BABI PANDU MYVI

5/03/2015 08:01:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Mesti rasa.. kasar beno tajuk entri si lekat lekit kali ni. Selalunya garang2 manja jer kan. Macam ni la beb! Orang yang cerdik akan membaca isi kandungan bukan menilai dari tajuk jer. Aku pun bukan suka membabikan orang sangat tapi kali ni cuma haiwan tu jer aku rasa paling sesuai nak gambarkan apa yang berlaku. Jadi moh ler kita baca sepatah dua kata yang aku nak ucap ni.

Sedih sangat.. Kehilangan kedua2 orang tersayang yang tiada galang gantinya di dunia dalam usia yang terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Ya Allah hebat anak2 kecil tu di uji dalam usia semuda mereka.Sebab naluri keibuan aku ni amat tersentuh maka aku rasa perlu jugak aku tulis dalam entri berkenaan isu ni.

Sumber google

Tu la jangan jadi macam babi bila drive. Sebab apa aku guna perumpamaan babi bukan nak memaki tapi nak gambarkan babi kalau berlari lurus jer dia ok tapi dia memang fail kalau nak lari bentuk zik zak. Maksudnya lari kejab kekiri kejab kekanan. kalau dia buat jugak alamat tersondol la apa2 yang melintas depan dia. Macam tu bebudak Myvi yang seronok race konon macam racer profesional sangat... dia ingat macam main game kot pulas stereng. main game pun terbabas.. Inikan kat jalan raya. Bila skill racer tu tahap budak2 baru pegang stereng, maka terjadilah apa yang telah terjadi. Akibat high confident maka melibatkan nyawa orang lain jugak. Paul Walker, Pelakon Fast & Furious pun terbabas & terkorban dalam kemalangan jalan raya inikan pulak hangpa tahap myvi jer.

Rasanya babi2.. ops... bebudak tu dah mula jadi manusia kot lepas apa yang berlaku. Bagus la kalau dah mula guna otak macam manusia kalau tak sia2 di lahirkan pada jasad seorang manusia tapi akal tahap haiwan sampai kekadang rasa haiwan lagi berakal dari spesis macam tu. Bila di jalan raya itulah risiko kita perlu hadap. walau kita sebaik mungkin cuba ikut peraturan di jalan raya tapi bila ada yang buat macam monyet dapat stereng, kita jugak terdedah dengan bahaya.

Myvi je kot kau nak racing bagai. kalau kereta sport sekalipun tak kata kau boleh race kat jalan raya sesuka hati kau. Malah kereta apa sekalipun kau bawak tetap kau kena ikut peraturan jalan raya. Jangan fikir kereta kau, kau punya pasal sebab jalan raya bukan kau yang punya, bukan kau je guna & bukan kau je bayar roadtax. Kalau kau nak racing tak melibatkan pengguna lain ok la.. kau mati pun senang je takde sapa nak sakit hati. Tapi sebab bila kau berkurang ajar di jalan raya akibatnya orang lain pun terlibat tu yang mengundang marah orang lain.

Sumber google

Moral of the story.. Harap kejadian ni menghantui geng2 myvi yang terlibat sehingga depa insaf sampai tobat nak pegang stereng lagi. Apapun semoga kita semua jadikan pengajaran terhadap apa yang berlaku. Memang ajal maut ketentuan Allah tapi perkara bangang yang hangpa buat bukan salah takdir tapi salah hangpa mensia siakan akal yang Allah bagi. Sebab tu kita selalu dengar yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri kita sendiri. So, hadam betul2 kata2 tersebut sebelum nak backing bebudak myvi yang menyebabkan kemalangan & kematian sekeluarga tu. Jangan tak pepasal jadi viral, nak keluar naik myvi pun dah tak berani.

P/S : even yang terlibat tu bukan kategori budak lagi tapi sesaja aku panggil bebudak sebab tahap akal depa memang masih level budak budak

P/S : Semoga Allah mengampuni dosa sekeluarga yang maut dalam kemalangan tu & menempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.

1 comment:

  1. Mmg patut di 'vavi'kan mereka yg menganggap jalan raya awam ini milik nenek moyang diorang. Kalau Kathy jd pihak berkuasa mmg tak agi ampun dah. Biar serik sikit. Huhuhu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com