MISTERI BILIK BERHANTU KOLEJ TELEKOM UUM SINTOK
Alkisanya tentang sebuah bilik misteri yang berada di tingkat empat, block lelaki kolej telekom UUM sintok. Lokasi bilik ni berada nun di hujung sekali. Hantu pun nak privacy jugak katanya. Pilih bilik hujung2. hahahaha... ok ok sambung cerita balik. Bilik ni menyimpan misteri yang menyeramkan.. antara kesan tapak kaki yang melekat pada simen lantai berhampiran dengan bilik misteri tu. Milik siapa tapak kaki tu.. Masih misteri yang tak terungkai yang pasti katanya bukan kepunyaan seorang manusia. Adakah kucing? mustahil la tapak kaki kucing jadi misteri & seram sangat kan? Apa barang nak seram dengan tapak kaki kucing. Rumah aku dulu2 pun ada kesan tapak kaki kucing atas lantai simen. hahahaha
Op's termelalut pulak. Berbalik pada cerita bilik misteri tu.. Bilik tu di kosongkan bertahun tahun lamanya. Cat dalam tu jugak tak bertukar & kosong tak ada sebarang perabot. Biar usang berbanding bilik2 lain di kawasan kejirananya. Semua berseri dengan cat & perabot. Ini sebab pernah bilik tu cuba di masukkan dengan perabot bagai tapi belum start minggu orientasi habis perabot dalam tu jadi kucar kacir & rosak. Cermin pecah berderai. Dan sejak itu bilik itu di kosongkan & di biarkan usang.
Katanya ramai pelajar selalu nampak bilik tu pada malam hari lampu terpasang tapi tak ada sesiapa yang berani dekat atau masuk ke bilik tu. Yang nasib tak berapa baik sikit katanya akan nampak bayangan seorang wanita berambut panjang berpakaian serba putih berdiri mengadap tingkat bilik tu. Standard hantu.. mesti rambut panjang baju serba putih. Ni spesis tipikal hantu. Tak berapa rare sangat hahahaha
Paling seram katanya.. pelajar yang duduk di tingkat bawah yang betul2 di atasnya bilik misteri tu pernah di ganggu hantu perempuan berambut panjang & berpakaian serba putih ni. Time dia macam biasa waktu riadah spesis hantu la.. tengah malam. Ada jugak kejadian di mana pelajar yang tinggal berhampiran bilik tu di ganggu. Katanya masa dia tertido kemudian terbangun mamai2 lepas nampak hantu wanita berambut panjang & berbaju serba putih tu duduk dekat dengan katil kawan dia. Tapi sebab mamai2 katanya dia tidur balik.. esoknya dia mula ting tong.. tak tau yang dia nampak semalam tu mimpi atau realiti
Ada kejadian lagi.. dimana seorang pelajar cina yang tiba2 di cekik dari belakang semasa tengah study. Lepas dia meronta2 akhirnya terlepas jugak dari cekikan misteri tu. Menurut cerita katanya bilik tu pernah di huni seorang pelajar perempuan yang membunuh diri dalam locker sebab cinta. Lepas kejadian tu blok tu di tukar kepada blok lelaki.
Menurut sumber, semua kisah yang di ceritakan adalah kisah yang benar2 berlaku cuma aku harap jangan ada pulak percaya hantu wanita berambut panjang & berpakaian putih tu adalah jelmaan pelajar yang mati bunuh diri tu. Tempat orang mati di bunuh atau bunuh diri ni memang tempat kesukaan jin.. Jadi maybe jin ambil kesempatan untuk menyesatkan manusia dengan konon2 menjelma sebagai roh orang yang mati tu. Kena ingat dalam ajaran Islam.. Orang yang dah mati takkan kembali kedunia dalam apa bentuk atau jelmaan sekalipun. Yang ada cuma jin & syaitan untuk menyesatkan manusia
Moral of the story.. Jangan bunuh diri tak kira la sebab frust cinta ke hapa.. Bukan apa takut nanti nama anda menjadi momokkan seram orang yang masih hidup. Dah mati pun orang dok sebut2 lagi perkara buruk pasal anda. Jangan risau.. sampai masa mati jugak. Sekian terima kasih
Sumber cerita : UUM SINTOK : Kisah Hantu DI Kolej Telekom
Betul jgk kan,asal hantu je msti di gambarkan rambut pnjang dan baju putih kan? Tapi hantu cina ada yg baju merah kan?
ReplyDeleteBetul jgk kan,asal hantu je msti di gambarkan rambut pnjang dan baju putih kan? Tapi hantu cina ada yg baju merah kan?
ReplyDeleteBestnya ada pengalaman seram...
ReplyDeleteemm aku pernah laa ada orang bagitau, kalau yang mati bunuh diri ni roh dia tak tenang... wallahualam ler...
memang la tak tenang mati bunuh diri tapi tak bermakna roh dia boleh balik kedunia dalam bentuk jelmaan apa2.. kita di ajar dalam islam orang yang dah mati takkan boleh balik ke dunia. So kita kena percaya kalau adapun jelmaan macam tu ia adalah dari jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia
Deletememalam buta gini baca kisah hantu.....actually onie memang layan cerita hantu,entah....suka benda mistik,hihi
ReplyDeletelekit.. kita student uum ok je..hehehe..semua hostel bese la ada penunggu nya.. lagi2 yg ceruk kat hutan mcm uum..org kata tmpt jin bertendang.. but i love uum..hahahahha..
ReplyDeleteuum sintok ttp di hati
Deletetapi kat mana2 kolej pun ...mesti ade cerita yg sama mcm ni ... pelik betui .... semua kolej mestia de budak mati bunuh diri pastu jd hantu ka >????
ReplyDeleteHahaha...gelak dulu boleh tak bila baca cerita seram?
ReplyDeleteBab moral of the story tu yang tak tahan. Yalah, jangan bunuh diri kerana putus cinta nanti tak semena-mena famous lepas mati. Asyik-asyik nama dia jerk naik jadi hantu.
Yang biasa muncul mesti hantu perempuan ek. Hantu ni memang satu seks aje ke apa ni. Hantu lelaki ke, jantan ke, tak pernah pulak menjelma! Kira kita orang perempuan ni memang spesies yang disukailah sampaikan hantu-hantu pun berlumba-lumba nak letak kat ID mereka 'Jantina : Perempuan' gitu...
Adik akak belajar kat UUM Sintoklah dulu. Tapi tak pernah dengar dia cerita apa-apa. Katanya kalau hantu tengok dia pun hantu ngeri nak kacau. Sebab dia pun macam hantu jugak!