapi sebenarnya dunia sekarang dah tak berapa selamat dari spesis2 jahat ni. Langkah paling selamat jangan menyimpan apa2 maklumat atau benda yang boleh membahayakan & mengaibkan kita dalam gadget2 elektronik. Takut kalau terlepas kat orang yang tak sepatutnya benda tu di jadikan bahan untuk memalukan atau mengugut kita.

Tadi terbaca satu post dari Kak Nurul kita ni.. Dia sekarang sedang bercuti di Paris bersama family dia. Katanya telefon dia kena curi oleh penyeluk saku di paris. Semua gambar & video dalam fon dia belum sempat dia buat backup.. Moga tak ada apa2 gambar atau video yang tak sepatutnya dalam tu. Memang la mat saleh bukan kenal sangat pun dengan retis Malaysia tapi kalau dia sesaja nak buat khianat pergi upload benda tak sepatutnya kat media sosial.. kalau ada Orang2 yang mengenali mangsa tu tengok tetap dapat malu besar jugak. Jadi mencegah itu sangat penting.


Nak selamat simpan celah pinggang bahagian depan. kalau orang nak seluk pun kita boleh nampak katanya. Sekian tips mengelak dari smartphone kena curi dengan penyeluk saku katanya... hahahaha

Moral of the story.. Dalam masjid pun orang tak takut mencuri apatah lagi di luar sana. Jadi berhati hati lah..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com