RM6K PENDAPATAN SEHARI JUAL & PASANG FAKE BRACES, MEMANG KAYA TAPI SAYANGNYA TAK BERJAYA
Mesti hangpa pun tak caya kan? Ingat kami pitenah dia kan? Mana ada.. Kan dah habaq kami baca berita ni kat The Star Online tadi. tak caya pi la baca sendiri kat The Star Online. Walaupun bahasa omputih kami paham juga la sikit sikit. Masa sekolah jarang ponteng kelas bahasa Inggeris.. Tak ada ngok sangat hahaha. Gamak tak berapa paham google translate yang berterabur translation dia tu kan hado... hehehehe
Semua orang tahu kes yang menjadi Viral sekarang tentang seorang gadis yang menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa tauliah & lesen. Hanya berbekalkan teknik yang di belajar melalui youtube dia menjalankan perniagaan tu.
Kat the star online ada melaporkan katanya dia kantoi sebab laporan polis yang dia sendiri buat sebab ada pelanggan dia tak bayar lepas dapat perkhidmatan dari dia. So dari situ KKM mula siasat & buat serbuan semasa dia tengah menjalankan perniagaan dia secara tak sah tu. Tapi kali pertama di serbu & di denda dia tetap tak insaf. Masih meneruskan kegiatan haram yang merisikokan orang ramai tu tanpa rasa bersalah sampai la di di dakwa & di jatuhi hukuman bersalah buat kali kedua.
Pada yang diluar sana yang masih menjalankan perniagaan jual & pasang fake braces ni hati hati la yer.. Mungkin ada pun sedang di perhatikan. Jangan bermimpi anda akan bernasib baik macam cik adik kita tu. Sebelum di kenakan tindakkan undang undang better hentikan. Sebab kalau tertangkap anda akan di dakwa di bawah akta jenayah sebab tu ada hukuman penjara kalau gagal bayar denda.
Moral of the story.. memang zaman sekarang peluang nak jana pendapatan ni sangat senang. Boleh di buat kat rumah jer tapi jangan guna kemudahan tersebut untuk menjalankan perniagaan yang salah di sisi undang undang. Kalau tak kantoi kat dunia.. Kat akhirat tak boleh lari. Takut kena azab sebelum nyawa terputus dari badan jer.. Yelah, menipu pengguna juga adalah salah satu bentuk penganiayaan ok!
apa2 kita buat kena fikir dosa pahala sebenarnya
ReplyDeleteApa nak jadi dengan Dunia sekarang ..
ReplyDeleteSanggup berbuat begitu
kesian mereka2 yg kurang pengetahuan bahawa braces hanya boleh dipasang oleh doktor gigi bertauliah ...
ReplyDeletebetul tu, nak niaga niaga la barang yang elok2. jangan nak fikir untung je kerja
ReplyDelete