Showing posts with label untuk kulit sensitif. Show all posts

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK. Nama bedak ni sebenarnya panjang. Tapi aku pendekkan kat tajuk entri tu. Kalau ikut nama penuh dia Ronasutra Instant coverage Pressed Mineral foundation. Nama dia je boleh buat sinopsis cerpen katanya jadi bagi yang mungkin confuse baca tajuk tu dah jelas la. Yelah mungkin ada yang masih tak tahu Bedak ronasutra ni dah ada dalam bentuk compact. Sebelum ni kan cuma ada loose powder. Bedak serbuk tu. Ada orang katanya alergik dengan bedak serbuk sebab asyik nak terbersin bila nak apply jadi boleh cuba jenis compact pulak.

Cantik cover Pressed Mineral Foundation Ronasutra ni. Nampak bergaya, elegant & mewah katanya.

Tapi sebelum cuba mesti ramai nak tahu sejauh mana ia mampu menukarkan wajah hantu kak limah kepada che ta katanya. Sebab nama dia pun ada coverage maka sememangnya dia berfungsi untuk cover & tutup cela di wajah. Almaklum la.. kalau aku ni yang bekas jurujerawat baru resign kesan kesan peninggalan jerawat tu still ada. Berlopak berliku kat muka aku even tak ada jerawat. Nak hilangkan kawah2 bulan tu ambil masa juga jadi untuk instant covergare aku try guna Ronasutra compact ni la.

Pertama kali apply masa kat booth Ronasutra di wangsa walk mall. Yang tu dia bagi free testing. Tak tau la cermin dia tu jenis menipu ke hapa.. tetiba aku rasa maca lawa pulak muka aku di tenyeh compact powder ronasutra ni. Amboi kemain berseri seri aku rasa muka aku. Dah memang niat di hati tu sejak berkurun lama nak beli. Maka membelilah di situ.

Ni aku ambil yang no 3. Yelah.. sejak semakin sedar diri yang kulit aku melayu asli aku dah tak pakai sangat bedak cerah2 macam dulu. Hahaha

Setelah  seminggu lebih memiliki Ronasutra pressed mineral foundation ni.. Kira banyak kali jugak la aku dah pakai. Sebab aku jenis selangkah keluar pintu muka mesti berbedak. Tu paing basic la aku kena pakai. Tak boleh keluar muka kosong sangat nanti aku mula rasa aku macam selebriti paling hodoh. Macam semua orang pandang aku walhal hujung mata pun orang malas nak tengok. hahahhaa.

Satu kelebihan Ronasutra compact ni adalah tak bercapuk atau nampak macam tebal kat muka walaupun kita tenyeh dekat setengah kilo. Almaklum la nak cover cela2 di wajah katanya kena la pakai tebal sikit. Senang nak pakai tak payah nak tenyeh teruk teruk sangat pun tetap dia nampak sekata je bila sapu di muka. Kedua.. benda ni kalau muka kita berpeluh & panas.. bila peluh tu blend dengan bedak dia bagi effect yang cantik jugak. Nampak macam flawless je tapi tak berminyak walaupun aku pakai dengan pelembab dari jenama Ronasutra jugak. Yang paling penting ia tak menyebabkan jerawat kat muka aku. Kita sedia maklum produk kosmetik ronasutra ni memang sangat sesuai untuk yang jenis kulit sensitif & berjerawat. Ia berasaskan mineral jadi tidak menyebabkan jerawat bila kita guna. Produk berasaskan mineral memang sangat di sesuai di gunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Tak kira la apa jenama sekalipun.

Mak Jemah dari sendu tetiba gebu lepas tenyeh Ronasutra Instant Coverage Pressed Mineral Foundation ni. Senang pun senang tak payah tenyeh banyak perkara sebab memang jenis foundation dah. Harga terketar jari jugak nak bayar RM58 tapi tak jadi parkinson lepas suami tolong bayar. Hahaha

Bab Cover cela kat wajah.. Ok la. Dia cover jugak. Tapi kalau yang memang muka teruk sangat tak boleh bergantung sepenuhnya kepada Pressed Mineral foundation ni. Mustahil la dengan tenyeh Ronasutra Pressed Mineral Foundation kulit korang akan nampak gebu & licin kalau dah muka terlampau banyak siku likunya kan. Jerawat bertimbun timbun sampai tak ada jarak antara satu sama lain. Yang mungkin kena pakai concealer untuk cover yang lebih banyak. Tapi bagi yang maybe parut jerawat biasa tu. Jerawat manja2 sebiji dua.. Memang boleh di kaburkan dengan penggunaan Pressed Mineral Foundation ni.

Ronasutra Whitening Moisturizer RM48

Harga dia kalau ikut harga HQ tetapkan RM58. Aku beli pun dengan harga macam tu jugak cuma kalau kat online ada sikit permainan harga. Korang boleh dapat maybe dalam RM50. Pandai2 la cari pengedar produk ronasutra yang offer murah. Untuk Ronasutra Whitening Mositurizer harga dia RM48. Mungkin ada masalah kulit kering boleh pakai dengan mositurizer sekali.

Kesimpulannya... Setakat ni aku tak pernah kecewa lagi beli produk Ronasutra ni. Yang bedak serbuk dia dulu pun aku guna sampai licin jugak. tapi sebab pemalas nak tenyeh2 dengan berus tu aku malas nak repeat. Tapi bila dah ada dalam bentuk compact.. Memudahkan & menjimatkan masa untuk bermakeup. Kalau korang yang jenis manusia tahap busy melampau memang bedak compact Ronasutra paling sesuai dengan gaya hidup anda yang sentiasa nak cepat bersiap sebab dia senang sangat nak pakai. Jenis compact ni buka cover & sapu je. Kalau yang jenis loose power takde cermin pada cover bedak tu & untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik kena guna berus. dah satu hal pulak nak tuang bedak dalam penutup bedak kemudia nak tenyeh guna berus ke muka. Jenis compact ni juga ada cermin. Senang la kalau kat luar nak touch up. Yang paling penting produk Ronasutra selamat & tidak merosakkan kulit.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com