Showing posts with label santau. Show all posts

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.

USTAZ KAZIM ELIAS NAMPAK ORANG MENYIHIRNYA DALAM MIMPI

Entri lepas cerita pasal pengalaman Ustaz Kazim Elias yang di santau kan. Boleh rujuk entri tu kat sini USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU. Ini entri kesinambungan entri tu la..

Kuasa Allah tak siapa boleh menafikan. Semua berlaku dengan keizinan Allah jugak. Dengan kuasa Allah.. Allah memperlihatkan orang - orang yang menghantar sihir santau pada Ustaz Kazim Elias ni dalam mimpi dia.  Jom kita baca kesinambungan kisah Ustaz kazim kena santau ni..


Mujur la yang menghantar santau kat ustaz kazim tu sempat insaf & sempat mohon maaf kat Ustaz Kazim kan?? Kalau macam cerita 6 Jahanam tu.. mati sia2 jer tak sempat taubat. Nasib 6 orang ini sedar sebelum terlambat.

Moral Of The Story... Jangan menganiaya orang. Balasan Allah kadang2 tak tunggu masuk kubur dulu. Ikut nasib la.. Kalau Allah nak balas kat dunia ni, sapa boleh kata 'TAK BOLEH'. Yang suka main bomoh, suka mengamalkan amalan khurafat & syirik ni, bawak2 la mengucap dua kalimah syahadah. Taubat sebelum terlambat. Tak di nafikan orang yang solat 5 waktu terjaga pun.. masih ada yang percaya dengan bomoh ni.

  

USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU

Bab santau menyantau ni memang kadang ngeri sikit. Kita sedia maklum santau ni paling popular kat negeri perak.. tapi ada daerah2 yang memang popular dengan santau. Santau yang sang lekit tahu ada 2 jenis.. santau tuju tuju & santau angin. Santau tuju tuju tu orang kata.. santau tu memang di hantar seseorang untuk seseorang dengan tujuan tertentu.. santau angin pula dari cerita orang tua2 kat kampung den.. katanya santau tu di lepaskan tanpa arah tujuan. Benda ni katanya di buat oleh bomoh santau, kononnya ada tempoh tertentu dorang kena buang santau kalau tak santau tu makan diri. Tak tau la sejauh mana betul ke tidak..

Jangan kata kita yang tahap yang tak layak bergelar setaz/setazah ni je boleh jadi mangsa sihir.. Golongan Ustaz/Ustazah pun tak terkecuali. Semuanya berlaku dengan Izin Allah. Bila baca pengalaman penceramah & pendakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena santau.. Ngeri jugak la kan?? Sampai muntah darah bagai.. Jadi kalau korang nak tau macam mana keadaan dia masa tu, jom kita baca...


Sapalah punya kerja kan?? Orang2 macam ni dah confirm hitam segala sudut dalam hati dia. Kita yang jahil2 ni pun tak tergamak nak buat orang sampai mensyirikkan Allah.. Tak mustahil manusia jenis ni sanggup buat lebih dari itu untuk memuaskan hati sendiri.




BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com