LAYAR BAHTERA SAMAKAN AZAN DENGAN ANJING MENYALAK
Kumpulan ajaran sesat Layar Bahtera bukan saja menyamakan azan sebagai anjing menyalak bukit malah ajaran sesat ni juga mengamalkan zakat daripada pendapatan setiap bulan yang di bayar kepada ketua mereka yang di gelar Nakhoda.Bukan tu je.. Malah isteri para pengikut juga di sentuh, di gomol atau di lakukan sesuka hati oleh Nakhoda. Suami mereka cuma memainkan peranan sebagai penjaga jer. Bukan setakat isteri, anak gadis dorang pun turut jadi mangsa. Ajaran sesat ni juga menganggap Merokok itu seperti solat dan nikah adalah haram.
Memang sesat gila ajaran ni. Ada jugak orang bodoh terpengaruh & jadi pengikut yer.. Sejahil - jahil sang lekit dalam bab agama pun bila baca artikel ni kat akhbar & amalan yang di amalkan mereka pun boleh menilai. Mesti pengasas & pemimpin ajaran ni bukan takat tanam tebu tepi bibir malah guna madu sebagai lipgloss kot sampai apa yang di cakap boleh buat orang lain percaya & terpengaruh.
Ni la padahnya kalau mengambil keputusan untuk mengikuti sesuatu ajaran tanpa berfikir, mengkaji & merujuk dengan orang - orang yang lebih arif. Moga kita jadikan kes ni sebagai panduan dalam kehidupan kita seharian agar tak terjebak dalam gejala ajaran sesat yang masih takde penghujungnya lagi.
Rujukan : Harian Metro