PEREMPUAN BERTUDUNG MAKI HAMUN PUAN LOLA IBU KEPADA REMAJA OKU

6/25/2014 08:18:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Semua orang tahu kes seorang remaja OKU adik firdaus yang di temui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.. dengan badan tinggal rangka.. najis melekat kat kepala & baju mereput kat badan. Semua orang rasa marah dengan perbuatan ibu dia yang mengabaikan anak OKU tu dengan alasan kesempitan hidup yang ramai tak boleh terima alasan tu. Aku tak nak la kupas kupis isu tu.. Setiap orang ada pendapat & pandangan tersendiri. Ada yang mampu positif pada si ibu firdaus & ramai yang tak boleh nak positif dengan tindakkan si ibu tu.

Cuma kat sini aku rasa nak tegur jugak.. Yer.. aku pun suka merespond isu2 tu dengan pandangan yang.. iskk.. geramnya aku. Kita rasa tak puas hati tu aku ada jugak la komen kat wall yg update pasal isu tu & aku pun ada up status pasal isu tu. Cuma tak perlu la sampai keluar maki hamun & carut marut bagai sampai panggil Puan Lola Ibu kepada adik firdaus tu sundal & hamburkan kata2 kesat. Kita boleh marah tentang apa kesalahan yang dia buat.. kita tak perlu menokok tambah penghinaan yang kita takde bukti yang dia buat.

Sumber carian google

Tadi kat wall Papa Hero ada up status berkenaan isu tu.. aku pun join berkomen & sambil membaca komen2 dari orang lain terjumpa la satu komen dari minah sengal mungkin tengah segugut nak period ke hapa tak tau.. maki hamun si lola ni dengan perkataan sundal bagai. Aku check tengok profile dia.. elok je bertudung litup bagai tapi apsal la perangai tak macam imej dia yang suci murni tu. Yelah.. imej tak melambangkan perangai orang kan.

Komen2 ni aku selected yang penting je. kalau nak attach semua panjang sangat

Jadi aku tegur la.. Kalau marah pun tak perlu la nak maki sipolan tu. Kita boleh lagi luahan perasaan marah tu dengan cara yang berhemah. Tetiba dia kata aku pulak backup sipolan yang di maki. erkk... nampaknya dia tak baca komen aku sebelum datangnya komen maki hamun dia kot. Ramai kot komen dengan perasaan tak puas hati kat si Lola tu tapi ramai yang komen cara beradap takde la pulak maki hamun tak tentu pasal macam minah ni.

biarpun aku tak boleh nak positif dengan tindakkan ibu kepada adik firdaus sebelum ni tapi aku setuju jugak dengan komen adat syahadat. Buat aku boleh ada point untuk fikir secara positif dengan isu puan lola ni. Mungkin dia alami tekanan perasaan sehingga menganggu mental dia sampai tak mampu menjaga kebajikan anak oku walau dia masih mampu pergi kerja & jaga diri dia, tak tau la kan? Kadang2 ada orang sakit mental ni depan orang nampak normal tapi di sebalik apa yang kita tak nampak sebenarnya dia tak normal. Tapi jika tindakkan dia di lakukan dalam keadaan mental yang baik.. itu memang masalah hati dia yang kita boleh anggap agak kejam. Tapi tak tahu la dia hadapi masalah yang mana satu, kan??

Jadi moral of the story.. Aku pun tak baik, tapi Insya Allah setiap kali aku cuba menyuarakan pendapat atau join berkomen pada apa2 isu aku tak sampai tahap nak maki hamun orang even ayat aku kadang2 garang macam singa lapar, lazer macam mami jarum. Outspoken tak bermakna biadap. Peace!

P/S : Bila emosi menguasi diri.. Kita akan berubah jadi bukan manusia lagi. So, kawal lah emosi agar kita sentiasa masih nampak macam manusia bukan S*T*N.

5 comments:

  1. Aku pun geram jugak kak... tapi takdela sampai menghina gitu.... aku marah pun, aku point pada kereta, tudung, selfie... tu aku marah.... but then, tak gamak aku nak panggil si ibu dengan panggilan yang kurang baik tu... sebab kita pun tak baik... the other way, aku setuju jugak dengan komen adat...

    Komen pemaki hamun tu dah hilang dah :) baru stalker tadi...

    ReplyDelete
  2. ramai yang komen kawkaw tahap kurang ajar..sampoaikan dah tak terlarat nak baca...

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita hanya nampak buruk orang... tapi, kita tak sedar kain kita pun terkoyak juga.
    sama la dengan pengomen tu. dia dah bukak aib dengan berkata kesat.

    semua orang mrh. tapi, jangan lebih2.

    ReplyDelete
  4. amboi bahasa dia...'cantik' sgt! -.-'

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..
    huhuh..bertudung tak semestinya mencerminkan siapa diri kita..
    tepuk dada tanya iman...allahu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com