KENAPA DIA JADI MANGSA BULI?

5/10/2011 04:18:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Buka je blog check Analitik di nuffnang & blogspot (keywords) ramai betul orang cari blog lekat lekit yer. Sang Lekit tahu kenapa? Tak perlu la di sebut lagi. Yelah ada orang memberi publisiti murahan di blog ni dengan mengembar gemburkan bahawasanya blog ini adalah blog mengumpat secara beramai - ramai & pageviews tertinggi sejak semalam & hari sudah tentu entri Lagi Isu Blogger maki hamun dalam blog. So, pada anda yang dah berkenalan dengan blog lekat lekit & membaca entri tersebut buat la penilaian & keputusan yer... Anda (pembaca) adalah juri. Jika korang ada sebarang Teguran, pandangan & nasihat sila la taip di komen entri tersebut atau di mana2 entri yang korang rasa nak tegur,bagi pendapat atau nasihat pada sang lekit.

Okies bukan isu tu yang sang lekit nak kopek hari ni. Hari sang lekit nak imbau kembali kenangan masa kanak - kanak & mengupas isu kenapa dia jadi mangsa buli. Mari kita semua berada dalam sephia tone. Kan nak buat sesi imbauan ni.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Alkisah seorang kanak - kanak perempuan yang sangat manja merupakan anak bongsu dari empat adik beradik ni. Masa kecik - kecik sang lekit & kawan - kawan lain cukup tak gemar bercampur atau bermain dengan dia ni sebabnya kalau gaduh sikit mak dia akan turut serta mengambil bahagian. Biasa la budak - budak kan.. gaduh sekejab kemudian baik tapi bila orang tua turut serta dalam pergaduhan kecil kanak - kanak maka lahirlah satu rasa tidak puas hati di kalangan kanak - kanak lain.

Asal gaduh jer dia lari balik rumah report mak dia kemudian mak dia akan datang sambil cekak pinggang depan kitorang & marah. Budak - budak bila dah orang tua marah diam je la. Esok pula anak dia akan datang balik nak berkawan & main semula dengan kitorang. Bila selalu sangat jadi macam tu maka kitorang ni jadi tak suka nak berkawan dengan dia. Memandang hanya group kitorang jer yang ada berdekatan dengan rumah dia maka dia akan cari kita balik bila bosan & takde kawan. Dengan terpaksa kitorang akan terima semula maka terjadi kes buli untuk membalas dendam. Sebenarnya kitorang kenakan dia macam - macam sebab memang tak suka dia, kedua kitorang memang taknak kawan dengan dia tapi dia still nak berkawan juga. Kitorang memang tak suka asal gaduh jer dia panggil mak.

Macam - macam kitorang kenakan dia.. Balik ngaji kitorang tinggalkan dia sorang2.. sorokkan selipar dia.. ejek dia macam - macam. Masa main kitorang jadikan dia watak yang bodoh untuk di perbodohkan. ada satu entri yang sang lekit buat cerita kenakalan sang lekit & kawan baik sang lekit kenakan dia.Tapi tak jumpa pula link dia.

Punca dia menjadi mangsa buli bagi sang lekit adalah kerana perangai dia sendiri & perangai mak dia yang mengundang perasaan benci kanak - kanak lain. Tak sepatutnya orang tua ikut campur dalam pergaduhan kecil melibatkan kanak - kanak kerana kita sedia maklum budak - budak ni gaduhnya sekejab kemudian berbaik semula. Sebab terlalu sayangkan anak dia, dia tanpa usul periksa menerima apa saja aduan anaknya sebagai benda yang betul. Kesan dari terlalu di manja tu membuatkan si anak di benci kawan - kawan & di pulaukan.

Dalam kes ni bagi sang lekit yang merosakkan si anak adalah ibunya sendiri. Terlalu di manja sehingga anaknya menerima kesan buruk tu dalam pergaulan. Kanak - kanak zaman dulu bukan macam zaman sekarang setakat berperang lidah kalau pukul pun sekadar tampar & cubit jer. Paling - paling pun gusti tarik rambut tapi sentiasa ada orang dewasa akan datang leraikan sebelum terjadi apa - apa kecederaan. Wajarkah seorang ibu yang nak ikut campur pergaduhan kecil kanak - kanak sehingga menyebabkan si anak di benci? Tengok pada kesan yang di alami anak tu jugak kalau nak masuk campur setakat hari ni gaduh esok dah berbaik bermakna takde la sampai trauma budak tu. Kalau dia trauma confirm dia tak datang berkawan dah, betul tak??

Moral dari kisah ni pada ibubapa di luar sana juga pada diri sendiri yang bakal bergelar ibu sayangkan anak jangan sampai merosakkan. Setiap aduan si anak sebelum mengambil tindakkan kaji & siasat dulu agar si anak tidak merasakan bahawa setiap perbuatannya itu betul walau salah. Ia memberi teladan & kesan pada proses pembesaran. Entri ini sekadar memberi pandangan peribadi tidak merujuk kepada mana2 pihak. Contoh di ambil adalah dari kisah sendiri jadi rasanya takde la minah2 atau mat2 yang terasa tak tentu pasal yer..

11 comments:

  1. masa kecik2 dulu ada jugak kawan yg mcm ni...

    ReplyDelete
  2. hahaha.betol lar.. daku pon kecik2 dulu suka gak buli anak jiran.. tp xde lar sampai tahap mendera.. guar2 kasar namanya...ehhehe..

    CB pon wat entry buli budak sekolah.. kesian dak pempuan tuh..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Huhuu..dulu saya macam tu lah cik lekit..Masa sekolah rendah saya memang kenit je,semua nak buli,tapi 2kali je saya ngadu ibu.Tapi memang ibu saya datang sekolah sound kawan saya tu.
    Yang kali kedua kena buli dengan budak lelaki,mak saya pegi rumah budak laki tu.
    Sampai besar pun saya rasa saya masih kena buli,cuma kena buli cara orang dewasa lah..

    ReplyDelete
  4. pernah jadi kat adik dulu..adik tarik baju budak tu sampai koyak..pastu mak dia terus nak hentam adik..bila mak2 dah masuk campur haru biru jadinya..bape bulan masing2 tak bertegur..

    ReplyDelete
  5. jahat ko ni nyah.. seb bek aku tak kawan ngan ko kecik2.. kalau tak, habislah aku didressingkan gaun.. kene pakai lipstik... pasrah mak nok T-T

    ReplyDelete
  6. hmm pekara ni dr rara sekolah lagik mmg sllu jd.ada sorg budak ni mmg suke paggil bpk dye.n bpk dye pulak suke2 nk maki hamun,so solution.kami pulaukan anak dye.spttnya mak bpk tak yah lah nk msuk cmpur.if parents pon nk pk cm anak dye jugak ntah lah.kemana lah arah tuju family tu.

    ReplyDelete
  7. BTW,sory kt akk if entry rara buat akk teringin nk mkn laksa lak.hehehe.nt mst akk kua g cr laksa kan. =)

    ReplyDelete
  8. slm kenal dear ;)
    tumpang ddk sini ya..

    ReplyDelete
  9. zaman sekarang.. kisah keganasan...

    ReplyDelete
  10. hehe..no buli2..kita kawan2..kan kan kan...

    ReplyDelete
  11. saye pulak jadi ketua buli org, haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com