Showing posts with label masyarakat. Show all posts

INILAH LAUK HARAMJADAH

Lauk haramjadah ni.. sapa masak? Amboi kasaq sungguh la bahasa hang lekat lekit.. Kalau ya pun perlu ke berharamjadah dengan makanan. Rezeki tu tak elok di maki hamun macam tu. Orang kat somalia sana nu.. mati tak cukup makan.. hang kat Malaysia terlampau mewah dengan makanan dok panggil makanan Haramjadah.

Amboi hangpa cheq ni outspoken bukan suka maki orang apatah lagi makanan. Memang la cheq lazer tapi tak tergamak cheq nak taip makian camtu. Tapi kali ni cheq terpaksa juga sebab nama masakan tu memang haramjadah. Kali pertama dengar memang nak gelak.. Nak sebut pun rasa janggal jugak.

Bahan2 untuk masak haramjadah

Kalau masih ada yang tak tahu.. itulah nama masakan tradisi masyarakat chetti kat Melaka. Chetti ni kaum india yang cara hidup dia macam baba nyonya pun ada.. melayu pun ada. Depa tak cakap tamil.. macam baba nyonya jugak. depa cakap melayu.. perempuan suka pakai baju kebaya pendek.. Even cara hidup depa lebih kemelayuan tapi tetap menganut agama hindu. Tertengok Tv alhijrah semalam.. rancangan hapa ntah aku pun tak berapa sure. Terkejut aku bila pengacara tu sebut nama masakan tradisi chetti ni haramjadah.

Macam ni la rupa & cara pakaian masyarakat chetti di melaka

Aku tengok macam kari sayur sayuran jer. Tak tau macam mana boleh dapat nama haramjadah pada masakan ni. Kontroversi jugak nama masakan macam ni. Nak sebut pun rasa was was. Bukan semua orang tahu.. macam aku pun baru tahu. Tersilap sebut kat orang mau makan penampaq sedas dua hahahahaha.

Ni la rupa masakan haramjadah. Nak lebih info baca kat SINI

Apapun itulah keunikkan yang ada kat Malaysia ni. Berbilang kaum, adat & macam2 citarasa makanan. Haramjadah pun haramjadah la janji makan tak haram sudah. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com