CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2)

11/02/2015 03:07:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2). Kecoh sejak semalam kisah seram berkaitan dengan lebuhraya LPT2 sampai hari ni keluar kat sinar harian. Actually aku macam jarang je baca kisah2 seram kat LPT2 ni. Mungkin terlepas pandang kot. Jadi sebagai blog yang bertemakan cerita seram katanya.. di mana ada cerita mistik di situ ada blog lekatlekit. erkk.. dia mana ada blog lekatlekit situ ada kisah seram.. Arghh.. mana2 je lah yer.


Katanya sejak LPT2 di buka sehingga sekarang banyak kemalangan maut berlaku. Ramai yang percaya kemalangan yang berlaku kat situ ada kaitan dengan perkara mistik. Ada yang menceritakan pengalaman seram melalui jalan tu. Ada jugak mangsa kemalangan kat situ ternampak makhluk menyeramkan. Ada yang mengakui bila melalui jalan tu akan rasa mengantuk yang teramat sangat sehingga hampir terbabas.

Clik untuk view yang lebih jelas


Asalnya tempat yang di buat lebuhraya ni hutan belantara. Hutan belantara memang banyak makhluk ghaib tinggal. Kita tak nampak tapi mereka wujud. Bila penempatan mereka di musnahkan.. mereka pun makhluk katanya. Ada rasa marah & berdendam. Jadi tak mustahil.. dari perasaan marah & dendam ni berlakunya gangguan mistik sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Faktor lain adalah kelalaian pemandu tu sendiri. Kadang2 makhluk ni melalaikan manusia sehingga hilang fokus seterusnya berlaku kemalangan.

Clik untuk view yang lebih jelas

kat mana2 pun ada makhluk yang kita tak nampak sebab tu kita kena selalu beringat. Jangan terlampau suka sampai kita lupa risiko berlaku kemalangan boleh terjadi kat mana2. Memandu dalam keadaan letih jugak salah satu punca. Kadang2 terlalu letih & kita jadi stress menyebabkan otak kita jadi kurang waras & mungkin menyebabkan halusinasi. Benda tu tak ada pun tapi sebab dalam keadaan tertekan kita boleh nampak macam2.

Clik untuk view yang lebih jelas

Jadi.. memandulah dalam keadaan yang segar untuk elak kemalangan. Pemanduan berhemah jugak faktor penting untuk dititik beratkan. Jangan terlampau taksub bila sesuatu tempat tu di kaitan dengan kejadian & cerita seram atau mistik. Sebab kalau taksub ia mempengaruh emosi & fikiran kita. Benda yang tak ada pun boleh nampak macam ada bila kita terlalu takut.

Clik untuk view yang lebih jelas




Tapi cerita seram LPT2 ni tak seseram kejadian macam ni. Yang ni lagi seram. Bayangkan sesuatu yang berusia lebih 20 tahun menyimpan perkara yang menyeramkan.. Meh tengok kat sini >> Video Tape Yang Berusia 20 Tahun Menyimpan sesuatu yang menyeramkan<<

Moral of the story.. Kalau bawak kereta macam hantu jangan salahkan hantu bila berlaku kemalangan. Jadi berhati hati di jalan raya.

Sumber Cerita : Pengakuan mangsa kemalangan tentang LPT2 berhantu

6 comments:

  1. lepasni ada org buat cerita pasal LPT2 hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehhehhe.. jangan salahkan hantu tu memang win ayat dia.

    ReplyDelete
  3. Talutlah pulak nak lalu LPT.....nasibkah kg mak bukan Pantai Timur.....tp teringin gak nak gi Terengganu....

    Tulah sekarang ni mmg heboh pasal LPT ek...katanya buat solat hajatkan.... Cik abg ckplah sebab dia yg rajin baca paper hihi...

    ReplyDelete
  4. ish seramnya cerita ni, tapi saya memang kurang suka memandu di LPT. kalau balik kampung kami guna laluan gua musang je

    ReplyDelete
  5. saya memang penah dengar pasal cite seram kat situ walau highway tu tak penah lalu. hehe
    benda camni kadang macam satu jangkitan. cite dari mulut ke mulut. tu yang elok tak ada apa-apa, jadi apa-apa. maksud saya penampakkan tu.

    yang pasti jin dengan syaitan memang ada nak sesatkan manusia
    hantu aje takde...full stop. hehe

    ReplyDelete
  6. Balik kg 31 Ogos. Kereta tak semena2 terangkat dan terus terbabas langgar penghadang jalan. Kereta depan kiri remuk dan belakang tepi kemek n calar2. Alhamdulillah saya selamat. Pelik n ajaib sebab kereta lepas major service n saya pandu xlah laju sgt. Trauma hingga sekarang.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com