MAKAN NASI SATU PERKARA YANG RUMIT BUAT ORANG YANG SIBUK
Gambar pinjam Google je. Tak tau sapa punya. Halalkan lah yer gambar ni |
Nasi kalau time busy ni.. Memang ada orang terpaksa skip makan nasi. Yelah.. nak makan nasi at least kena duduk dengan tenang. Takde boleh makan nasi macam makan jajan. Nak suap.. nak cubit lauk.. nak gaul.. bagai.. Memang kita rasa mudah bila kita cukup masa makan tu tapi bagi orang yang hidup dia memang celik mata jangankan meroyan kat pesbuk..kalau boleh berak & kencing pun dia nak skip. Kalau boleh satu hari dia perlukan 42 jam. 24 jam memang tak cukup bagi dia. Sampai nak makan nasi pun dia rasa rumit sangat sebab perlu ambil masa yang lama.
Bagi golongan busy ni.. kalau la ada nasi yang boleh makan macam makan fastfood... alangkah bahagia. Boleh menikmati nasi dengan masa yang singkat atau sambil buat kerja. Sekarang dah ada... Nasi pun telah di formulakan menjadi makanan fastfood katanya.. Tak payah susah nak cubit lauk.. nak gaul2.. kemudian baru suap. Semudah kau buka bungkusan.. pegang & terus gigit. Macam mana nak makan nasi macam tu... Nasi lemak pun kau tak mampu makan gigit2 macam gigit biskut. Ada.. nak tau meh la tengok kat sini >> Masak Merah Rice Wrap <<
Jadi pada golongan yang sentiasa busy dengan urusan duniawi ni.. Boleh la nikmati keenakkan nasi dengan cara paling mudah & simple. Pakia wrap je kau! lepas ni dah takde alasan kena gastrik sebab selalu lambat makan.
teringin jugak nak jadi org yg sibuk sampai tak makan nasi.. hahaha.. memg nasi ni jarang laa miss..
ReplyDeletewahh.. ada masak merah rice wrap mudah kan.. masuk perut pun bercampur gak ye... hihi..
ReplyDeletehurm...cam kfc buat tu kan...siap dengan roti..confirm kenyang...
ReplyDeleteBetul..kalau dah busy sangat memang tak sempat nak makan.
ReplyDeletezaman kerja dulu jika terlalu bz..sempat makan roti je..
ReplyDeleteAlahai...bagusnya kalau sibuk sangat sampai tak sempat nak makan nasi. Kurus melidilah gaya gitu... tak sempat makan katanya. Ni kalau makan nasi, mahu 30 minit nak menikmati ayam percik+nasi putih+ sambal belacan aje katanya. Takdalah sibuk mana kalau gitukan, kan, kan!
ReplyDelete