AKU UMPAMA TAJUK ENTRI
Macam tu jugak aku.. tengok garang macam suka gaduh dengan orang. Orang pun fikir dia ni mesti abis dengan semua jiran tetangga ada masalah.. Mesti kaki mengumpat jiran2 sekeliling. Mesti suka menyibuk hal orang. Padahal aku ni kat rumah nak sesaja beborak kosong dengan orang tak tentu pasal pun susah. Kalau keluar jumpa tu aku bertegur sapa la.. Tanya khabar. Nak menempek kat rumah orang, dok buka tudung periuk orang atau selak bawah kain orang memang takde la.
Macam tu jugak baca status2 atau entri aku yang lantang2.. mesti orang ingat dia ni dengan laki pun suka melawan jugak kot sebab berani & garang semacam je. Dah tu nampak ego gila.. Walhal sebenarnya aku kalau selisih faham atau tak puas hati dengan laki aku.. aku diam jer. Kadang2 aku buat macam takde rasa apa2.. Buat macam biasa.. aku pendam lepas tu hadam lepas tu hilang macam tu jer.. Gaduh pun tak lebih dari satu hari. Selalunya sekarang tak puas hati cakap sepatah dua gitu.. diam.. lepas tu buat macam biasa.
Aku ni jenis simple sebenarnya.. kadang2 apa aku tulis kat FB tu di adaptasi benda yang takde kaitan dengan friends yang ada dalam tu.. Tapi ada jugak yang terasa sebab kita cuma manusia. Kadang2 kita buat silap yang sama. dan kadang2 memang aku mengaku sindiran tu di adaptasi dari someone yang aku nampak kat FB.. Dan aku mengaku kalau aku terasa pun aku suka jugak balas balik. Sebab tu sekarang ni untuk kurang fighthing aku unfollow jer mereka2 yang buat aku rasa nak fight. Bukan la sebab nak bermusuh atau benci.. Selagi aku tengok semakin aku sentiasa rasa nak berlawan. Aku pun kadang2 rasa tak selesa jugak dok melantang kat FB tu.. sebab aku tahu kelemahan aku maka aku ambil tindakkan untuk mengelak. Ada yang aku unfollow sebab aku rasa orang tu memang dah ignore aku. Sebab berlaku kat aku, aku nak beramah mesra terus kena unfollow IG & unfriend kat FB walau aku takde masalah dengan dia, so bila jadi macam tu tengok yang mana memang dah ignore aku maka aku unfollow jer sebab aku taknak bila nampak post mereka aku tertegur depa buat tak tahu aku terasa lepas tu up kat FB dah jadi benda tak bagus. Tapi bukan semua orang faham & tahu niat kita bila kita ambil tindakkan macam tu.. Tetap jugak di pandang negatif. Nak memuaskan hati orang sememangnya aku tak mampu jadi aku buat je la apa aku rasa terbaik untuk aku & orang lain.
Yang pandang aku negatif sangat tu.. Tak kisah la. Benda tu normal.. Kita semua ada buat benda yang sama. Menilai orang lain. kau nilai aku.. aku nilai kau.. Tanpa kenal antara satu sama lain. Takde beza pun kita sebenarnya. Cuma kadang2 kita rasa kita lebih baik dari orang lain & pada masa yang sama kita pun sedang buat kesilapan yang sedang kita umpatkan bila orang lain yang buat. Betul tak? Jadi sama2 kita muhasabah diri.. termasuk la aku ni. Yang memang la serba serbi buruk. Insya Allah.. akan di perbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih yang terus memberi sokongan moral, nasihat & teguran pada aku yang buruk perangai ni.
P/S : even nampak aku macam buruk perangai tapi aku bukan ego untuk minta maaf jika aku rasa ada salah faham berlaku. walau bukan dengan semua orang tapi kebanyakkan aku yang akan pm orang minta maaf. Setakat ni orang yang mengambarkan aku buruk takde lagi la yang datang minta maaf. Maybe dia rasa aku terlalu buruk untuk dia merendah diri memohon maaf.
Kathy maafkan .. Hehehehe.. Apakah? Kathy suka penulisan Sis Suria,Diana dan Mamaniza. Transparent,lantang dan jitu.
ReplyDeletebiasa la...mulut org kan..hehheh
ReplyDeletesetuju.. kadang-kadang kita ni tak sama dalam sosial media, dalam fb, blog etc.. hanya jauhari mengenal manikam..eh eh.. :)
ReplyDeleteDah kenapa agaknya tetiba keluar entri macam ni, Suria?
ReplyDeleteKebiasaannya memang macam tu. Di luar lain, di alam maya lain sikapnya. Akak ni adakalanya rasa macam ada double personalities tau. Kalau dengan orang yang memang kenal mesra, akak jadi peramah huhahuha tak tentu arah. Tapi kalau tak berapa kenal, jangan haraplah akak bercakap. Muka pun kalau tengok kalah mak datin dengan barang kemas lapliplaplip. Sombong orang kata. Hahaha...
Tapi itulah, tak kenal maka tak cinta. Tak tahu, jangan main serkap jarang jerk macam dah kenal lama.