20 BE @ CPUV NUFFNANG ON GOING DI BLOG
Mungkin jugak kesan dari transformasi yang aku buat di blog. Yelah.. lepas tukar template kepada lebih mesra SEO bagai aku tetiba dapat hidayah nak tukar ke dot com. Alhamdulillah aku tak rasa sia sia dengan pelaburan yang aku buat untuk blog aku. Traffic pun semakin meningkat cuma yang tak naik lagi harga review di blog lekatlekit.com. Still sama macam dulu setakat ni Jadi sapa2 nak review sila ambil kesempatan atas kemurahan hati aku yang masih tak nak naikkan harga review. hahahah...
Nuffnang walau 2 ticket aku hantar sebelum berdomain dot com dia tak balas at least CPUV yang on Going tu dia tak burn lepas tukar dot com. Pelik betul aku dengan nuffnang ni.. Kalau tunggu dia reply ticket aku gamaknya sampai sekarang aku tak ber dot com. Gila busy Nuffnang mengalahkan perdana menteri Malaysia. Hahahaha
Erkk.. tadi rasa nak cerita pasal BE @ CPUV jer kan? Apsal rasa macam terlebih cerita. Mungkin berjangkit dengan MummyDearie kot. Hahaha... Meh la tengok Tayang Umum BE @ CPUV yang sedang On Going kat Blog aku. Walau ada orang dapat lagi banyak tapi bagi aku kualiti tu lebih penting dari kuantiti. Buat apa BE berderet macam keretapi tapi earning satu dua sen je dapat kumpul, kan? hahahaha. Ok la tu kan 20 BE manatau boleh kumpul sampai pergi ke sini >> Ni cara Nak Jelajah Gold Coast Australia Selama 5 hari << Rezeki manusia terletak pada usaha, ye dak?? Kot2 rezeki dapat pi Australia 5 hari pun dah syukur hasil pacak banner Nuffnang katanya.
Moral of the story.. Time BE @ CPUV tengah rancak berdisko elok la rajin2 update blog sebab CPUV ni di kira dari per views bukan per clik. Banyak orang views blog hangpa masa BE @ CPUV ni sedang berkumandang maka peluang nak menjana lebih banyak earning tu terbuka luas.
wow!
ReplyDeletebestnyaaa....
MG punya nuff cannot open la...tatau la ape plak mslahnye ...ermmmm :(
banyak tahniah ... cam blog aku cpuv byk tp amaun ciput kuikui
ReplyDeleteBanyaknya Suria dapat, jelous saya. Tahniah buat Suria moga terus maju jaya dan berjaya lagi kaya.
ReplyDelete