SINGAPORE CANTIK & BERSIH TAPI SATU PERKARA JE BURUK
SINGAPORE CANTIK & BERSIH TAPI SATU PERKARA JE BURUK. Dari pengalaman sendiri yang pernah jejak kaki ke negara yang bagi aku cukup maju dengan bangunan2 tinggi yang cantik2 belaka sampai ternganga aku mendongak keatas. Tahap kebersihan yang memang jauh beza dari Malaysia. Harga barang yang lebih mahal.. Kalau dari pandangan mata kasar melihat apa yang ada kat singapore memang aku kagum jugak. Tu yang dulu pernah jadi kontroversi bila ada retis terlepas cakap orang singapore makan sampah. Bukan dia nak menghina tapi nak mengambarkan kat singapore tu sangat bersih. Susah nak jumpa sampah di buang merata rata macam kat Malaysia ni. Tapi sebab ayat tak habis macam tu.. ramai yang salah faham & jadi kontroversi.Apa yang aku cerita tu memang singapore paling Win la berbanding Malaysia.. Tapi satu perkara je singapore memang worst... Warga singapore ramai yang sombong. Serius.. Aku pernah ke singapore sebab kami tak masuk dengan kereta cuma park kat larkin & naik bas ke singapore. Jenjalan kat singapore just guna MRT jer.. Walau ada maps pun kadang2 kita nak ke setiap destinasi pun tak tahu. Nak tanya orang awam kat situ cukup susah. Depa bukan jenis orang Malaysia.. orang senyum kita senyum balik. Muka masing2 pandang kita macam pandangan hina sangat. Satu dua tu adalah yang nampak friendly tapi nisbah dalam seratus tu 10 pun susah nak jumpa yang nampak friendly. Yelah.. nak2 muka melayu pure masuk singapore. Singapore majoriti cina jer kan... Tapi Cina2 kat Malaysia rasanya takde la seteruk macam kat singapore. Sebab budaya orang Malaysia jugak kot. Tak kira apa bangsa .. Kita memang sangat peramah katanya. Hahahaha
Orang singapore jangan marah yer.. Aku bukan cakap semua tapi majoriti yang mewakili kebanyakkan warga singapore. Tak tau la kenapa depa jenis sombong.. Rasa depa lebih high class ke macam mana tak tahu la kan. Tapi walaupun rakyat singapore macam tu.. Kita tak payah la balas dendam. kekalkan budaya kita yang baik tu kan walau dengan warga singapore sekalipun.
Tapi walaupun tang tu rakyat singapore agak berbeza dengan rakyat Malaysia tapi singapore tetap ada banyak persamaan dengan orang malaysia terutama dalam perkara yang macam ni >> Ini Mungkin Jadi Penyebab Kenapa Kita Suka Atau Benci Hubungan Antara Malaysia & Singapore << Yelah.. Dulu singapore pun salah satu negeri dalam Malaya. Jadi masih tertinggal satu dua persamaan yang di pratikkan di sana yang sama dengan orang Malaysia.
Walaupun aku gambarkan majoriti rakyat singapore ni sombong tapi jangan kita judge semua mereka macam tu. Yang mana masih mesra alam.. Kita boleh layan dengan mesra. jangan dengar je orang singapore terus banned. Jangan jadi manusia yang taksub sebab orang Malaysia pun bukan 100% ramah mesra cuma tak seramai orang sombong kat singapore la hahahaha. Peace Yo!