KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI
Macam tu jugak dengan kisah seorang lelaki yang rasa bersalah kerana menyebabkan kematian kekasihnya. Dia cuba sedaya upaya untuk bertemu semula dengan kekasih dia yang dah mati untuk minta maaf. Apa saja cara yang orang cakap boleh temukan dia dengan roh kekasih dia ni, dia akan buat walau bahaya sekalipun. Termasuklah mengumpul semua barang peribadi orang yang dah mati. Kebetulan pula dia bekerja dengan sebuah skuad penyelamat yang memang sentiasa berdepan dengan orang mati dalam macam2 keadaan. Ada mati dalam kemalangan & ada mati bunuh diri. Dari situ dia mengumpul semua barang yang di temui bersama si mati untuk buat dia boleh nampak roh kekasih dia. Walaupun dah di halang kawan2 lain dia tetap meneruskan niat dia sehingga rumah dia di penuh roh2 orang mati yang pernah dia ambil barang mereka untuk di simpan. Kebetulan ada seorang lelaki yang mempunyai deria ke enam yang boleh nampak roh datang mengambil semula barang2 orang mati & di serahkan kepada waris mereka untuk membebaskan roh2 tersebut. Dia berjumpa la dengan roh kekasih lelaki ni yang masih berkeliaran dalam rumah lelaki tu. Disebabkan kata2 terakhir perempuan tu adalah.. Kekasih dia takkan dapat berjumpa dengan dia sampai bila2 sebab tu walau apa cara sekalipun dia buat dia takkan dapat bercakap atau nampak roh kekasih dia sebab kata2 tu dah menjadi satu sumpahan sebab ia kata2 terakhir sebelum wanita tu mati. Tapi lelaki ni tetap tak berputus asa. Dia tetap nak mencuba cara lain. Dia pilih untuk ke satu bangunan usang yang memang terkenal berpuaka & ada sumpahan. Sesiapa yang masuk kesitu jarang boleh keluar dalam keadaan masih hidup. Dia bersama seorang kawan perempuan yang sanggup temankan dia. Kat dalam bangunan tu mereka di serang dengan bermacam macam jenis hantu. Terpaksa dia call & minta pertolongan dari kawan kawan dia. Tapi kesemua kawan kawan lain yang cuba membantu mati hanya dia & seorang kawan perempuan yang temankan dia je boleh keluar dalam keadaan bernyawa. Selepas kejadian tu akhirnya dia dapat melihat kekasih dia & meminta maaf..
watak hero dalam filem ni muka macam pelakon Aiman Mentor. hehehe |
Tu secara ringkas kisah dalam filem cinta seram The Eyes Diary. Filem ni kalau nak kata seram sangat bagi aku, memang tak seram. Sebab aku dah tak ada sangat deria seram. Lagipun filem Klasifikasi P13 memang tahap seram dia sederhana bagi yang macam aku. Bagi yang penakut maybe dah seram kot. Perjalanan cerita ni.. starting tu macam slow sikit tapi lama kelamaan dia mula buat kita melekat. Babak seram dia nak kata sepanjang cerita tak jugak tapi seimbang la. Yelah.. tema dia ada cinta & ada seram. Alhamdulillah aku tak rasa membazir beli dvd filem ni. Nak buat macam mana kena terima hakikat filem seram Thailand memang jarang mengecewakan berbanding filem seram melayu. So, peminat filem seram yang belum tengok, aku rekemen tengok la filem ni. Not bad jugak.
Moral of the story.. Kita sekarang nak tengok filem dah senang. Kadang2 kat TV pun melambak boleh tengok. Tak cukup dengan siaran kat TV.. boleh beli dvd lagi macam aku berbanding orang dulu nak tengok tv pun struggle giler. Tentu korang tak sangka orang dulu tengok tv macam ni >> Orang yang suka tengok TV je akan tahu bertapa benarnya 5 perkara ni! << Jadi bersyukur la yer anak anak. Setakat takde astro tu tak payah sesedih. Orang dulu jangankan nak tengok TV nak tengok intisari rancangan tv pun susah. hahahaha
hihihi..klu nk tgk cete cmni kena de kawan.. hihiih
ReplyDeleteaku suka tgk cite hantu kat 131 ... kadang tu takut jg hahaha kadang2 aku tak takut
ReplyDeletekekasih dia mati sebab apa? marah benor kekasih dia sampai bersumpah tak nak jumpa. apa motif dia ke bangunan tu ye? kena bunuh semua hantu baru boleh nampak kekasih dia ke? tetiba banyak pula tanya...hehe. terasa cam best plak. pinjam boleh? =)
ReplyDeleteakak suka tengok cerita seram2 camni waktu siang...kalau tengok memalam ni seram dia lain macam la...hahaha....akak memang penakut tapi suke beno tengok cite hantu...tak sedo diri :p
ReplyDelete