CARA MEMBUANG BAYI DENGAN LEBIH SELAMAT
Pusat pembuangan bayi yang sah lekit maksudkan adalah pusat penyerahan bayi (ala - ala macam rumah kebajikan jugak la) yang menyediakan satu ruang pelindung bayi. Pelindung bayi adalah salah satu kemudahan terbaharu yang disediakan di OrphanCare bagi membantu mereka yang menyerahkan bayi tanpa mahu mendedahkan identiti mereka.rata-rata yang datang menyerahkan bayi mereka disebabkan sama ada malu atau masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab menjaga anak.Ia adalah alternatif kepada mereka yang sudah terlanjur tetapi mahu anak mereka selamat dalam pangkuan pihak yang lebih menyayangi tanpa perlu mendedahkan identiti sendiri.Tujuan mereka untuk mengelakkan manusia menjadi lebih kejam dengan membunuh atau membuang bayi mereka lantaran hilang pertimbangan pada waktu ‘cemas’ itu..
sebaik sahaja bayi diletakkan dalam baby hatch, beratnya akan menghidupkan seluruh sistem secara automatik. Petugas OrphanCare boleh melihat melalui kamera litar tertutup untuk mengesahkan terdapat bayi atau tidak.Sebaik sahaja pintu pelindung bayi ditutup, ia akan terkunci bagi menjamin keselamatan bayi tersebut. Imej kamera hanya dari arah dalam pelindung bayi bukan luar. Jadi mereka2 yang tidak mahu di kenalpasti identiti semasa menghantar bayi ke pusat ini tak perlu risau. Tujuan mereka hanya mahu selamatkan bayi yang tidak berdosa bukan untuk mengenali siapa ibu bapanya.
OrphanCare terletak di Petaling Jaya, Selangor. Bukan mengalakkan persetubuhan haram atau seks luar nikah tapi pada mereka yang sudah terlanjur & di sahkan mengandung jangan la di buang anak itu merata - rata sehingga menyebabkan terjadinya kematian yang menyedihkan. Dari terjadinya perkara macam tu.. adalah lebih baik menyerahkan di pusat jagaan Orphan Care.
Untuk membaca artikel sepenuhnya sila clik : Jangan bunuh bayi anda!
terbaca hrmetro hari ini..diletaknya bayi atas bumbung kereta...Alhamdulillah selamat bayi itu.
ReplyDeletebagus juga ada pusat sebegini..
dahlah berdosa..bila buang lagilah tambah dosa.
takde hati perut betul kalau yang buang buang bayi nie.
ReplyDeleteBila baca kes buang bayi... selalu kata kat Hubby..
ReplyDelete"kalau I jumpa I tak bagi kat kebajikan masyarakat I bela sendiri.."
dan masa ni berharap Hubby bterbuka hati nak baby....sedehnyaaa........
Baby hatch ni sgt bgs..kte sokg !
ReplyDeletesbab dari biarkan baby merata2, mati sia2 baik letak kat sini
uik? dasyatnye. xtaw pulak ade bende ni skang. hebat ah malaysia. jgn pasni org sewenang2 hantar baby sini sudah.
ReplyDeletetapi orang kalo dah buat salah, mana berani nak wat gitu, dalam kepala nak elakkan dari ditangkap aje....ni pun , aku gerenti la, lagi senang nak tangkap siap ada bukti cctv kut....
ReplyDeletehmmm cane nk ckp eh kak.ada baik dan buruknya.baiknya baby yg tak salah tak dibunuh sesuka hati.
ReplyDeleteburuknya,nt ada yg amik pelunag.so masyarakat,fikir lah eh.jgn amik mudah k.
ade keburukan dan kebaikan..
ReplyDeletetp harapnye..jangan la berzina dan membuang bayi tu..
huhu...
program ni ada pro & cons bergantung pada persepsi yg melihatnya,
ReplyDeletecuma utk menyelamatkan bayi yg dibuang, cara ini adalah yg terbaik buat masa sekarang..
elok jugak ada benda ni..tp, takut makin ramai nak buat anak haram plak..hehe
ReplyDeletebagus la pusat ni..dari orang buang nayi merata2..isk isk isk.
ReplyDelete