Showing posts with label jawab. Show all posts

ENTRI BUAT CASHIER GUARDIAN SRI DAMANSARA KUALA LUMPUR

ENTRI BUAT CASHIER GUARDIAN SRI DAMANSARA KUALA LUMPUR. Aku ni memang suka membeli belah kosmetik & skincare kat guardian. Tak tau la aku rasa serasi sangat dengan guardian. Merata cawangan guardian area KL/Selangor ni aku dah singgah. Macam2 jenis pekerja/staff/salesgirl guardian aku jumpa. Bila berurusan dengan manusia ni kita sedia maklum la ada macam macam perangai.

Gambar Sekadar Hiasan

Ada kalau kat dalam Mall besar tempat orang ada - ada (orang kaya) shopping dia punya salesgirl kadang2 memang agak kerek muka depa. Tengok yang mana muka berkrim makeup ala2 retis atau nampak bawa handbag branded bayar pakai credit card maka layanan dia pun standard apa yang depa pakai la. Kalau kita ni pakai bawak handbag pun beli kat lazada.. brand pun tak nampak kadang2 dia tengok kita jeling2 je. Kita tanya pun kadang2 jawab nak tak nak. Kalau kat tempat terpencil sikit.. Dia tak mengkastakan pelanggan dia dia suka buat perangai macam amazon.. sembang kuat2.. Lepas tu malas nak layan customer. pepandai kau la nak cari barang even dia nampak kau tercari cari apa2 pun dia malas nak ambil tahu. Kau kena pergi hadap dia baru dia bagi pertolongan cemas katanya. hehehe

Tapi bukan semua.. Kebanyakkan staff2 guardian ok ok belaka. Semalam singgah kat guardian Sri Damansara lepas habis urusan kat hospital sungai buloh. Biasa la anak aku setiap 6 bulan ada check up perkembangan dia kat paedriatik. Topup barang2 keperluan seorang gadis cantik katanya.. Ok! Maaf kalau ada yang termuntah.Yang di beli shampoo si budak lala.. eyeliner untuk mak budak, foundation sponge yang dah rabak terpaksa tukar, hair serum yang dah kering terpaksa refill & lipgloss pink color seban macam tak serasi aku nak pakai lipstik merah ang ang. Pi mai pi mai aku cari lipgloss color jugak hahaha

Beli macam sikit jer rasa tu pun nak bayar dekat RM60. Tu pun aku skip beli mascara yang ada 2 fungsi untuk bulu mata & bulu kening sebab mascara aku banyak lagi. Kalau ambil RM100 jugak kena bayar. Tu baru singgah guardian belum singgah tempat lain. Oh duit! sesungguhnya nilai mu semakin kecil di zaman barang semakin mahal hahahaha

Perempuan tetap la perempuan nak2 lagi perempuan perasan cantik macam aku.. Dia punya membelek bermacam benda.. dia punya bertanya pasal produk tu ni lebih dari jumlah barang dia beli. Kejab aku tanya mascara la.. tanya tu tanya ni.. Sebab yang paling hampir dengan aku budak cashier tu.. so aku refer dengan dia la. Tapi aku kagum sangat dengan budak cashier Sri Damansara ni.. Orangnya free hair, kulit putih, muka berjerawat tapi dia punya PR memang bagus ok! Apa2 kita tanya kebanyakkan dia boleh jawab dengan baik. Pengetahuan dia pada setiap produk yang aku tanya pun not bad. Tone dia pun sangat jelas & sedap di dengar. Menusuk ke sanubari cara dia melayan & bercakap dengan customer. Bukan dengan aku je.. Malah aku tengok dengan customer lain pun sama jer. Orang nampak nampak memang sangat confident bila bercakap. Terkagum sekejab aku dengan cara & layanan dia. Apapun akak bagi 5 bintang kat awak tapi akak lupa nak tengok nametag awak nama apa hehehe.

Nak kerja kat tempat macam guardian ni bukan saja kena ramah, kena sentiasa senyum & kena sabar dengan kerenah pelanggan malah kena jugak tahu serba sedikit pasal barang2 yang di jual kat situ. At Least orang tak pandang rendah sangat dengan kerja salesgirl & cashier. Bila kau expert dalam kerja kau.. kau akan nampak macam educated ok walau kerja kau bagi sesetengah orang kerja biasa je.

Moral of the story... Zaman orang tak boleh hidup tanpa internet macam ni >> Kalau Anda Ada 5 Ciri ni, Awas! Jangan Berada Di Tempat Tiada Access Internet, mungkin anda akan jadi stress << Apapun yang kita buat berisiko jadi viral & orang perkatakan di media sosial. Jadi jagalah perangai.. Agar kalau jadi viral pun tentang perkara yang baik baik je. Manusia zaman sekarang bukan setakat internet je atas tapak tangan, dalam poket, dalam handbag tapi camera & video cam pun jugak sentiasa di usung sebab memang dah include dalam smartphone. hehehehe

SYAMSUL YUSOF JAWAB TUDUHAN GUNA MENTERA SERU SYAITAN SEBENAR DALAM FILEM MUNAFIK

SYAMSUL YUSOF JAWAB TUDUHAN GUNA MENTERA SERU SYAITAN SEBENAR DALAM FILEM MUNAFIK. Kecoh tersebar satu screenshot yang katanya dalam filem Munafik ada menggunakan mentera sebenar menyeru syaitan so dia nasihatkan supaya jangan menonton filem tu dirumah risau kalau kalau seruan tu mengundang jin & syaitan bertandang ke rumah. almaklum la dah jemput maka tak mustahil dia pun datang.


Bila dah sorang cetuskan benda kontroversi macam ni memang ramai yang terus ambil spekulasi tu sebagai cerita benar. Padahal depa sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenaran apa yang tersebar. Kot2 la lepas tengok tetiba rumah depa terus di hantui kejadian kejadian mistik maybe kita boleh siasat samada betul atau tak tuduhan macam tu. Habis yang kat pawagam tu dok seru hari2 takde pulak hantu syaitan datang ganggu manusia yang menonton kan. Tak dengar pulak yang histeria lepas tengok munafik. Atau terkena gangguan ke hapa kan?

Secara logiknya aku pun sebenarnya pelik jugak la dengan status hamba Allah tu. Tapi tu la sebab kita pun tak tahu sejauh mana kebenaranya tak berani jugak nak cakap betul atau salah. Bila syamsul yusof selaku pengarah filem tu membalas tweet seorang peminat yang share statement berkenaan filem tu hope dapat menjawab segala tuduhan yang sedang di di viralkan sejak dua tiga hari ni..


Senang macam ni la. Kalau hati jenis lebih seram dari hantu macam aku yang boleh tengok cerita seram tengah tengah malam lepas tu tidur lena tanpa alami sebarang mimpi ngeri apatah lagi gangguan mistik.. Maka tengok la. Kalau yang jenis acah acah berani lepas tu nak ke toilet pun mula bayangkan bukan2 better tak payah tengok. Bukan apa kadang2 yang buat korang histeria bagai adalah sebab ketakutan yang melampau terhadap sesuatu perkara mistik tu. Kadang2 tak ada gangguan apa2 pun kalau terlampau takut kita terbayang macam macam sampai tengok bayang2 sendiri pun rasa macam nampak hantu.

Tapi rasanya setakat filem munafik ni yang klasifikasi P13 tak seram mana kot berbanding lelaki ni >> 4 Kali di tangkap akhirnya dia bakal menakutkan rakyat Malaysia Di genting << Yang ni maybe klasifikasi 18SG kot. Kalau rasa berani sangat meh la tengok. Live & real lagi, hokay!

Moral of the story.. Jin & syaitan memang wujud. Mereka ada di sekitar kita. Tapi tak payah tunggu nampak depa dengan pandangan mata kasar pun kita boleh tengok jelmaan mereka kat mana mana. Manusia pun sekarang dah lebih menyeramkan dari Jin & Syaitan.

YANG TAK CANTIK KAT BLOG TENGKU BUTANG

Peminat blog tengku butang mesti terbeliak mata baca tajuk entri ni kan?? haters melekit pun mesti mula mencebik... Alah lekatlekit standard la kat mata dia semua orang tak elok. Suka beno kome yer kalau ada point nak mencerca aku.. hahahahaha. Boleh tak kita bawak bersabar dulu.

 Header blog Tengku Butang

Aku sebolehnya tak nak jawab liebster award dah... Nak2 lagi yang tanya pandangan aku terhadap blog dorang kan.. Sebab aku sebolehnya tak nak jawab ayat2 kipas angin ni. Aku anggap yang bertanya tu betul2 mengharap komen yang boleh membantu depa menaikkan seri pengantin blog dorang kan? Tapi tak semua yang harap kritikkan ada jugak yang sebenarnya tanya macam tu sebab nak harap pujian.. Tapi konsep melekit, suara atas pandangan peribadi sendiri bukan mengipas demi mendapat kepentingan.



Sebab blogger ni nak jugak dengar pandangan melekit kat blog dia maka marilah kita menjawab liebster award Tengku Butang ni..

1.) Suka Kucen tak? sila sebutkan baka kucen yang awak suka
Suka. Kucing saya stray cat @ kucing kampung jer jadi saya dah membesar dengan kucing stray ni maka saya sukakannya

2.) 3 Nama kucen yang awak bela sekarang
Kat sini saya tak bela kucing. Tapi kat kampung banyak salah sekornya bernama Nemo (paling otai)

3.) 5 Perkara Yang Awak Paling Tak Suka Buat?
Buat perkara yang di paksa & terpaksa. Tak payah 5 asal benda tu terpaksa buat @ dipaksa memang auto tak suka. hahahaha

4.) Kalau Hari Merdeka awak keluar tak sambutnya sambil tengok bunga api?
Dulu zaman rumaja pernah la celebrate kat luar zaman remajalusia (remaja lanjut usia) ni takde dah nak2 lagi ada anak, tak kuasa mak nak bawak anak kat tempat2 sesak tau!

5.) Kalau terperangkap dalam jam, apa awak buat yea?
Sembang dengan asben

6.) Waktu tidur awak jam berapa
Normally 12++ am

7.) Perkara yang mula-mula sekali awak lakukan seawal pagi setiap hari
Settle kan kerja rumah

8.) Makanan dan Minuman kegemaran awak?
Tak tentu sebab selera tak consistent. Ikut tekak jer rasa nak makan apa

9.) Suka Shopping tak?
Gila tak suka! hahahaha

10.) Kalau ada duit banyak, awak nak buat apa?
Simpan, beli harta & sedekah untuk mengambil keberkatan & memastikan rezeki tak putus

11.) Sila Komen Jujur untuk soalan ni...

a.) Beri pendapat awak tentang Blog teman (penambahbaikan)
 Blog senang loading..ringan. Tapi macam susunan gadget kat side bar tu macam tak berapa cantik & tak teratur sangat. kalau deco sikit bagi cantik mesti makin cantik

b.) Apa yang patut ada atau apa yang patut takde dalam blog teman.. heee.. komen je..
 Semua yang ada kat blog tu boleh jer terus ada tapi tu la cuma perlu di susun dengan lebih cantik.

Hope jawapan yang di beri di terima dengan hati terbuka bukan terluka yer... Kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com