AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI
Sebagai kawan bila berdepan dengan kawan kawan yang perangai buat kita rasa annoying ni memang kadang2 tak sampai hati nak sound direct tapi of course la kita akan cuba mengelak dari buat sebarang aktiviti dengan dia termasuk la ajak dia join travel kemana mana bersama. Sebolehnya nak skip dia dalam apa2 acara sekalipun.. Pendek kata kalau boleh taknak kawan dengan dia tapi tak sampai hati nak terus terang. Nak2 lagi jenis kawan yang suka buat perangai macam ni kalau pergi bercuti >>Inilah 9 perangai Kawan Yang Mungkin Buat Percutian Anda Menjadi Mimpi Ngeri << Kalau kawan jenis perangai macam ni confirm spoil percutian korang. Balik dari bercuti korang akan rasa rasa duit habis, badan penat & hati sakit. Jadi kalau korang ada kawan jenis perangai macam tu, better elakkan diri dari bercuti bersama dia.
Kalau korang ada 9 perangai yang di sebut hope berubah la sebelum korang di takdirkan menjadi manusia forever alone. Sesungguhnya tiada kawan yang boleh tahan dengan perangai macam tu. Kalau depa tak sound direct pun ketahui confirm anda menjadi bahan umpatan di belakang. Mereka akan perlahan lahan menjauhkan diri dari anda dan akhirnya anda mereput sorang sorang.
Moral of the story.. Sebagai manusia memang kita ada perangai yang buat orang rasa annoying dengan kita tapi jangan la keterlaluan.Biarlah satu perkara orang annoying & 10 perkara tentang kita yang lain orang suka. Baru la orang rasa kepentingan kita dalam sesuatu suasana tu. Contoh macam aku kadang2 terlampau direct to the point tapi aku ni baik hati suka tolong kawan kawan aku... kan geng cap ayam. Hahahaha.. maafkan hamba. Sesi naik lift tekan nombor sendiri.
PC belum pernah jalan sesaja dengan kawan kawan...kalau rombongan atau lawatan zaman sekolah tu adalah...semalam je belum boleh nampak warna sebenar...hehe...
ReplyDeleteAkak pun seingatnya tak pernahlah pergi bercuti dengan kawan-kawan. Biasanya dengan family aje dari dulu sampailah ni. Bukan apa, akak tau perangai akak macamana so kalau nak berkongsi bilik ke, apa ke, memang stresslah sikit kalau dah perangai sendiri pun macam ni! Tak nak orang kutuk, lebih baik jangan sampai tereveal perangai tu ^_^
ReplyDelete