Showing posts with label dalam hutan. Show all posts

KERASUKKAN AKIBAT AMBIL ORKID HUTAN TEPI JALAN DEKAT SUNGKAI

KERASUKKAN AKIBAT AMBIL ORKID HUTAN TEPI JALAN DEKAT SUNGKAI. Amboi asyik dok mengulas pasal mentor milenia ja sekarang ingat dah lupa la yang dia tu blogger puaka..Tak reti reti ke nak update cerita seram. Jangan biar identiti seram kat blog lekatlekit ni jadi suram pulak.. Mana ada. Kisah seram masih bertakhta di hati si lekatlekit katanya. Cuma kadang2 tak ada cerita yang seram nak share terpaksa la berehat sekejab segmen seram serik lekatlekit ni..


Alhamdulillah.. Ada seorang hamba Allah bernama Jamil kucing sudi sponsor sebuah kisah seram yang berlaku kira2 22 tahun yang lalu katanya. Abang Jamil ni kalau hangpa selalu ikuti dia.. Agak popular orangnya. Dia seorang aktivis penyelamat haiwan terbiar. Sekarang tengah kumpul dana untuk membuka sebuah taman kucing..Kalau ada yang nak menghulurkan sumbangan untuk aktiviti beliau boleh berurusan terus dengan Abang Jamil di account facebook beliau Jamil Bin Ismail.

Menurut abang jamil kejadian seram ni berlaku semasa dia bersama 6 lagi saudara dia yang lain dalam perjalanan dari Ipoh ke kuala lumpur. Masa tu katanya tak ada highway so menggunakan jalan dalam (jalan lama). Sebab lama sangat perjalanan tu.. Masing nak terkuncil bagai la.. Benda2 camni ada limit dia jugak nak bertahan. Sampai tahap empangan tak mampu menampung desakkan air yang nak keluar kalau tak di keluarkan.. terkeluar sendiri pun payah jugak kan. Jenuh pulak nak mencuci kenderaan nanti.

So depa pun berhenti la kat satu tempat ni.. Katanya lepas dari sungkai sikit. Tempat tu kira kawasan berhutan la.. Secara logiknya takkan nak membuang kat kawasan terang benderang.. Tu namanya buat show free la kan. Yang mana berhajat pakat2 la melempiaskan hajat masing2 dalam semak.. Salah seorang kakak saudara abang jamil ni tunggu dekat van yang depa naik. Dalam dok tunggu2 yang lain2 membuang hajat tu dia nampak pulak pokok orkid hutan. Orang perempuan la katakan.. Nampak pokok bunga dia susah sikit nak kawal nafsu.  Nak2 lagi menurut cerita abang jamil ni kakak sedara dia ni memang jenis gila dengan pokok bunga apa lagi di angkutnya masuk dalam van.

Selepas selesai semua berhajat dalam semak tu depa teruskan perjalanan semula ke kuala lumpur. Dalam pukul 11 malam macam tu tetiba.. satu kejadian seram telah berlaku melibatkan pokok orkid hutan tu.. Bukan!! Bukan pokok orkid tu bertukar jadi pontianak ke hapa.. Tak jugak pokok orkid tu tetiba mengilai.. Tapi.. tetiba salah seorang kakak sedara abang jamil ni menjerit jerit. Bila tengok lain macam kelaku kakak sedara dia tu masing2 mula membaca ayat2 al quran bagi menenangkan.. Apa lagi mengelupur terajang habis orang2 yang sedang membaca ayat2 suci al quran. Dalam celah2 dok menjerit & mengelupur tu tetiba keluar satu suara garau dari tubuh kakak sedara abang jamil ni dalam nada yang marah bertanya 'kenapa ambil pokok orkid tu'. Dan minta di pulangkan balik ke tempat asal dia. Mujur la dalam ramai ramai tu ada seorang kakak sedara abang jamil yang ada ilmu sikit untuk handle benda benda mistik macam tu.. Dia pun mula berinteraksi dengan makhluk yang merasuk salah seorang dari mereka tu.. Sebab nak patah balik ke tempat pokok orkid tu di ambil jauh sangat maka makhluk tu minta mereka buangkan saja pokok tu dekat hutan yang berdekatan mereka. Tempat depa buang orkid kepunyaan makhluk tu sekarang katanya di namakan setapak garden. Dulu katanya bekas tapak kilang getah. Berkat orkid berhantu maju jugak jer sampai di namakan setapak garden.

Lepas dah buang pokok orkid hutan tu barulah yang kerasukkan tadi sedar semula & pulih seperti sediakala.

Benda - benda dalam hutan ni memang tak boleh sebarangan kita nak ambil tak kira la pokok ke hapa.. Sebab hutan ni memang tempat tinggal jin. Tak mustahil apa yang kita ambil tu kepunyaan dia.. Kita pun marah orang petik bunga kat halaman kita, macam tu juga la jin. Jadi.. Kalau berhenti tepi jalan tempat2 yang berhutan terutama bukan dekat dengan kawasan penempatan manusia.. Jangan jadi monyet yer petik sana petik sini. 

Aku pun pernah ada pengalaman mistik berlaku kat anak aku dulu.. Aku pernah share kat blog ni dulu.. Aku tak petik apa2 cuma singgah bagi anak aku main air sungai kat hutan tepi jalan jer.. laluan yang nak ke fraser hill tu..kan banyak hutan. Sejak dari kejadian tu anak aku kena gangguan.. sampai sekarang kalau salah pergi tempat apa2 mesti akan terkena gangguan. Malah.. dulu masa mak mertua admit wad kat hospital selayang pun..sebab asyik sampai malam kami di wad.. anak aku kena jugak demam panas dekat seminggu tak baik baik.. checkup kat klinik.. buat blood test semua tak ada masalah. So, terpaksa bawa ke pusat rawatan islam Al Qayyum.. Ada gangguan sikit. Lepas tu baru la ok.

Memang kalau fikir balik menyesal jugak.. Macam tak pernah jumpa sungai pulak. Tepi hutan macam tu jugak nak berhenti. Tapi masa kat situ.. aku singgah tu aku dengar bunyi harimau mengaum tapi suami aku tak dengar & ada satu family berhenti jugak kat situ cuci muntah kereta dia.. pun tengok rilex jer.. So, aku anggap mainan perasaan aku je. Maybe bunyi benda tu.. dia saja nak bagi aku sorang je dengar kot. Apapun pengalaman tu memang jadi pengajaran kat kami laki bini sampai hari ni. Memang tempat2 yang berisiko.. kami takkan bawa anak kami even muzium pun sekarang kami tak berapa rasa nak bawa masuk. Anak aku masuk muzium mesti ada tempat2 dia tunjuk reaksi takut sangat. Balik mesti demam...

Moral of the story.. Samada percaya atau tak.. ia wujud. Jadi berhati hati la dalam setiap tindakkan kita di tempat2 asing yang kita tahu bukan tempat penempatan manusia ni. Supaya apa yang berlaku dari pengalaman orang lain tidak berlaku pada diri kita & keluarga kita.

P/S : kalau ada cerita seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA

MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA. Rasanya ramai yang mengikuti kes kehilangan seorang remaja 20 tahun Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman , yang berasal dari Pantai Merdeka Sungai Petani Kedah semasa mendaki bukit broga bersama 5 lagi rakannya yang lain. Kes kehilangannya menjadi viral bila salah seorang individu yang menyertai pasukan penyelamat untuk misi mencari remaja tu memuat turun 1 video dimana emak kepada remaja tersebut turut menyertai misi pencarian. Paling menyentuh hati bila ada rakaman yang menunjukkan mak dia memanggil manggil sayu nama anak dia dalam hutan.


Video ibu kepada Mohd Azarul Mukhriz yang memanggil manggil nama anaknya

Dia hilang sejak Ahad lalu tapi Alhamdulillah di temui dalam keadaan selamat. Sempat terbaca kat berita online tadi katanya pasukan penyelamat berpusing2 tempat yang sama di mana tempat dia hilang tu.. Akhirnya jumpa kat situ. Bayangkan macam mana dia boleh di temui di tempat yang sama dia di kesan hilang? Secara logik akal memang susah la nak jawab. Apa ke mistiknya kan kejadian macam ni. Tapi bukan sesuatu yang pelik.. Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada alam ghaib. Mungkin tu perbuatan Makhluk Alam Ghaib yang menutup pandangan orang2 yang mencari budak tu..


Menurut cerita Mohd Azarul Mukhriz, masa dia tersesat puas jugak dia pusing2 alih2 sampai kat tempat yang sama jugak. Normally orang yang sesat dalam hutan kebanyakkan akan berlaku perkara macam tu. Selalunya melibatkan gangguan dari makhluk halus la. Dia tutup jalan.


Tak tau la apa silap.. Mana salah.. Salah siapa sampai dekat 6 hari hilang baru jumpa di tempat yang sama di hilang.. Tak perlu kita nak fikir sangat. Janji budak tu pun dah selamat di temui dalam keadaan masih bernyawa tu pun dah syukur sangat. Mungkin doa mak dia & orang2 sekeliling.. Allah makbulkan. Berkat usaha semua pihak yang terlibat Misi pencarian yang sepatutnya tamat selepas 3 hari tu tetap di teruskan. Bayangkan.. selepas 3 hari dah tiasa misi pencarian sedangkan dia masih bernyawa di atas bukit sana.. Tak tau la kan apa yang akan berlaku dalam keadaan lemat & penat. Mampu ke dia survive untuk cari jalan keluar.

Video semasa remaja tersebut di temui

Moral of the story.. sebab tu orang tua2 dulu nak masuk hutan banyak sangat petua. Kalau ada petanda2 yang pelik mereka takkan masuk hutan pada hari tu. Aku dah lupa apa petanda tu. Makcik aku pernah cerita pasal tu. Tokwan aku dulu kalau nak masuk hutan pun berlaku sesuatu yang seolah2 bagi signal jangan masuk hutan dia takkan masuk hutan. Tu sebelum masuk hutan.. dalam hutan tu banyak petua yang orang dulu amalkan supaya tak tersesat. Pantang larang orang dulu2 bukan semua mitos atau dogeng.. Bukan semua kuno tidak boleh di pratikkan zaman moden.. Jangan berlagak sangat wahai anak muda. Jadi patuhilah pantang larang bila nak masuk hutan selagi ia tidak ada unsur mensyirikkan Allah.

Untuk entri berkaitan >> DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com