SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU?
Rasanya cerita ni dah jadi viral tapi aku baru terbaca kat harian Metro tadi pasal kes tetiba pintu kaca balai polis bandar hilir yang katanya terbuka sendiri. Sebelah terbuka masuk ke dalam balai. Yang sebelah lagi terbuka kearah luar balai Kemudian salah satu daripadanya pecah tak tahu punca. Kejadian berlaku kira kira pukul 4.21 pagi 6 april.. kejadian dua hari lepas la. Time2 macam tu kalau korang jenis selalu baca kisah2 seram memang antara time kemuncak kalau nak berlaku apa2 gangguan berkaitan makhluk halus ni. Memang selalunya time sebelum subuh. Kang subuh satgi hantu pakat lari balik rumah dah. Kira time2 macam tu time depa dok merayap tak ketahuan hala la jugak. So sapa2 yang jenis kutu rayap tengah malam tu.. Kira geng depa jugak la kan...
Cara dia pecah tu kalau nak salahkan angin.. Memang tak berapa logik. Takkan angin bertiup dalam dua arah berbeza kat satu tempat. Rasanya balai tu kena buat majlis tahlil & bacaan Yasin kot bagi mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin boleh menganggu petugas petugas kat situ. Susah jugak kalau asyik kena kacau nak2 lagi yang duty shift malam ni.. Even polis pun.. Bab makhluk halus ni.. berdiri jugak bulu romanya pak! Walau tak sampai terkincit dalam seluar sekalipun. Gangguan makhluk halus ni mana boleh halau & halang dengan senjata api.. kau acah2 pistol dengan gari dia tak heran pun katanya. So, kena ada aktiviti keagamaan jugak la.
Moral of the story.. hope abang abang & kakak kakak polis bertabah la menjalankan tugas. Saja ja tu dia ucap salam perkenalan. Maybe baru sampai nak tumpang tidur dalam lokap kot. hehehehe
Harap abg polis yang bertugas shift tak gentar dengan hantu tu, Penjenayah pun kita tak gentar, inikan Pulak Hantu! Betul tak.
ReplyDeletesaya dulu kalau on 24 jam selalu jugak tidur kat pejabat. Tapi sejak kena kacau dah tak berani nak tidur kat ofis dah. Sanggup redah jalan pukul 2, 3 pagi balik tidur kat rumah.
ReplyDeleteGangguan mcm mana tu..boleh kongsi
DeleteAbang polis takkan gentar dengan mudah. Tengok tu, selamba aje tengok pintu terbuka sendiri. Yalah angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke dua arah maka pecahlah kaca. Apa nak diherankan. Hehehe!
ReplyDeleteSiapa yg percaya adanya alam ghaib dia manusia normal..so xpayah pikir smua ni..prkara normal
ReplyDeleteSaya jumpe Fakta ni kat youtube Kupi Kupi GO die bagi penjelasan pasal abang polis kat sana
ReplyDeletesaya ni umur 9 tahun duduk rumah tapi sebab kan tengok banyak kisah seram takut nk gi dapur salah satu sebab nye ialah mase kat sekolah rendah kalau clasmate saya gi kat library mase tu ketua kelas ada main satu permainan hantu charlie charlie pensil bile gerak rase takut sangat bile ketua kelas main sebar pule kat sekolah agama pastu ikut budak darjah dua pon main