Showing posts with label 000. Show all posts

RM6K PENDAPATAN SEHARI JUAL & PASANG FAKE BRACES, MEMANG KAYA TAPI SAYANGNYA TAK BERJAYA

RM6K PENDAPATAN SEHARI JUAL & PASANG FAKE BRACES, MEMANG KAYA TAPI SAYANGNYA TAK BERJAYA. Telan air liur hakak baca laporan dari The Star Online ni dik.. Memang income kau doktor gigi pun tak mampu lawan. Betul la kalau income macam tu memang kau layak jadi orang kaya dah dik. hehehehe


Mesti hangpa pun tak caya kan? Ingat kami pitenah dia kan? Mana ada.. Kan dah habaq kami baca berita ni kat The Star Online tadi. tak caya pi la baca sendiri kat The Star Online. Walaupun bahasa omputih kami paham juga la sikit sikit. Masa sekolah jarang ponteng kelas bahasa Inggeris.. Tak ada ngok sangat hahaha. Gamak tak berapa paham google translate yang berterabur translation dia tu kan hado... hehehehe

Semua orang tahu kes yang menjadi Viral sekarang tentang seorang gadis yang menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa tauliah & lesen. Hanya berbekalkan teknik yang di belajar melalui youtube dia menjalankan perniagaan tu.

Kat the star online ada melaporkan katanya dia kantoi sebab laporan polis yang dia sendiri buat sebab ada pelanggan dia tak bayar lepas dapat perkhidmatan dari dia. So dari situ KKM mula siasat & buat serbuan semasa dia tengah menjalankan perniagaan dia secara tak sah tu. Tapi kali pertama di serbu & di denda dia tetap tak insaf. Masih meneruskan kegiatan haram yang merisikokan orang ramai tu tanpa rasa bersalah sampai la di di dakwa & di jatuhi hukuman bersalah buat kali kedua.

Bermakna pernah di beri peluang lah yer.. Tapi tu la kan. Bila dah kelam dengan income macam tu dia rasa sayang nak meninggalkan pekerjaan walau salah di sisi undang undang. Dia sanggup ambil risiko walaupun rasanya dia sedia maklum denda yang bakal di kenakan di luar kemampuan dia walau pun dia mampu meraih pendapatan RM6K sehari. terpaksa juga di bantu orang lain untuk menyelesaikan denda tersebut bagi mengelakkan dia di penjara. Tu pun 6 hari terpaksa bermalam kat dalam.

Biasa la kan manusia.. Kadang2 di sebabkan duit dia gelap mata. Walaupun dia rasa kesalahan dia tak besar.. Macam dia cakap la.. 'Rilex la bukan jual dadah'.. tapi apa dia buat tu merisikokan orang lain. Tak semestinya hanya dadah je boleh merosakkan & membahayakan kesihatan manusia.. Macam macam perkara yang boleh memudaratkan orang selain dadah. Dalam Islam pun larang kita menjual atau menjalankan apa2 perniagaan yang memudaratkan orang lain. Hukumnya haram.. Maka kalau pekerjaan macam tu hukumnya haram.. Macam mana pulak rezeki yang kita dapat tu nak jadi halal & berkat, kan?

Budak ni kira sangat sangat bernasib baik.. kena ambush kali pertama dia still boleh teruskan apa dia buat. Sampai la di dapati bersalah & di jatuhi hukuman.. Allah hadirkan orang untuk bantu dia keluar dari masalah dia. Kalau dia tak gunakan peluang yang Allah bagi ni untuk betulkan kesilapan.. Memang satu kerugian. Bukan semua orang bernasib baik macam dia. Bukan Allah redha dengan apa yang dia buat.. Tapi tu pun salah satu bentuk Ujian juga bila kita buat perkara salah tapi masih di lindungi. Ingat yer semua ponder2 peroduck.. tak kira la fake braces atau apa2 peroduck sekalipun. Allah bagi peringatan & peluang.. perbaiki la kesilapan bukan tutup kesilapan dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Pada yang diluar sana yang masih menjalankan perniagaan jual & pasang fake braces ni hati hati la yer.. Mungkin ada pun sedang di perhatikan. Jangan bermimpi anda akan bernasib baik macam cik adik kita tu. Sebelum di kenakan tindakkan undang undang better hentikan. Sebab kalau tertangkap anda akan di dakwa di bawah akta jenayah sebab tu ada hukuman penjara kalau gagal bayar denda.

Moral of the story.. memang zaman sekarang peluang nak jana pendapatan ni sangat senang. Boleh di buat kat rumah jer tapi jangan guna kemudahan tersebut untuk menjalankan perniagaan yang salah di sisi undang undang. Kalau tak kantoi kat dunia.. Kat akhirat tak boleh lari. Takut kena azab sebelum nyawa terputus dari badan jer.. Yelah, menipu pengguna juga adalah salah satu bentuk penganiayaan ok!

REMAJA 19 TAHUN DI DENDA RM40 RIBU JUAL & PASANG BRACES TIRUAN TANPA TAULIAH

REMAJA 19 TAHUN DI DENDA RM40 RIBU JUAL & PASANG BRACES TIRUAN TANPA TAULIAH. Sekarang tengok ramai dok jual braces @ pendakap gigi tiruan. Murah je sampai tak masuk akal. Yelah la nama pun tiruan. pakai sekadar untuk berfesyen jer katanya. Tapi tak tau la apa yang lawa sangat pakai braces ni kan.. Pada pandangan mata remaja lanjut usia macam aku ni memang rasa tak cantik pun. Aku sendiri tengok rimas besi dok tersangkut kat gigi tu. Tak lekat daging ka celah2 besi tu kalau makan hahahaha.


Kemunculan Braces tiruan ni menyebabkan lahirnya ramai doktor - doktor gigi tiruan jugak. Depa jual siap dengan pemasangan lagi. Umur 19 pun dah jadi doktor pasang braces ni ok! Menangis bawah bantal ahkak ok melihat hangpa yang muda2 lagi dah jadi doktor braces. Orang lain nak dapat tauliah untuk pasang braces ni bertahun tahun belajar kat yunibesiti sana nu.. Hangpa termenung depan youtube je dah graduate sebagai doktor braces. Sungguh.. tak sia sia topup kuota internet katanya. hehehehe

Tadi tertengok berita kat TV9.. Dengar jugak la berita Remaja 19 tahun di tangkap & di dakwa kerana memasang braces tiruan tanpa tauliah. Dia di denda RM40,000 atas kesalahan tersebut. Mujur ada duit boleh bayar denda kalau tak ada duit mereput la kau dalam penjara katanya. Sesia je dapat title banduan hanya kesalah pasang braces tiruan.

Kalau ikutkan nak pakai & pasang braces ni bukan murah. Beribu beb tapi di lakukan oleh doktor2 yang bertauliah la. Kena x ray bagai dulu bukan main pasang jer kat gigi hangpa tu. Bukan macam Braces fake yang hangpa boleh beli serendah RM35 & kalau campur kos pemasangan baru harga dalam ratus ringgit camtu. Sebab apa kos dia mahal? Sebab kalau di lakukan oleh orang yang tak bertauliah risiko dia sangat tinggi sehingga boleh menyebabkan kematian. Mati dik Ooi.. Ingat nyawa takde jual kat farmasi dik macam ubat sakit lain. Braces tu pun bukan boleh guna sebarangan besi atau dawai nak pasang kat gigi. Dawai archwire untuk pendakap gigi tu diperbuat daripada bahan antikarat. Jenis dawai tu lain sikit daripada dawai biasa, iaitu mestilah tak reaktif terhadap air liur, minuman dan makanan yang dimasukkan ke dalam mulut.

Berbeza dengan fake braces yang tak diketahui jenis dawai besi apa yang digunakan, bahan dawai tu sendiri pun dah bahaya dengan boleh menyebabkan karat sehingga mejejaskan kesihatan dalaman. Hangpa nak minum air pandai pasang water filter bagai nak jaga kesihatan tapi tak guna kalau setakat pakai fake braces katanya. Bukan tu je fake braces ni boleh menyebabkan kecacatan pada tulang, gusi, gigi & muka hangpa jugak. Jangan nak cantik terus muka jadi pelik baru padan muka.

Selain tu risiko menggunakan fake braces ni adalah boleh menyebabkan gangguan kepada salur darah dan saraf gigi. Selain tu, ulser mulut, gusi berdarah, jangkitan kuman dan bakteria dalam mulut merupakan masalah dan kesan yang terpaksa dihadapi oleh pemakai fake braces. Bahayanya braces palsu ni adalah bila besinya boleh berkarat, mencalarkan permukaan gigi, menghakis enamel gigi. Manakala, saduran besinya pulak boleh terhakis dan menjejaskan tubuh pengguna. Jadi gigi korang boleh mereput, gigi berkarat, gusi jadi longgar, dan tu tak masuk lagi dengan bau mulut disebabkan infection. Hope pemakai braces tiruan ni rasa menakutkan baca semua ni.

Pada yang menjual tak kira jadi agent atau buat dropship jual fake braces ni hope berhenti la sebelum di tangkap & di kenakan hukuman. Jangan terus mendedahkan orang lain kepada risiko. Jangan fikir untung tak seberapa tu hangpa seolah olah memperjudikan banyak nyawa. Nyawa seekor semut pun kita tak mampu bagi apatah nyawa seorang manusia. Banyak lagi benda boleh jual.. Kenapa mesti jual benda yang memberi risiko kepada kesihatan orang lain kan?

Moral of the story.. Semua orang sukakan kecantikkan.. Mungkin pada anda pakai braces ni cantik tapi ingat jangan obses nak cantik anda ignore risiko yang bakal anda tanggung untuk jangkamasa panjang.

AWAS! IBU AYAH KITA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA GORES & MENANG

AWAS! IBU AYAH KITA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA GORES & MENANG. Alahai.. walau macam2 penipuan yang di buat oleh syarikat gores & menang ni tapi tetap masih ada yang terpedaya dengan kata2 manis penuh dusta & nista agen mereka. Nak2 lagi makcik2 yang dah tua. Almaklum orang tua la katakan.. Mudah percaya nak2 di gambarkan dengan hadiah2 lumayan macam kereta mewah. Dah lama hidup susah katanya.. Kot2 merasa naik kereta mewah sebelum berumah dalam tanah.

Kesian aku baca kisah seorang makcik ni. Umur dah 65 tahun. Entah mana malaun gores & menang dah tipu dia habis RM250 ribu dalam account. Dia di janjikan semua barangan elektrik yang di beli akan di jual keluar negara dengan harga yang lebih tinggi.. Ceritanya bermula apabila di di datangi 2 orang agen gores & menang ni yang dok ayat dia dengan kereta mewah yang parking kat sebuah pusat membeli belah. Tak tau la makcik ni buat macam mana sampai boleh bagi RM250K kat mangkuk hayun gores & menang ni. Sekarang ni dia pun tak tau nak buat apa dengan 44 kotak barangan elektrik yang berharga ratusan ribu. Lepas buat report polis syarikat gores & menang tu marah dia pulak. Habis korang tipu orang tua.. Ingat kena halalkan macam tu je.

Sumber harian Metro

Tolong yer anak anak.. Pesan & ajar mak bapak kita yang dah tua. Cakap kat depa supaya depa sentiasa ingat. Semua syarikat gores & menang tu adalah penipu. Biar depa jadi fobia. Nampak je agen gores & menang terus takut & tutup pintu rumah rapat2 atau kalau jumpa je kat mana2 supermarket depa dok ayat terus lari jauh sejauh jauhnya. Aku rasa kerajaan kena buat sesuatu pasal syarikat gores & menang ni dari terus menerus memperdaya orang awam lebih2 lagi golongan warga emas ni.

Tak payah nak bagi masa sangat kat depa yang konon suruh ambil barang free. Takde benda free dalam dunia ni walau nak kencing sekalipun tetap kena bayar. Kalau kata free tu ada udang di sebalik batu la. Ahli politik yang terkenal pun boleh tipu penyokong.. Janji minyak tak naik la.. tol tak naik la.. harga barang tak naik la.. Tup tup naik jugak. Inikan pula gores & menang. Takde jalan mudah untuk memiliki sesuatu. Semua kena bersusah payah dulu. Contohi la pakcik polis ni. Dia takde nak percaya gores & menang bagai.. Dia berusaha untuk dapat apa yang dia nak. Boleh tengok kisah polis ni kat sini >> Seorang hero Yang Bukan Sekadar Seorang Anggota polis <<

Moral of the story.. Aku rasa patut haramkan terus perniagaan berbentuk gores & menang. Kemudian iklankan kat media massa,elektronik,media cetak bagai dengan caption "AWAS! Syarikat Gores & Menang Adalah Penipu. Tiada Lesen Di Luluskan & aktiviti mereka telah di haramkan di Malaysia". Mungkin cara tu boleh kurangkan jumlah mangsa yang kena tipu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com