ANAK MATI JATUH MAIN ESCALATOR, JANGAN BUNUH IBUNYA
Semua orang rasanya tau kes semalam pasal budak yang jatuh dari ketinggian 5 tingkat di kenanga wholesale city. Video gambar bagai dah rancak di viralkan. Hope kita tak perlu jadi salah seorang yang memviralkannya lagi. Aku ada baca komen2 yang memaki hamun, mengutuk, mengeji & ada jugak masih berperasaan seorang insan yang mendoakan kesejahteraan buat si ibu yang mungkin sekarang ni dalam keadaan tertekan & rasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku.
Semalam aku pun nak tidur terfikir pasal video tu terbayang andai tu anak aku.. Ya Allah rasa bayangkan pun aku tak sanggup macam mana la kalau kita yang berdepan dengan situasi macam tu. Besarnya tekanan untuk seorang ibu. Kalau betul pun dari kelalaian dia sendiri tak perlu kita jadi penghukum.. sebenarnya dia sendiri dah rasa terhukum dengan apa yang berlaku. Kita tak perlu menambah lagi beban rasa bersalah dia tu.
Cuma kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Sememangnya gadget melalaikan manusia. Tapi bukan salah teknologi cuma salah kita sendiri yang terlalu obses dengan teknologi. Kadang2 Allah nak bagi peringatan pada kita semua dengan menguji seorang hamba yang terpilih untuk hadapinya.
Memang ajal & maut Allah yang tentukan tapi tak bermakna kita tak perlu ambil langkah keselamatan untuk mencegah. Kalau berlaku jugak,takde la kita rasa bersalah sangat. Sekurang kurangnya kita dah cuba letakkan anak anak kita di tempat selamat.
Sudahlah.. berhenti menherdik si ibu. Sudahlah kehilangan anak jangan kita pulak jadi pembunuh ibunya. Perbuatan kita sekarang mungkin memberi tekanan besar pada si ibu & tak mustahil akan membunuh akal & iman si ibu. Bila akal & iman mati, risiko dia melakukan perkara yang bahaya akibat tekanan adalah lebih tinggi. Jangan jadi pembunuh akal & jiwa orang lain. Bagilah peluang untuk dia perbaiki apa yang silap & menikmati hidup yang lebih tenang.
P/S : selagi belum di uji jangan rasa diri kita terlalu hebat
tak paham dgn org ramai skang... patutnya kit jdkan pengajaran bukan bahan troll di media scial...
ReplyDeleteTak sanggup nak tengok video tu. Semoga ibunya kuat dan tabah.
ReplyDeletekaknoor tak berani nak tengok dengar anak bercerita je
ReplyDeleteAllahu...mmg akk kesian sgt kat ibu dia.kejadian ni mmg betul2 wake up call utk akk...bila bersama anak.jangan main hp..
ReplyDeleteMmg xsmpai hati nak tgk dan kathy pun tak nak mnyumpah seranah si ibu. Semua yang berlaku ajal,itu hanya penyebab sahaja. Wallahualam.
ReplyDeleteBetul tu... Jgn rasa diri hebat slagi belum diuji..
ReplyDeleteSaya rasa susah nak kutuk si ibu. Ya mungkin dia lalai. Tapi mana antara kita yg tak pernah buat silap. Klu dah nak jadi tu dgn sekelip mata saja.
ReplyDeleteKita tak payah hukum ibu itu sebab dia sendiri i am sure luluh perasaan dia. Boleh jadi terganggu mental dia. Jadi kita tak yah tambah derita dia.
Tengok video sbg satu peringatan bagi kita semua. Paling yg saya nak ingatkan ialah diri saya sendiri.
Nauzubillahi min zaalik.