DI KOCOK KOCOK DATO ALIFF SYUKRI & ISTERI MENGGELIKAN
Cuma bab publisiti je dia agak berjimat... Still dia suka yang murah2 jugak sebab tu dia suka sesuatu yang boleh cetuskan kontroversi. Iklan2 produk dia dari dulu pun banyak yang di kecam.. tak tau la kenapa Dato Aliff ni suka buat iklan2 yang nampak low class Yer. Antara iklan produk dia yang pernah di kecam satu masa dulu adalah produk kosmetik yang menampilkan seorang perempuan konon berniqab. Bila di solek mata dia menyerlah & cantik sampai laki orang pun tergoda. Lepas buka niqab tu sampai heart attact laki yang tengok sebab gigi rongak & jonggang. Ramai yang tak puas hati sebab ramai beranggapan macam satu penghinaan bagi wanita bernijab.
Bila di kecam.. Yup secara tak langsung dia akan dapat promosi free dari pengkritik cuma cara tu serius sangat nampak macam tak ada harga diri. Kadang2 tak paham aku.. Orang yang sanggup di caci & di hina hanya kerana sebuah populariti untuk strategi marketing. Belajarlah jadi seperti Arwah Yasmin Ahmad.. Yang karya2 dia sentiasa menjadi perhatian walau dia tak guna cara low class macam Aliff Syukri ni. Tak kira Iklan Tv atau Filem.. Semuanya ada berkualiti, bemoral & bermesej.
Terbaru iklan produk dia.. di kocok2 apatah.. Sepanjang drama Biar aku jadi penunggu di tayangkan.. maka berkali kali la kena hadap iklan di kocok kocok tu. Dalam iklan tu dialog dia banyak guna ayat pickup line yang tengah trend sekarang. Yang tu ok la.. Tapi sampai part dia tergedik2 macam orang naik nafsu syahwat sambil dok sebut di kocok kocok dengan tarian goncang dada tu auto aku rasa morning sickness di senja hari. Hahaha.. Tapi sebab aku selalu tengok sampai 7.30 jer.. so selalunya rasa mual & nak muntah tertengok iklan tu akan berakhir juga la selepas 7.30. hehehehe. Sekarang pun dah lama aku tak layan drama pukul 7. hahahaha
Aku tahu seorang Aliff Syukri memang akan terus buat iklan2 yang macam tu walau 1 dunia mengkritik dia sekalipun. Sebab dia sendiri tahu.. Benda2 macam tu memang boleh jadi kontroversi... Kontroversi bagi dia adalah satu publisiti buat dia & produk dia. Macam baru2 ni dia di dakwa memfitnah seorang peniaga kopiah.. Bila jadi kontroversi simply je dia minta maaf. Sekaligus kontroversi tu maybe menaikkan rating rancangan dia tu.. So aliff syukri & publisiti murahan berpisah tiada. Nak kata kebetulan bukan perancangan pun rasanya selalu sangat dia ni jadi kontroversi sebab macam tu.. hehehehe
Bagi aku produk D'herbs tu local produk yang biasa biasa je cuma sebab pengasas dia yang berpewatakkan macam cacing kerawit.. terlentok liuk.. terkiat kiat.. tergedik gedik macam tu.. Produk secara tak langsung semakin di kenali sebab perwatakkan pengasas dia yang macam tu. Orang pelik memang akan senang di kenali & di ingati katanya hahahaha.
Pun macam tu.. Dalam bisnes aku rasa dia antara yang terbaik. Walaupun seorang disleksia tapi dia membuktikan benda tu bukan penghalang untuk dia menjadi seorang yang berjaya memiliki empayar sendiri bukan saja di dalam negara malah di luar negara. Tak kisah la orang nak mencebik.. Alah baru masuk pasaran Thailand je pun. Thailand pun kau mampu ke? Yang tu aku memang kagum dengan usaha gigih dia. Cuma please la jangan terlampau cari publisiti murahan tak sesuai dengan gaya hidup seorang jutawan macam tu. hehehehe
Moral of the story... kalau tak pernah tengok iklan di kocok2 tu sila la melangut depan TV pukul 7 malam kat tv3. Selagi tak habis episod drama biar aku jadi penunggu tu selagi tu iklan tu ada.. Kalau pukul 7 tu bukan masa menonton korang patut ada benda ni supaya boleh tengok balik rancangan tv yang korang terlepas >> Dengan Ada Benda Ni anda takkan terlepas lagi rancangan TV atau drama kegemaran anda <<
hahhaa..baru tahu pasal iklan ni bila ada adik kakak ipaq yang umur 6 tahun buat aksi iklan tu.. ingtkan apa kes la budak nie..pastu tetiba nmpk iklan kat tv..omg! what the fishh =.=
ReplyDeleteKakcik tak pernah tengok iklan tu rasanya sebab kakcik tak tonton drama pukul 7 tu... :)
ReplyDeletememang menggelikan
ReplyDeletememang selalu tengok iklan tu sebab ikut drama penunggu tu. tpi tak sangka lak aliff tu dyslexia
ReplyDeleteTak pernah tengok sebab waktu tu tv tak dibenarkan dibuka.
ReplyDelete