BUKAN AKU YANG KENA ROGOL & BUNUH,RILEX SUDAH

11/18/2015 11:21:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

BUKAN AKU YANG KENA ROGOL & BUNUH,RILEX SUDAH. Bila baca berita yang jadi viral semalam seorang kerani merangkap seorang isteri & ibu yang di rogol & di bunuh kecam oleh penyamun warga nepal memang bagi kesan jugak la kat aku. almaklum la aku pun perempuan & ada anak. Tinggal di kawasan rumah yang memang ada banyak warga asing dari macam2 negara ni. Cuma level aku duduk ni je majoriti orang tempatan tapi depan rumah aku ni rasanya penyewa baru orang asing jugak. Sebab tu aku kalau duduk dalam rumah pun pintu semua bermangga berkunci. Takde la nak ambil fresh air bagai..


Setiap kali berlaku pembunuh kejam macam tu akan bersepah la orang share tip keselamatan. Bukan tak bagus tapi aku rasa benda tu rasanya semua orang dah tau tapi berapa kerat manusia yang ambil kisah & anggap benda tu sangat penting untuk keselamatan. Sebab tu aku malas nak share. Aku anggap kebanyakkan perempuan sekarang tak takut pun kena rogol & bunuh.Sekadar baca & tak bagi apa2 kesan sebab bukan depa yang mati kena rogol & bunuh tu. Sekadar share sebab orang lain share. Kalau cuak pun masa baca berita tu jer.. Lepas tu dah tak ada rasa apa2 kembali melakukan aktiviti berisiko di media sosial. Jadi lantak depa nak share apapun kat media sosial. Nak share check in kat Pavillion ke.. Nak share alamat rumah ke.. Nak share pasal laki depa outstation & depa kesepian atas katil sorang2 ke.. Memang manusia sekarang lebih risau kalau tak show off semua benda dari risau keselamatan diri. Kita pun terlebih prihatin buat apa.


Kita yang jenis tipikal perempuan yang overprotected ni katanya.. Kita jagalah diri kita  sendiri. Yang rasa memang diri boleh di lunyai oleh penjenayah.. Biar la. Nak tegur atau tegah, siapa kita. Silap2 bukan takat putus silaturrahim boleh putus urat jari bergaduh kat media sosial. Biarlah depa bagitau semua maklumat diri kat media sosial.. Kita bersangka baik kalau depa tak buat macam tu mungkin urat kentut akan terputus & hilang nafsu terhadap suami. Jadi.. nak tak nak depa terpaksa jugak bagitau orang setiap detik & ketika keadaan & lokasi mereka. Kena jugak bagitau perasaan ketika berjauhan dengan pasangan sebab depa cuma reti bagitau cara tu je kat media sosial je.

Moral of the story.. Walau orang selalu cakap, tegur kalau saya silap jangan percaya sangat sebenarnya dia harap puji & sokong saya tak kira betul atau salah. Jadi kesimpulannya siapa rasa sayang diri sendiri tu pepandai la jaga.

13 comments:

  1. Selalu je tgk member update status husband outstation...takde apa nak masak...terpaksa order pizza delivery...terus la koi pu order pizza juga...eh


    ReplyDelete
  2. kan... kan ... sy diri syg keluarga pk sendiri ...

    aku mmg tak reti nk check in2 ..hahahafb terbengkalai ...sebuk dok like status org je kah kah

    ReplyDelete
  3. Tajuk entry ko pun dah kejam dek non...hahahahaha
    Sy pun tak suka update kita berada di mana sekian2 waktu. Lepas balik rumah @ 2-3 hari lepas kejadian baru la update status kat fb takpun baru update kat blog..

    ReplyDelete
  4. Jenayah semakin berleluasa sekarang ni LL..
    Kita kena ambil perhatian utk diri sendiri dan keluarga walaupun perkara itu tidak berlaku kpd kita.

    ReplyDelete
  5. ish...takutnya akk....sbb akk pun bila balik sekolah dok berdua je dengan aish...huhu..nauzubillah minzalik..mtk simpangla....

    ReplyDelete
  6. betol tu pikir dulu dalam2 ape yg kite nak tulis...silap tulis mengundang bahaya...sian dgn nasib arwah dan moga2 arwah tenang di sana...

    ReplyDelete
  7. Tidak la nak update status macam tu. mengundang bahaya namanya. Iday selalu check in tempat bila ada event. tapi lepas ni dah tknak check in. takut. huhu

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah buat arwah semoga damai di alam sana.
    Ada benarnya kepada yang suka sangat share status tu berhati-hatilah orang jahat ada di mana-mana dan suka aje ambil kesempatan tambahan pulak dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

    ReplyDelete
  9. Memang patut lebih berhati2 skrg. Jgn main share je.

    ReplyDelete
  10. Terkesan sungguh dengan kes-kes camni..sedih..memang betul malang tidak berbau tapi selagi boleh dielak perkara2 yang mengundang bahaya ni, elakkanlah.

    ReplyDelete
  11. sekarang ni semua yang kita share kena hati-hati kan..macam-macam boleh jadi..

    ReplyDelete
  12. zaman sekarang keliling kita ada aje bahaya
    saya pun dah banyak belajar lepas kena sekali dulu
    terutama sekali di FB sebab apa-apa di FB paling cepat tersebar

    p/s-kalau saya yang kata part akhir tu, saya memang benar-benar maksudkannya =)

    ReplyDelete
  13. sendiri mau hengat la kan.
    sendiri jaga diri sendiri.
    hati-hati!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com