UNTUK KULIT YANG MESRA JERAWAT & CEPAT SENTAP

4/02/2015 04:17:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Baik sungguh kulit jenis macam ni kan? Dia tak pilih kawan.. jerawat pun dia still berkawan. Mulia sungguh kulit jenis ni katanya... Tapi kulit jenis ni dia jaga hati jerawat tapi tak jaga hati empunya muka tu. Sebab suka beramas mesra dengan jerawat tuan punya muka pulak rasa merana. Walaupun kulit jenis camni mesra jerawat tapi sangat kuat sentap katanya. Tak boleh silap produk sikit atau tak boleh nak tenyeh sebarangan produk mesti dia punya tacing tu melampau2. Habis janaham kulit bila dia merajuk katanya.Kita boleh ubah perangai kulit jenis ni dengan produk yang aku nak share ni.

Produk ni hasil rembat lepas bayar kat tesco. Last weekend aku tak terjah guardian.. tapi tersesat dalam tesco sebab nak cari puting botol susu Avent kat anak aku. Bila sesat dalam tesco ni keghairahan pada skincare kurang sikit tapi dia lebih bernafsu kat benda lain tapi sebab cleanser dah habis di tenyeh ke muka.. Aku cari jugak la cleanser. Tesco tak banyak produk bio essence. Niat mula2 nak cari bio essence 24k bio-gold. Konon nak kulit bersinar2 macam emas la. Tapi sebab takde aku rembat je la cleanser ni selepas aku rasa ia mungkin membantu masalah kulit mesra jerawat aku ni. Almaklum remaja baru akil baligh katanya.. Asal bulan mengambang jer.. jerawat pun dengan riang ria singgah. Dah tu tak boleh silap produk jugak even orang lain pakai elok jer tetiba aku yang pakai jadi bebukan even harga beratus.

Selain anti jerawat & ia jugak mempunyai formula anti keradangan kulit. Masalah biasa yang berlaku pada orang yang mempunyai kulit yang sensitif

Aku jenis beli balik tu terus guna la. Kali pertama muka aku di cabul oleh Miracle bio water soothing cleanser bio essence ni.. Memang rasa bersih & licin muka selepas cuci even dia tak banyak buih macam pencuci muka lain sebab pencuci muka ni soap free. Masa gosok tu rasa sangat lembut. Sampai terasa di belai belai... hehehehe. Masa guna tu memang ada 2 ketul jerawat sederhana size. Lepas cuci tenyeh aloevera gel evaros skincare lepas tu tenyeh tanaka white double whitening night cream.. keesokkan pagi nya rasa 2 ketoi jerawat tu mengecut. Kulit muka bangun pun nampak fresh. Sukanya hati den..

Sepanjang 5 hari menyemai cinta dengan Bio essence Miracle Bio water  soothing cleanser ni memang takde jerawat singgah. tak kira yang sekecil2 anak hingga sebesar besar penumpuk.Takde penglupasan atau apa2 keradangan kulit yang berlaku.

Sememangnya produk bio essence ni sangat2 mesra dengan kulit aku. Semua produk bio essence yang aku pernah cuba takde yang mengecewakan even bukan drastik pemulihan kulit tu berlaku tapi kita boleh nampak keberkesanan kalau kita consistent guna. Normally kesan dia boleh nampak dalam seminggu tapi takde la terus jelita macam rozita che wan kalau baru seminggu guna, kan. So, untuk yang ada masalah kulit sangat2 sensitif & mudah berjerawat.. Boleh try cleanser ni. Insya Allah membantu menghalang jerawat berumahtangga di muka kita. harga tak mahal sangat la RM29.90

8 comments:

  1. Macam best jer...cleanser Mrs. A pun dah nak habis ni rasanya macam nak try test uji yang ni pulaklah nanti.

    ReplyDelete
  2. Aku dh berumur ni pun kulit tiba jd sensetip plak...dulu x heran pun x cuci muka seharian ....

    ReplyDelete
  3. Tgk pun mcm nk cuba... Mst fresh je ni..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak cuba juga la sis..

    ReplyDelete
  5. comel je ayat mummy...
    Kulit mesra jerawat yer..
    Ibupun kalo time bulan penuh siap ler..
    Bermaharajalela ler sang jerawat smua..
    Redha je lah..
    Tulah mummy x nak push Aqil sgt bru drjh 1 kn..
    Kira banding dia skrg dgn ibu masa drjh 1 dlu ibarat langit dgn bumi lah..
    Hihihihihihihihi
    Ibu dlu pandai membaca pn masa drjh 3 kot bru lancar..
    Bahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. kerap baca lekat lekit review produk bio-essence ni...sampai rasa cam terpengaruh nak mencuba pula

    ReplyDelete
  7. Dah, dia buat hal lagik! Awat pi promote... Tapi betullah Suria, produk BioEssence ni bagus walaupun takdalah mahal mana macam dalam mall tu. Akak guna yang bird nest tu terasa kulitku seperti remaja belum akil baligh jerk tau. Akak baru verangan-rangan nak beli 24K gold apa kebendanya tu. Ingatkan nak advance sikit daripada Suria rupanya dia lagi advance berangan daripada kita!

    ReplyDelete
  8. Bantu saya.. mcmna nk pakai produk ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com