PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL
Sumber Google. Sekadar hiasan |
Bukan la dengki tapi zaman media sosial sekarang ni benda yang kita rasa macam tak ada apa2 sangat tu la boleh jadi perkara yang di luar jangkaan kita. Alah tunjuk surat beranak je kot... Yelah, sebab belum berlaku apa2 perkara yang mengaibkan memang la benda tu kita anggap tak memudaratkan. Baru2 ni viral surat beranak sorang baby yang kononnya bernama sabrina kekasih lama.. Aku mula2 tengok pun logik akal aku fikir. Ni mesti editing. Tak kuasa aku nak teruja sangat apa lagi nak turut jadi salah seorang yang gigih share benda tu. Apa gila merapu sangat mak bapak budak tu nak letak nama macam tu zaman sekarang ni?? Nak rare?? Dia pun fikir kesan yang mungkin anak dia tanggung di masa depan dengan nama macam tu. Takkan dia nak malukan anak dia untuk kepuasan dia kot...
Alah bukan susah pun nak edit nama macam ni. Aku pun reti buat. Dulu aku selalu la di tugaskan mengeditkan payslip gaji & macam2 statement orang. |
Ternyata betul memang nama tu sekadar edit golongan manusia yang tak tau beza melawak dengan mengaibkan orang. Tak tau la mana depa dapat surat beranak tu.. Sebab tak sure samada di upload parents baby tu atau orang dalam JPN yang upload sebab baca artikel berita tu tak jelaskan macam mana surat beranak baby tu boleh di edit & tersebar. Tapi tetap moral of the story.. Inilah risiko2 yang boleh berlaku bila kita nak menunjuk sangat surat beranak baby kita kat media sosial.
sumber harian Metro |
Moral of the story.. yang jenis kaki menayang segala benda kat media sosial tu ambil la pengajaran. Laman sosial bukan zon selamat berkongsi semua perkara malah media sosial sekarang la paling bahaya sebab bahaya media sosial adalah bahaya yang kita tak mampu nak ramal. Siapa akan jadi mangsa kadang2 di luar logik akal kita. Contoh macam baby ni.. sebab nama dia sabrina je tetiba orang cuba mengaibkan dengan mengedit nama dia & seterusnya jadi viral seantero alam maya. So, sila berwaspada selalu.
Hmm... orang sekarang, bab nak mengaibkan org mmg terer... jadi kita pula la kna berhati-hati...
ReplyDeleteaaa senang sgt nak edit ni... mental betul hahahah
ReplyDeleteApa pon nak edit... Apalah... Cubalah edit nama anak sendiri.. Apahal nak edit anak orang
ReplyDeleteIya... Cari penyakit namanya mak bapa budak ni. Hehehe..
ReplyDeletetak de peluang atau ruang xde la sebarang isu..
ReplyDeletentah mana yg best agaknye keje asyik nak troll orang....begurau tak kene tempat
ReplyDeleteHabis semua pun nak dikongsi bersama, itulah padahnya. Dan dah namanya manusia zaman sekarang ni suka bergurau tanpa sempadan, inilah akibatnya....
ReplyDelete