PERJALANAN HIDUP SEORANG PENYANYI POPULAR AKHIRNYA DI PENTAS KARAOKE UPTOWN

5/08/2011 02:30:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Kita tak boleh meneka apa yang akan jadi seminit lagi apatah lagi esok hari, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan masa depan. Mungkin hari ni kita di julang penuh gemilang.. mengecapi populariti sehingga terlupa jika Allah nak tarik balik saat gilang gemilang cemerlang & terbilang tu seminit lagi pun boleh, kan??

Sebelum ni Sang Lekit ada terbaca dekat salah satu blog yang cerita pasal penyanyi popular era 80an yang berkaraoke di uptown danau kota. Tadi lepas pergi membeli belah sikit - sikit takde la gempak sangat. Baru dok tengok - tengok barang baby.. ada la satu dua beli buat langkah permulaan. Memang serius bila tengok barang baby tak tau nak beli apa. Kang terlebih membazir, terkurang tak cukup. So, beli sikit - sikit dulu, bulan depan sambung membeli lagi.

Berbalik pada cerita kita tadi lepas pergi membeli secara ala kadar tu, malam sempat singgah ke uptown danau kota cuci cuci mata. Sampai kat pentas karaoke tu terdengar la satu suara yang macam kenal sedang nyanyi lagu melayu lama yang sang lekit tak tahu tajuknya. Dah lalu depan stage tu mesti la pandang siapa empunya suara.. Alahai kak eton sameon rupanya (Zaiton Sameon). Suaranya masih merdu macam dulu.. tapi takde la seksi macam zaman popular dia dulu. Rambut maintain karat jugak.. make up maintain.. lipstik maintain merah menyala. Tapi bukan itu yang sang lekit nak highlight.

Saat kegemilangan zaiton sameon (Hasil carian google)

Kenapa sampai begitu jadinya. Dari pentas gilang gemilang akhirnya di pentas karaoke uptown danau kota yang selalunya tumpuan orang yang berkunjung kat situ bukan sasaran artis pun. Buat Sang Lekit mula insaf.. Nikmat itu adalah pemberian Allah yang di pinjamkan kepada kita. Jika Dia ingin merampas semula nikmat yang di beri takkan ada kuasa yang mampu menghalang. Mungkin hari ni kita lihat Dato Siti Nurhaliza cemerlang dengan kerjayanya seorang artis sehingga mampu membina empayar sendiri tapi takkan mustahil kalau Tuhan nak uji Dato Siti macam kak Zaiton Sameon tu dengan sekelip mata dia boleh hilang segala galanya kan?? Bukan doa cuma contoh.. Moga apa yang berlaku pada Kak eton tu memberi kita kesedaran & keinsafan.

Yang gemilang hanya kenangan.. Kini!

Entri ni bukan untuk mengaibkan beliau tapi sekadar buat renungan untuk kita semua. Jika ada mana2 hati yang tersentuh dengan entri ni terlebih dahulu sang lekit minta maaf yer.

P/S : Lagu Menaruh harapan pernah menaikan nama Zaiton Sameon di zaman kegemilangannya dulu. Jom kita imbau kembali..


14 comments:

  1. selalu je nampak kak zaiton sameon ni nyanyi kat uptown, downtown.. kota damansara, cheras...kadang2 dia jadi juri pertandingan karok kat sana.. tak tahulah, mmg dia dah jatuh atau mmg minat dia nk nyanyi kat sana..hmmmm~

    ReplyDelete
  2. sedehnya...hidup kita cuma pinjaman hari ni kita kat atas esok tak mustahil kita kat bawah...

    Apa yang dia dapat hari ini mungkin juga atas khilaf dia yang dulu..
    Subhanaalah...

    ReplyDelete
  3. wehh aku minat kot lagu dy ni..
    ade tajuk bahtiar tu..
    mmg lyn..jiwang habis..hahaha

    ReplyDelete
  4. wahhh kak eton nye body masih maintain lg tu,. keh keh keh

    ReplyDelete
  5. Aku minat lagu ni..semoga kak Zaiton diberi hidayah..

    ReplyDelete
  6. BETUL sangat entry kali ni lekit...

    kita taktau bila2 masa Allah boleh amik balik kegemilangan kita... mak dah rasa.. dulu bwk keter ratus2 ribu.. skrg bawak keter toyota corolla cikgu je... tapi tetap redha.. alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  7. fulamak..org veteren ni..byk pengalaman.hehe

    ReplyDelete
  8. lekit.. bersyukur dgn apa yang ada dan sentiasa doa agar nikmat yang dipinjamkan seketika tu tak melalaikan kita.

    ReplyDelete
  9. lagu die best sgt.takpe la mungkin rezeki die kat situ

    ReplyDelete
  10. hukum alam yang kadangkala menakitkan harus diterima dengan tabah.. sama samalh kita jadikan iktibar

    ReplyDelete
  11. wah..dah setat shopping brg2 bby ye..hehe..

    rajin g uptown..psl kak eton ni..ermm..x tau lah..roda kehidupan tu sentiasa berputar..
    ingatkan diri kita juga supaya jgn lalai..

    wahh..meriah blog ade iklan baru..cer citer..cer citer..

    btw..
    selamat hari ibu utk bakal ibu ni..dn jugak utk ibu abby..

    ReplyDelete
  12. mungkin dia masih minat nak menyanyi tp bkn utk glemer mcm dulu so tpt2 mcm tu maybe dpt lepaskan gian dia utk menyanyi..wallhualam..sy just fikir positif je...hehe~

    apa-apa pun kena amek iktibar kn..sy tgk artis skrg bijak..bila ada harta dorg beli aset..bkn liabilities =)

    ReplyDelete
  13. karaoke best lagu ni....sedap suara dia...

    aji jugak p uptOwn tapi x penah lagi npk dia nyanyi...cian kat dia...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com