KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM
Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ.
Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza hut kat situ.. Mereka pernah ternampak satu lembaga hitam bertenggek kat dahan pokok yang berada di tengah2 antara dua kubur tersebut. Tak tau la apa menatang yang bertenggek malam2 buta kat situ.. Di tambah seram lagi pengawal keselamatan kat situ pun selalu terbau wangi di sertakan dengan perasaan seram sejuk bila melalui kawasan tu. Tak tau kejadian seram tu ada kaitan dengan dua kubur misteri tu atau tidak.. Sebab kubur misteri tu pun tak tau macam mana boleh ada kat situ.
Elok la berhantu sikit pasaraya ni.. Bukan apa kalau dia tak berhantu ramai pulak kaum wanita naik hantu. Nak2 lagi nampak perkataan keramat 'Sale' tu boleh histeria jadinya. Bila ada kisah2 mistik melibatkan pasaraya tu.. Kurang sikit aktiviti yang menyeramkan para suami di lakukan oleh kaum wanita hahaha.
smpai skrg masih ada kubur tu?
ReplyDeleteEh, macam dah baca pasal pasaraya Tesco Mergong ni tapi di mana ya? Lupalah pulak!
ReplyDeleteIsh, kalau takut hantu, buatlah grocery shopping siang hari. Hantu jarang lah nak muncul siang hari ni sebab depa tak tahan panahan matahari macam pontianak juga. Depa ni puteri lilin, tak tahan panas tau!