CARA MEMBUANG BAYI DENGAN LEBIH SELAMAT
Kalau di baca dari tajuk entri ni memang agak kasar bunyi berbanding tujuan pusat ini di tubuhkan. Tapi untuk menyalurkan maklumat melalui blog ni kena ada tajuk yang mampu menarik minat orang membaca baru lah info dapat di sampaikan kepada lebih banyak pembaca. Bukanlah niat sang lekit nak bergimik semata - mata, tapi sang lekit rasa info ini sangat berguna & harus kreatif menyampaikannya.Pusat pembuangan bayi yang sah lekit maksudkan adalah pusat penyerahan bayi (ala - ala macam rumah kebajikan jugak la) yang menyediakan satu ruang pelindung bayi. Pelindung bayi adalah salah satu kemudahan terbaharu yang disediakan di OrphanCare bagi membantu mereka yang menyerahkan bayi tanpa mahu mendedahkan identiti mereka.rata-rata yang datang menyerahkan bayi mereka disebabkan sama ada malu atau masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab menjaga anak.Ia adalah alternatif kepada mereka yang sudah terlanjur tetapi mahu anak mereka selamat dalam pangkuan pihak yang lebih menyayangi tanpa perlu mendedahkan identiti sendiri.Tujuan mereka untuk mengelakkan manusia menjadi lebih kejam dengan membunuh atau membuang bayi mereka lantaran hilang pertimbangan pada waktu ‘cemas’ itu..
sebaik sahaja bayi diletakkan dalam baby hatch, beratnya akan menghidupkan seluruh sistem secara automatik. Petugas OrphanCare boleh melihat melalui kamera litar tertutup untuk mengesahkan terdapat bayi atau tidak.Sebaik sahaja pintu pelindung bayi ditutup, ia akan terkunci bagi menjamin keselamatan bayi tersebut. Imej kamera hanya dari arah dalam pelindung bayi bukan luar. Jadi mereka2 yang tidak mahu di kenalpasti identiti semasa menghantar bayi ke pusat ini tak perlu risau. Tujuan mereka hanya mahu selamatkan bayi yang tidak berdosa bukan untuk mengenali siapa ibu bapanya.
OrphanCare terletak di Petaling Jaya, Selangor. Bukan mengalakkan persetubuhan haram atau seks luar nikah tapi pada mereka yang sudah terlanjur & di sahkan mengandung jangan la di buang anak itu merata - rata sehingga menyebabkan terjadinya kematian yang menyedihkan. Dari terjadinya perkara macam tu.. adalah lebih baik menyerahkan di pusat jagaan Orphan Care.
Untuk membaca artikel sepenuhnya sila clik : Jangan bunuh bayi anda!