CIKGU SHIDA NAK BERSARA JADI GURU?
Betul ker cikgu shida dah nak bersara jadi cikgu? Kenapa? Nak tumpukan perhatian dalam karier baru ker sebagai artis miming, pelakon & penulis majalah? Ke sebab jadual seni mula padat & dah tak dapat bagi komitment sebagai guru? Atau sudah jemu di katakan sebagai menjatuhkan institusi perguruan & memalukan para guru yang lain dengan memaparkan video miming yang agak janggal di mata sesetengah masyarakat?Amboi sang lekit mengalahkan wartawan pulak yer... Sejauh mana kesahihannya sang lekit sendiri tak pasti tapi bila di baca dari fanpage FB & laman blog beliau.. kias - kias macam tu la. Mungkin niat nak bersara awal jadi cikgu tu ada kot cuma keputusan rasmi je belum di buat. Kalau dah jawapan dari persoalan tersebut di jawab dengan "NO KOMEN" (ala- ala jawapan artis gitu) bermakna ia di tengah2.. samada ya atau tidak jer.
Ni luahan rasa cikgu shida di laman blog dia
Ni pula sesi soal jawab di fanpage FB beliau.
Mungkin cikgu shida mula seronok dengan dunia seni yang penuh gilang gemilang & di kenali kot sebab tu beliau rasa jadi cikgu dah tak best. Itu sekadar andaian sang lekit jer... Yelah, sapa tak suka jadi popular, ye tak?? Ada yang sanggup bergadai golok semata - mata nak mencuba nasib dalam dunia hiburan ni tau! Apapun pilihan cikgu shida lepas ni.. semoga berjaya la yer.