KEHILANGAN MH370 ALLAH MASIH SEMBUNYIKAN MEREKA DI HARI KELIMA
Letih akal waras menjadi jawapan.. Namun sangat misteri untuk siapa2 simpulkan. Tapi masih ramai yang berlagak bijak pandai, takpe biarkan. Biarlah orang2 bodoh macam aku ni terus ikhtiar dengan doa, biarkan orang2 yang konon pandai terus dengan tafsirannya.
Tapi ada satu keajaiban dari trajedi ni.. aku tiba2 kembali mengarang puisi.. dah lama aku tinggal hobi aku yang satu ni. Pernah jugak dulu cuba tulis balik tapi tak boleh. Idea takde.. macam beku jer. Mungkin sebab aku terlampau fikir pasal MH370 ni kot.. Apapun, yang aku tulis semua lahir dari hati aku sendiri. Aku taip cuma kat status wall FB aku tanpa clik post jer dulu.. kemudian aku edit atas gambar baru aku share.
Sungguh.. trajedi misteri kehilangan pesawat MH370 sangat sangat bagi kesan dalam diri aku secara peribadi. Aku lebih banyak fikir pasal MH370 dari perkara lain dah sekarang ni tapi yang pelik sepanjang 5 hari ni takde sekali pun aku mimpi pasal MH370. Sungguh pelik sebab aku jenis kalau aku terlalu fikir pasal sesuatu akan terbawak2 sampai dalam mimpi sebab aku manusia yang terlelap jer mesti ada mimpi walau 5 minit aku tidur sekalipun. Aku sendiri tak tau.. tidur aku yang mana takde mimpi, setiap hari yang aku tahu ada saja mimpi. Semalam aku mimpi aku tengah sarat mengandung anak kedua. siap nampak baby bergerak2 dalam perut aku. Takde kena mengena langsung mimpi aku dengan trajedi MH370
Sungguh Allah belum mahu bagi sebarang petunjuk atau petanda pasa sesiapapun sehingga hari kelima ni. Entah di mana mereka? hidup atau mati? Makin di fikir makin tiada jawapan. Sungguh teka teki Allah yang satu ni mampu merentap perasaan.
Ya, Allah jika ini balasan dari dosa2 kami yang melakukan kerosakkan & kemungkaran di bumi Mu ini Ya Allah.. maka ampunilah kami. Tiada daya kami sebagai manusia merungkai teka teki Mu, dimana mereka berada. Sungguh kerdil kami berbanding Mu, Ya Allah. Maka kepada Mu juga kami meminta & merayu simpati.. berilah petanda untuk pasukan penyelamat menjejaki mereka tak kira dalam apa juga keadaannya.
wah pandailah cik lekit buat puisi
ReplyDeleteterkesan juga saya membacanya
semua masih menanti jawapan, moga misteri terungkai
Misteri yang masih menjadi perbualan di media sosial/dunia....apapun doakan semoga usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan Allah...
ReplyDelete* terkesan dgn puisi yang dicipta...
hentikan spetikulasi,tingkatkan doa...
Salam Mami lala..
ReplyDeletemmg berbakat dlm mencoret kata2..
terkesan dihati :'(
semoga allah permudahkan segala urusan dalam menemui MH370