KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET
Sumber Google Sekadar Hiasan |
Bila dah jadi satu trend semua orang akan terima & ikut sebagai satu fesyen yang depa rasa kalau di gayakan nampak urban & stylo milo kononnya. Kalau awek tengok pun menitik air liur katanya. Aku tak tau la pandangan mata aku maybe tak up to date sangat kot dengan gaya lelaki bersinglet. Sebab walau hensem macam mana pun tetap aku geli tengok lelaki bersinglet.nak2 lagi jenis bulu ketiak bersepah. Tak payah bersinglet sangat la. Tak sanggup aku nak bayangkan peluh ketiak yang meleleh sebab tak ada penyerapan. Kalau pakai baju berlengan lain la peluh tu serap jugak kat kain.
Serius tak seksi & menghairahkan pun lelaki bersinglet sebagai fesyen untuk jenjalan kat mall @ mana2 pusat riadah. Even ketiak ko licin sekalipun tetap nampak geli hahahaha. Kalau rasa nak jadi lelaki seksi & mampu menghairahkan kaum wanita untuk mendekati hangpa tak payah tayang badan sado. Muka hensome pun tak perlu. Hanya perlu buat benda ni jer confirm tak sempat korang declare perempuan tu dah berangan pergi honeymoon dengan korang. Nak tau apa yang perlu buat untuk jadi lelaki seksi yang mampu mencairkan hati perempuan sila baca kat sini >> 7 Perkara Yang Buat Lelaki Nampak Seksi <<
Satgi ada dok mai pertikai laki pakai singlet geli sangat yang perempuan pakai baju dah macam bikini tak pulak hang kesah. Bukan tak kesah tapi rasanya dah ramai sangat kaum lelaki ambil kisah jadi kita kesahkan pulak pasal pakaian lelaki. Almaklum la lelaki ni kadang2 prihatin sangat dengan apa yang perempuan pakai padahal kadang2 depa tu pakai sampai nampak size angry bird tak pulak rasa segan & malu. Satgi ada pulak setaz mai dok cakap pasal aurat.. jadi sebelum berlaku aku nak bagitau siap2 apa yang aku tulis tidak menyebut pasal aurat sesiapa cuma apa yang aku tulis hanya dari pandangan mata aku je. Aku sedar aku bukan selayaknya cakap pasal aurat orang.
Moral of the story, bila pakaian dalam di pakai di luar & menjadi ikutan maka kadang2 fesyen orang sekarang lebih nampak kuno berbanding orang dulu.peace yo!
ahaha
ReplyDeleteteguran yang sangat tajam dan pedas
selalunya takut nak masuk blog nieh
banyak cite seram
Tu tak cukup dahsyat dedulu zaman anak dara akak penah naik bas dari melaka - kl ada penumpang pompuan indon umur dalam 30an kot pakai baju singlet sambil cabut bulu ketiak pakai penyepit kecik tu sambil borak2 dgn kawan dia....ngeri ko terbayang bulu ketiak dia dok terbang2 di tiup aircon.....hahaha
ReplyDeleteAdoiiii, tak menahan saya gelak kat crita sis ni....lawak2
DeleteNasib baik ambe tak suka pakai singlet dan ketiak ambe bersih...hahahaha.
ReplyDeleteTerbayang bila part peluh tu.. camane nak serap kalau pakai baju takde lengan.. eerrr..
ReplyDeleteBiasanya orang yang suka pakai singlet dikhalayak ramai ni fikirannya tak matang. Ada yang dah berpinak cucu pun masih rasa dirinya muda dengan pakaian singlet tu..
ReplyDeleteDuk dirumah tak kisah la kan..isteri ja tengok...haha
ReplyDeleteJgn lupa...ihram lelaki pun tayang ketiak ape...stigma...prempuan blh plak tyg ketiak...bila ditanya knp...dia kata panas...org lelaki pkai singlet bkn sbb nk tyg sado ke tak...tapi nk selesa..malaysia ni kan panas...
ReplyDeleteAku dulu masa bujang suka tak berbaju kat rumah..kadang2 sampai ke kedai berdekatan beli rokok pun tak berbaju sambil bawa motor.pernah terkantoi sekali masa aku beli nasi campur kat dgn rumah.mulanya nampak mcm takde orang kedai tu.tibe je ramai pula awek tengah beratur nak beli..berpeluh badan aku..segan siut..tu dulu la..skrg tak lagi dah kahwin pun..kenangan.
ReplyDelete