BILA PENDEKAR TAKUT PADA HASHTAG

10/07/2014 11:21:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Sekian lama.. Akhirnya setelah lama aku tak lawan berdebat dengan dia kat FB, tiba satu status blogger ni aku kembali bertemu di gelanggang dengan dia dan memperolehi bagi aku satu kemenangan jugak sebab dia bukan calang2 orang yang Gelar diri sebagai Pendekar **Tet**

terkenal dengan hujah2 berapi & kritikkan bukan setakat membunuh tahap melebur perasaan orang jugak la. Memang dia tak pernah tunduk mengalah dengan sesiapa.. apatah lagi dengan yang membangkang pendapat dia. Nak2 lagi orang macam aku ni.. Ilmu tak setebal mana berbanding dia mampu berhujah berlandaskan hadis,kitab, al Quran & jugak buku teks. Apa benda dia tak tahu.. kalau politik tak payah cakap la.. macam pakar. Macam semua betul je apa dia cakap.. isu2 semasa tak lekeh sangat la.. Macam dia pakar jugak. Isu nak berkempen anti orang pun tak kurang hebat.. Dia sangat2 jujur & berani mati punya. Sekali dia tak suka orang tu.. sapa2 yang sebut nama orang tu pun dia akan benci on the spot. Kalau dia dah benci tu Dia terus terang takde kias kias macam kita ni.. Buat status sarcasm bagai.. dia terjah terus orang tu cakap tak suka & akan unfriend atas alasan kau sebut nama orang dia tak suka. Kau hado?? takde kan..

Sumber google. Sekadar hiasan tapi penuh maksud tersirat & tersurat

Hebat tak beliau itu? Tu secara ringkas aku gambarkan betapa pendekarnya beliau itu.. Takkan berundur walau di acu belati tajam menikam.. Tapi akhirnya. Dia berundur jugak dengan aku. Dengan blogger yang selalu cakap berdasar pandangan peribadi jer.. Almaklum nak cakap berlandaskan hadis, al Quran atau buku teks ni tak berapa pandai sangat tapi ternyata hujah berlandaskan pandangan peribadi aku mampu buat dia berundur dari terus membaca taipan aku di laman sosial. Aku pernah cabar dia, unfriend aku kalau taknak baca komen2 aku berdebat dengan dia.. Nama kata pendekar ni.. takkan berundur gitu. Tapi terbukti kini.. dia berundur jugak. Unfriend sudah antara aku dah dia sebab debat malam sebelum hari raya korban haritu.

Kelemahan dia sekarang adalah Hashtag #kelabblogger*************. Even aku di unfriend bukan sebab #kelabblogger************ tapi sapa2 dalam friendlist dia kat Fb kalau buat status #kelabblogger***************** dia jadi trauma terus unfriend. hahahahaha... Pendekar pun ada jugak kelemahan kan, tu biasa la kan.Kalau betul2 Pendekar tak gentar sangat la setakat hashtag tu kan? Boleh tengok & pejam mata. Apa sangat la hashtag tu. Dengan hashtag camtu pun terganggu emosi ke? kalau emosi pun tak boleh lawan.. macam mana nak jadi pendekar, ye dak??.. hahahahaha

Sumber google

Takde la pendekar mana sangat. Selama ni aku respect jugak dengan kekentalan dia.. Yang tak goyang dengan sapa2 apatah lagi dengan hujah2 aku level SPM ni berbanding hujah2 dia level PHD tu. kagum bukan pasal point hujah2 dia tapi pasal keberanian dia bersuara dengan lantang tanpa memperdulikan apa jugak tanggapan orang pada dia & boleh hadap apa jugak pandangan orang pada dia tanpa gigil.. Ternyata jiwa pendekar dia hanya di atas papan kekunci @ keyboard. Tapi hati dia sebenarnya sangat lemah.. kosong & sunyi.. Apapun aku sentiasa doakan Pendekar *tet* tu temui kebahagian & kasih sayang yang melimpah ruah agar dia tahu apa itu hidup. kekekekekekeke

P/S : Sebenarnya aku teringin nak tengok dia berperilaku sebagai manusia yang normal kat laman sosial ni. Yang tak sentiasa bersifat menentang.. & boleh happening macam orang lain. Kadang2 kita perlu jadi orang biasa untuk kita nikmati kehidupan kita macam orang lain.. Tak perlu jadi luar biasa sehingga kita sendiri hidup dalam tekanan yang kita sendiri ciptakan.

7 comments:

  1. saya pernah terbaca ada seorang pakar kata
    bahawa manusia ni akan berubah karakter dalam situasi
    apabila di telefon, di laman sosial atau computer dan juga secara berdepan
    yang betul dan diri manusia itu yang sebenar adalah secara berdepan, yang lain tu
    ada kemungkinan bukan diri mereka yang sebenar
    pakar tu katalah, bukan saya =)

    ReplyDelete
  2. tak salah pun apa pakar tu cakap. betul la tu.. orang yang pendiam pun boleh jadi peramah kat laman sosial.. macam saya ni bukan garang sangat tapi ada la jugak sifat garang tu kat luar sebab membesar dengan mak yg garang, adik2 pun garang2 jugak. kekekekekeke

    ReplyDelete
  3. kuasa hashtag =p

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salah sorang dan orang lama dalam berkawan dengan #kelabbloggerbenashaari tapi tak diunfriendkan pun lagi. Heran juga dengan si Pendekar ni. Gembang je lebih.

    ReplyDelete
  5. Sape kah die Pendekar **tet** nie ?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com