Showing posts with label macho. Show all posts

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET. Kalau dulu singlet ni sinonim jadi pakaian dalam jer. Orang lelaki pun pakai singlet di dalam baju tapi zaman sekarang singlet macam salah satu fesyen bila bersepah kita boleh nampak lelaki keluar ke mall atau beriadah hanya bersinglet. Dah bukan jadi satu pakaian dalam lagi.

Sumber Google Sekadar Hiasan

Bila dah jadi satu trend semua orang akan terima & ikut sebagai satu fesyen yang depa rasa kalau di gayakan nampak urban & stylo milo kononnya. Kalau awek tengok pun menitik air liur katanya. Aku tak tau la pandangan mata aku maybe tak up to date sangat kot dengan gaya lelaki bersinglet. Sebab walau hensem macam mana pun tetap aku geli tengok lelaki bersinglet.nak2 lagi jenis bulu ketiak bersepah. Tak payah bersinglet sangat la. Tak sanggup aku nak bayangkan peluh ketiak yang meleleh sebab tak ada penyerapan. Kalau pakai baju berlengan lain la peluh tu serap jugak kat kain.

Serius tak seksi & menghairahkan pun lelaki bersinglet sebagai fesyen untuk jenjalan kat mall @ mana2 pusat riadah. Even ketiak ko licin sekalipun tetap nampak geli hahahaha. Kalau rasa nak jadi lelaki seksi & mampu menghairahkan kaum wanita untuk mendekati hangpa tak payah tayang badan sado. Muka hensome pun tak perlu. Hanya perlu buat benda ni jer confirm tak sempat korang declare perempuan tu dah berangan pergi honeymoon dengan korang. Nak tau apa yang perlu buat untuk jadi lelaki seksi yang mampu mencairkan hati perempuan sila baca kat sini >> 7 Perkara Yang Buat Lelaki Nampak Seksi <<

Satgi ada dok mai pertikai laki pakai singlet geli sangat yang perempuan pakai baju dah macam bikini tak pulak hang kesah. Bukan tak kesah tapi rasanya dah ramai sangat kaum lelaki ambil kisah jadi kita kesahkan pulak pasal pakaian lelaki. Almaklum la lelaki ni kadang2 prihatin sangat dengan apa yang perempuan pakai padahal kadang2 depa tu pakai sampai nampak size angry bird tak pulak rasa segan & malu. Satgi ada pulak setaz mai dok cakap pasal aurat.. jadi sebelum berlaku aku nak bagitau siap2 apa yang aku tulis tidak menyebut pasal aurat sesiapa cuma apa yang aku tulis hanya dari pandangan mata aku je. Aku sedar aku bukan selayaknya cakap pasal aurat orang.

Aku tak kisah la kalau setakat nak bersantai kat rumah di musim panas pakai singlet sebab bila kat rumah kita nak lebih santai kan. Cukup la kat rumah jangan sampai keluar dating dengan awek pun kau bantai singlet jer hapa kau fikir badan kau ketul2 macam roti bun tu semua orang tengok terliur ke? Ada orang tengok kau bersinglet rasa nak muntah tau tak?? hahahhaa

Moral of the story, bila pakaian dalam di pakai di luar & menjadi ikutan maka kadang2 fesyen orang sekarang lebih nampak kuno berbanding orang dulu.peace yo!

AYAH YANG MACHO BUAT 15 PERKARA NI

Ayah adalah hero seorang anak jugak hero seorang Isteri. Kalau dia bersikap pondan.. Memang hilang la maruah seorang lelaki. Semua benda nak bini settle kan. Semua benda tak boleh buat dengan alasan sebab dia lelaki memang tak macho la.


Seorang lelaki Macho jugak menyatakan perasaan sayang dia melalui perbuatan bukan duduk lenggang perut dok karang kata2 puitis & romantis ja.. Padahal tiap2 bulan bini jugak kena topup barang dapur, kena jaga anak & bayar segala bil bagai. Tak kenyang la makan ayat. So jangan hanya pandai mengayat tapi tak reti suap anak bini makan.

Nak tau seorang lelaki bergelar Ayah macho ke tidak.. Dia akan buat 15 perkara ni bukan tau buat anak je tapi tak tau nak bela & jaga. Sesetengah lelaki nak gagah perkasa atas katil je tapi bab tanggungjawab lemah gemalai mengalahkan penari makyong. Kerja berat sikit tak boleh.. bawak barang banyak sikit tak boleh.. jalan jauh sikit dah letih.. Pendek kata kalau boleh 24 jam dia nak melingkar atas katil jer... Tapi lelaki yang macho & gagah perkasa confirm sanggup buat 15 perkara ni. Nak tau apa 15 perkara seorang lelaki bergelar Ayah selalu buat meh baca kat sini >> 15 perkara yang seorang Ayah selalu buat <<

Maaf tu artikel orang, tak manis copy paste cuma boleh bagi link jer. hikhikhik. So, lelaki korang ada buat ke 15 perkara ni? kalau takde belum cukup macho walau badan berketak macam roti bun sekalipun.

Moral of the story.. lelaki macho tak perlu sado cukup la dia mainkan peranan sebagai lelaki yang bertanggungjawab.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com