Showing posts with label pelatih wanita bomba di botakkan. Show all posts

PELATIH BOMBA WANITA HARUS BOTAK?

Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas. Peraturan dalam surat yang diterima,hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan. (Baca artikel sepenuhnya DISINI)

Tu dia cedukkan artikel dari harian metro. Sang lekit ada post kat status FB pasal isu ni, ada kawan sang lekit bagitau sepupu dia yang mendaftar untuk kemasukkan yang sama di terengganu pun di botakkan juga. Aduhai.. kenapa pula perempuan di botakkan??

Pelakon Syarifah Amani ketika botak. Hasil carian google.

Dulu kecoh pasal Pelakon Syarifah Amani yang di botakkan dalam filem mualaf. Ramai yang mengkritik hebat pelakon tersebut. Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw (Boleh rujuk artikel sepenuhnya DISINI). Tapi bila penjawat awam di lakukan sedemikian rupa macam mana pula. Takde ke mana - mana pihak tampil menegah perkara tersebut??

Tak semua wanita rela di botakkan.. & agama juga melarang perbuatan tersebut. Jika tiada dalam syarat2 kemasukkan pelatih dalam unit Bomba macam mana ada pihak yang suka hati membotakkan dorang pula? Dilihat seolah - olah macam satu penindasan & penganiayaan je kepada pelatih baru. Harap ada pihak yang bertanggungjawab tampil menyelesaikan perkara ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com