Showing posts with label ganjaran. Show all posts

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI. Kalau kat korea sekarang ni tengah popular Train To Buhsan.. Tapi kat Malaysia sentiasa popular Train Too Bosan katanya. Kejab delay.. kejab rosak.. Sesak tu sentiasa la kalau waktu puncak. Tu tak campur lagi dengan viral2 penumpang LRT yang kurang pendidikan moral semasa menggunakan perkhidmatan LRT.

LRT

Aku ni tak berani la nak complaint pasal perkhidmatan LRT kat Malaysia.. Rasanya baru merasa naik LRT sekali dua je sepanjang seabad aku tinggal kat sini. Lagipun nak kemana sangat la aku naik LRT tu.. Aku cuma surirumah kalau nak kemana mana pun selalunya bersama suami & anak. Jadi pengangkutan awam memang aku jarang sangat nak guna. Tapi selalu dok baca rungutan dari pengguna2 pengangkutan awam kat Malaysia ni terutama LRT. Sebab LRT dah jadi satu benda penting buat orang key ell ni katanya. Bukan je rakyat malaysia.. Yang pendatang asing tak kira dengan izin & tanpa izin pun bersepah jugak. Terpaksa la berebut2 dengan depa. Almaklum la.. Malaysia ni negara yang bukan je berbilang kaum malah berbilang warganegara katanya. hehehehe

Di sebabkan perkhidmatan LRT di Malaysia dah masuk kategori 'Bad' jugak mungkin cara ni mereka ingin mengembalikan kegembiraan kepada pengguna perkhidmatan LRT di Malaysia setelah macam macam kekecewaan yang terpaksa dihadapi sepanjang menjadi pengguna setia LRT ni. Sebab depa tahu rakyat Malaysia ni memang suka berselfie & ambil gambar tu banyak gambar yang menjadi viral melibatkan kejadian yang berlaku di dalam LRT jadi pihak Vietjet nak bagi sesuatu. Korang suka ambil gambar kan? Suka candid & viralkan orang kan.. Meh tengok apa yang korang akan dapat >> Ganjaran Untuk Pengguna LRT. Jangan Lepaskan Peluang Ni. Terbuka juga untuk mereka yang bukan pengguna LRT << So, jangan sia sia kan peluang yang ada.

Tetiba aku pun rasa nak naik LRT jugak kan. Manalah tau.. kot2 ada rezeki aku jugak. Tapi tu la kena plan time yang tak sesak la. Yelah.. kita nak naik LRT sekadar suka suka.. Orang lain mungkin guna LRT untuk tujuan lebih penting so bagi laluan pada mereka yang memerlukan dulu la.

HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak.


Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum.


Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar. Jarang pulak aku dengar tv3 siar berita orang kena serang anjing kat situ. Takde ke cara lain mengatasi masalah anjing liar ni?


Walau anjing tetap bernyawa. Anjing bukan tikus.. Anjing juga ada ceritanya dalam Al Quran. Anjing juga patut di kasihani. Anjing jugak ada fungsi dalam kehidupan manusia. Anjing bukan sampah untuk dilupuskan macam tu sahaja. Carilah solution yang lebih baik.. Jangan merentap perasaan pencinta haiwan dengan program macam ni. Program sentuh anjing kemain garang kita membantah tapi program bunuh anjing siap di bayar.. kita semua diam.

Kita jangan salahkan Budha mymar yang membunuh etnik Rohingya kalau kita sendiri menyokong perbuatan macam ni kat Malaysia. Jadi tak pelik la kecoh pasal penemuan kubur besar & kem tahanan etnik rohingya kat Malaysia. Apa beza kita dengan budha2 mymar yang kejam tu? Kang ada pulak orang cakap.. jangan samakan manusia dengan anjing. Yelah.. tak sama. Anjing tak kejam sampai nak bunuh setiap manusia yang dia jumpa hanya kerana seorang dua yang pernah aniaya atau bunuh spesis dia berbeza dengan manusia. Faham sendiri sudah.  Anjing pun makhluk bernyawa yang ada rasa sakit. Islam tidak kejam & tidak ajar mengejami sesama makhluk.

Moral of the story.. Owner2 anjing sekitar tanjung malim & slim river awasi anjing anda takut jadi mangsa hanya kerana RM10.

P/S : Apa yang berlaku adalah dari perbuatan manusia tapi yang terima akibat & jadi mangsa adalah haiwan. Kita buat silap lepas tu kita jatuhkan hukuman pada mangsa kesilapan kita.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com