6 LEBUHRAYA PALING BERPUAKA DI MALAYSIA
Ni kalau anak rantauan ni memang la pengguna lebuhraya la kalau nak balik kampung. Seram ke sejuk ke hapa tetap kena jugak redah katanya. Entri ni bukan nak takutkan pengguna lebuhraya just nak share jer supaya kita lebih berhati hati ketika memandu. Jin & syaitan tunggu kita terleka je dia nak kacau. Memang depa tak boleh membunuh kita secara terus tapi spesis depa ni membunuh kita dengan cara melalaikan. Jadi Kalau nak tahu lebuhraya mana tercalon untuk kategori paling seram,berhantu & berpuaka meh baca entri ni sehingga meremang bulu roma terakhir katanya...
Sumber Google
Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat Plus
Yang katanya seram lebuhraya ni adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi sampai ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Selalunya kejadian seram ni berlaku tengah malam buta la.. kiranya sebelum subuh antara pukul 1 - 4 pagi. Antara kisah seram yang pernah di ceritakan berlaku kat kawasan tu adalah kisah seorang lelaki yang naik motor sekitar 2 pagi melalui jalan tu kemudian terserempak dengan kereta Iswara putih yang dalam kelajuan siput babi (pelan sangat). Sebab tetiba rasa seram mamat tu pun potong la kereta Iswara putih tu bila dah berada depan kereta tu tetiba terbau busuk bila dia toleh belakang yang dia nampak cuma sebuah kereta remuk teruk kategori total lost bergerak tanpa pemandu. Kau hangpa gamaknya boleh pegang handle motor lagi tak? kekekeke
Lebuhraya Butterworth - kulim KM 20.6 (BKE)
Ni laluan aku sebelum sampai kampung jugak ni. Sebab katanya banyak berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka bermula la episod kisah seram & misteri kat situ. Katanya ramai saksi & mangsa kemalangan buat laporan polis nampak makhluk separuh badan atau tanpa kepala melintas sebelum kemalangan berlaku. Katanya ada seorang pengamal perubatan alternatif aka bomoh la kot.. kemalangan berlaku adalah sebab makhluk halus. Dulu kawasan tu hutan belantara, jadi tak pelik la kalau jadi penempatan golongan makhluk ghaib ni. Bila di ceroboh marah la dia.
Lebuhraya Kuantan - Gambang (Plus)
Menurut sumber yang aku baca.. Lebuhraya ni paling seram kisahnya. Di ceritakan oleh seorang pemandu truck tunda yang pernah merakam gambar mahluk halus secara tak sengaja semasa berada di lokasi kemalangan kat situ pada tahun 2011. Gambar yang berjaya di rakam adalah 3 entiti yang seolah olah memandang dia, dua berpakaian merah & satu lagi katanya pakai blouse putih. Standard la putih tu memang uniform hantu katanya. hehehehe
Gambar sebenar penampak 3 makhluk, satu berbaju putih, 2 berbaju merah
Lebuhraya Gurun (Plus)
Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak sedara dia yang umur 2 tahun menangis tak henti2. Pujuk pun tak diam jugak lepas masuk ke highway Gurun ni. Nak lebih seram lagi, kereta yang depa naik pun tetiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti kat RnR gurun, Isteri cikgu tu sempat ambil gambar. Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang2 kat situ.. makhluk berkebaya merah tu selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah. Ni mesti hantu ratu kebaya ni.. kekekeke
Gambar sebenar hantu ratu kebaya merah
Lebuhraya karak
Ni highway paling legend dengan cerita hantu. Semua orang pun rasanya pernah dengar macam2 versi cerita. even aku lahir & membesar di kedah tapi dari kecik memang aku dah pernah dengar cerita seram pasal lebuhraya karak ni. Di buka tahun 1977 . Banyak kemalangan maut berlaku samada dari kecuaian pemandu mahupun sebab makhluk halus. Paling popular cerita kisah Volkwagen. Ni cerita dari aku kecik lagi. Katanya ada kereta Volkwagen ni even kita potong dia pun kita akan jumpa lagi kat depan.
Lebuhraya Tangkak - Muar (Plus)
Pada tahun 2012 satu persatuan bangsa cina mendapat kebenaran untuk menutup laluan kedua belah arah lebuhraya ni untuk melakukan upacara pembersihan dari gangguan makhluk halus di kawasan tu. Upacara tu juga di wakili bangsa India & melayu. Tapi sayangnya tak berjaya pun. Seorang anggota polis di rasuk sehingga meninggal dunia & bomoh melayu yang cuba membantu juga katanya turut meninggal dunia setelah kalah bertarung dengan makhluk halus menyebabkan semua yang ada kat situ termasuk anggota polis terpaksa beredar dengan segera untuk mengelakkan perkara tak di ingini.
Sumber tapi Bukan copypaste : 6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia
Antara 6 kisah seram lebuhraya ni aku rasa paling seram kisah lebuhraya Tangkak - Muar. Korang nak undi lebuhraya mana paling berpuaka? Macam biasa mari mengundi di kotak komen.
Moral Of the story.. kebanyakkan lebuhraya adalah hasil gondol gunung ganang, atau hutan belantara di mana tempat tinggal jin maka tak mustahil menjadi kawasan depa lalu lalang atau bekas penempatan mereka. So,berhati hati di jalan raya.