INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA
Nasib baik aku tak berapa ada penyakit ketagih nak share semua cerita yang tersebar di media sosial termasuk viral pasal gadis kena culik. Sebab kebanyakkan berakhir dengan lari ikut boyfriend. Sakit hati mak ni nak!! Jadi kebanyakkan viral di media sosial aku baca & biarkan ia berlalu selagi tak ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa yang mengesahkan berita tersebut. Perkara perkara macam ni kalau kita jadi penyumbang kepada penyebaran boleh mengundang panik di kalangan orang awam. Sapa tak risau bila baca berita culik bagai..
Jadi ada baiknya jugak yang like,share & retweet berita atau cerita palsu di dakwa untuk mengurangkan spesis kaki share ni berleluasa di media sosial. Tapi harus la tengok tahap serius sesuatu khabar tu.. Alah setakat benda2 kecik tu pun nak angkut semua naik mahkamah, tak cuti tuan hakim & lawyer nanti. Kes2 yang mampu mengugat keamanan & keharmonian tu aku setuju jugak di kenakan tindakkan undang undang supaya orang tak berani nak viralkan berita yang tak sahih yang boleh mengundang pergaduhan. Sebab yang mencetuskan kadang2 sorang jer tapi yang menyebarkan ni memberi kesan & pengaruh pada orang lain. Jadi yang tukang like,share & retweet jugak salah satu punca masalah yang serius berlaku kalau berita atau cerita tu tak benar.
Sumber Berita Harian |
Tapi rakyat Malaysia sekarang ingat heran sangat ke? ramai dah kot orang awam yang di heret ke mahkamah sebab kenyataan yang di keluarkan di media sosial & ada juga yang kena tindakkan undang2 hanya share cerita atau berita yang di keluarkan orang lain. Sebab kerajaan pemerintah yang buat rakyat hilang rasa takut pada undang2 & hormat pada pemimpin. Apatah lagi peraturan macam ni.. Tak heran pun depa nak langgar >> Inilah Peraturan Yang Sering Manusia Langgar << Jadi tak tau la effective ke tidak kalau undang2 macam ni di laksanakan. Larat ke nak heret semua yang like, share & retweet berita yang kononnya tak sahih ke mahkamah. Semua tu mungkin tidak tapi yang berpotensi & berpengaruh selalunya jadi target depa.
Moral of the story.. Kita sebagai pengguna media sosial pun jadi la jadi pak turut sangat. Kalau yang tak sahih tu just wait & see dulu.. Tak payah sibuk2 nak share bagai. Bukan dapat upah pun. Bila kita amalkan cara macam tu boleh mengurangkan penyebaran berita palsu. Jadilah pelayar internet yang bijak.
Apa pun berita itu yg memburukkan kerajaan adalah fitnah semuanya. Harus semua jd pak turut...
ReplyDeletesaya prefer tengok je drpd share mana mana story sebab takut dosa free pulak sebab penah sekali tu ter share benda palsu, dah tanak lagi dah buat, takut jadi fitnah etc..
ReplyDeleteSharelah dengan bijak.
ReplyDeleteJangan sebab nak jadi no 1 share sampai menunjukkan kebodohan sendiri.