PERHATIAN! ANDA KENA TAHU TENTANG 10 RESTORAN NASI BERIANI NI
PERHATIAN! ANDA KENA TAHU TENTANG 10 RESTORAN NASI BERIANI NI. Kat sini sapa yang suka makan nasi beriani? Aku suka la jugak.. Kat sungai buloh ni ada satu restoran Nasi beriani Johor Belakang The Store memang sedap la bagi tekak aku. Tapi rasa macam lama pulak tak pergi makan nasi beriani kat situ. Portion dia pun cukup mengenyangkan perut aku yang nak kata kecik tak kecik.. besar pun tak la macam perigi buta. Setakat nak melantak macam saka tu kalau kena pada menunya boleh jugak la. HahahahaTu restoran nasi beriani yang selalu aku makan.. Sebenarnya kat lembah klang banyak restoran nasi beriani ni. Dari beriani melayu, arab,india & segala bangsa la. Aku pun banyak jugak la try makan nasi beriani ni kat macam2 restoran cuma aku ni jenis kalau kat luar aku makan mesti tak pernah ingat nak snap pic jadi susah la sikit aku nak jadi food hunter atau food blogger. Even laki aku dah belikan camera yang senang aku usung dalam beg konon aku nak ambil gambar cecantik kat luar tetap aku masih lupa bila menu sampai. Nak harap otak aku ingat tempat2 aku makan.. hurmm.. susah sikit la.
Nak buat macam mana.. Benda kalau kita tak biasa ni memang nak jadi kebiasaan susah sikit. Tapi elok jugak la.. Kalau aku ketagih dok snap pic gambar menu2 yang aku makan kat luar habis semua niche blog aku sapu.. semua aku tulis. Ni baru betul2 perigi buta punya blog. Semua boleh masuk. hahahaha
Cerita pasal nasi beriani tadi tu.. Lupa pulak. Tadi aku terbaca satu artikel ni pasal restoran nasi beriani. Rasanya yang suka makan nasi beriani elok la jugak la tengok bukan apa takut nanti menyesal pulak kalau tak tahu. Jadi kalau korang nak tahu meh la tengok kat sini >> 10 Restoran Nasi Beriani Ni Mesti Korang Tahu Supaya Tak Menyesal Kalau Terlepas Pandang << Apapun pastikan nak makan kat mana2 terutama restoran yang eklusif ni ada sijil halal JAKIM. Jangan main sumbat jer.. Sebab yang haram bukan hanya daging babi, ok! Sematkan dalam otak benda tu. Jangan tunggu ada babi baru kita rasa haram untuk di makan sedangkan banyak perkara boleh jadi haram dalam penyediaan makanan ni.
Tetiba pulak rasa rindu Nasi beriani Gam Johor sungai buloh tu. Ok.. set time ahad ni Insya Allah kita terjah melempiaskan nafsu serakah kat situ. Hahahaha