RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA
Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.
Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..
Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana.
Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..
walaupun dia cmtu tp dia sagt bjaya
ReplyDeleteaku mmg suka dgn die ni ... tatau nape wlupun iklan die tu agak pelik
ReplyDeleteaku kagum tau ngan die ni .... humble sgt2 ... datin pun ...
kemewahan tidak menghanyutkan dia ke lembah keangkuhan..alhamdulillah..
ReplyDeleteYe...pelakon orlando bloom yg ensem tu pun dyslexia
ReplyDeletediklesia ~ masalah, bukan penyakit. ada cara atasi nya.
ReplyDeleteapapun, aida x brape suka tgk program yg tetamu nyer org kaya raya.
apa yg dia nak buat, atas pilihan dia. dia mampu buat pe je. takkan dia nak citer.
aida prefer citer org biasa dan dpt didik anak dgn sempurna hingga berjaya dgn 1001 dugaan.
tu baru la syok diceritakan, compare citer org kaya raya ni.