AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA

3/23/2016 01:43:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA. Semalam aku ada post entri pasal gambar yang tengah jadi viral sepasang pengantin hipster ni. Almaklum la cara depa posse tu mengundang sakit mata pada pandangan mata masyarakat maka ada orang rasa benda macam tu kurang senonoh untuk di jadikan posse kepada pasangan pengantin masa ambil gambar.


Ada jugak yang backing katanya aksi & gaya macam tu sebenarnya biasa di buat kat gym, so tak ada apa yang salah kalau pasangan pengantin nak buat posse macam tu. Mungkin tu salah satu aktiviti senaman untuk mereka. Ia di panggil sandwich apa ntah.. Ok la. Untuk tujuan bersenam tu aku accept la. Di buat pun kat tempat untuk bersenam, ye dak. Tapi kena ingat.. tak semua perkara tu sesuai di lakukan untuk semua keadaan & masa. Benda yang normal di buat kat sesuatu tempat untuk tujuan sesuatu perkara tu memang boleh nampak janggal bila di lakukan pada tempat,keadaan,suasana & masa yang salah.

Contoh macam tidur.. kalau tidur dalam bilik.. dalam rumah sendiri memang tak nampak janggal tapi tetiba kau tidur dalam ikea atas sofa yang display tu. Nyenyak siap dengan gaya kuak lentang lagi.. Gamaknya orang akan pandang macam tak ada apa2, seolah olah macam kau tidur dalam bilik sendiri ke tidak? Mustahil la kan.. Confirm orang pandang pelik & zaman sekarang semua orang ada camera atas tapak tangan ni. Nak2 pulak ada smartphone dengan fungsi camera secanggih ni boleh nampak gambar macam 3D lagi >> Ini Sebab Kenapa Kaki Candid,selfie & suka Ambil Gambar Kena Ada Smartphone ni <<  silap haribulan orang ambil gambar & viralkan tak pepasal je kau dapat malu padahal kau cuma tidur bukan berjimak pun kat situ. Sebab kau tidur kat tempat yang salah maka perbuatan tidur yang asalnya takde pelik kat memana jadi sesuatu yang pelik pada pandangan masyarakat.

So kita kena faham.. apa yang mungkin tak salah atau tak di pandang luar biasa kita buat tak semestinya kita boleh buat dimana & bila2 masa saja. Kalau tak kena gaya memang bahaya. Even dah jadi laki bini pun tak menghalalkan semua perkara yang halal kita boleh buat kalau salah tempat & masa. Nak2 lagi pasangan pengantin posse dengan post sandwich macam tu. Imaginasi manusia ni sangat2 liar.. Bagi korang mungkin aksi macam tu nak mengambarkan korang mengamalkan hidup sihat & selalu ke gym tapi sebab korang baru je di ijabkabul & masih dalam busana pengantin.. Orang yang mungkin tak tahu posse tu salah satu aktiviti senaman dalam gym dah fikir bukan2. Apa ingat semua orang pergi gym ke? hehehe

Moral of the story.. Banyak lagi cara boleh kita buat untuk mencipta kelainan di hari bersejarah kita. Kenapa perlu pilih cara yang boleh mengundang salah faham & kritikan masyarakat. Pokok pangkal kalau ada malu memang banyak perkara buruk boleh di elakkan berlaku. Sebab tu mulai sekarang kita kena mula kurangkan show off gambar2 yang melibatkan kita & pasangan ni. Aku dulu pun zaman jahiliah suka jugak upload gambar tapi bila trend viral ni mula berleluasa memang berhati hati jugak. Sebab kita takkan tahu siapa bakal jadi mangsa viral seterusnya...

5 comments:

  1. Masa tengah slim laratler nak buat gaya sandwich tu.. cer nanti masa dah mengembang badan tu, tengok larat ke tak agaknya nak senyum macam tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. Dah kenape posing mcm tu. Elok je mengundang org mngata. Pelik2 ni takyah buat la. Hehe

    ReplyDelete
  3. jimak depan org ramai ni perghhh

    ReplyDelete
  4. He...23x kalau lelaki dengan lelaki buat macam nie pun orang kecam, perempuan dengan peremmpuan buat orang tak tahan, inikan pulak lelaki dengan perempuan (walaupun dah halal)

    orang leh bayangkan apa yang korang akan buat pada sebelah malamnya he..23x

    ReplyDelete
  5. Mak aih posing..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com