RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI

7/17/2014 01:41:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Ok.. firstly aku nak bagi tau entri ni bukan nak mengumpat si Kiki yang sedang popular mengalahkan Aaron Aziz sebab video Viral dia memaki warga emas yang terlanggar kereta dia tu. Tak... aku tak rasa nak kutuk dia pun tapi aku nak kritik mereka2 yang mengangkat seorang pesalah & seorang yang menunjuk contoh akhlak tak baik sebagai bintang semata mata kerana rating.


Hari ni kat news feed FB aku memang kecoh Radio Era.. Radio Hit.fm & astro yang menjemput si kiki untuk di wawancara berkenaan isu dia memaki hamun uncle sim & mencederakan kereta uncle sim dengan stereng lock sebab terlanggar kereta mahal dia. Aku masuk jugak Fb fanpage radio era.. Mak Aaih.. majoriti memang mengutuk, mengecam & mengkritik.. (Dan ramai jugak memaki hamun) tindakkan era yang seolah2 mengangkat seorang pesalah sebagai bintang.


Aku pun tak setuju dengan tindakkan media, stesen Tv & radio sekarang ni... Benda2 yang bukan2 je nak highlight asal benda tu popular sudah. Kesannya.. benda ni jadi contoh pada orang lain yang kemaruk nak popular macam retis. Bila depa tengok even kiki tunjuk moral tak baik dalam video viral yang di sebarkan boleh jadi popular & macam di iktiraf stesen tv & radio.. tak mustahil benda ni akan jadi ikutan. Please la... Jangan kutip sampah untuk penuhkan slot rancangan Tv @ radio korang. Kalau ye pun nak rating tinggi biarlah yang berkualiti & manafaat sikit. Tapi aku pelik kenapa kiki tidak Uncle Sim sedangkan Uncle Sim lebih menunjukkan sifat yang baik. Bukan je dia tak berkasar dengan Kiki masa kejadian malah dia memaafkan kiki tanpa syarat pun. Sepatut hero yang perlu di highlight bukan pesalah. Ini bukan soal bangsa atau agama tapi soal sikap yang harus kita contoh.

Selebihnya kalau korang nak baca komen2 mengkritik era ni boleh baca kat Era.FM

Jadi Moral of the story senang jer... Berhenti dari mempopularkan orang bodoh @ buruk perangai. Jangan kemaruk sangat nak rating tinggi sampai sanggup di keji.

P/S : Bila aku menegur tak bermakna aku baik & perfect.. Bila aku bagi pendapat tak bermakna aku sentiasa betul. Aku cuma manusia.. yang melihat. Apa yang baik terimalah sebagai pengajaran.. kalau aku tersilap tegurlah seperti seorang insan.

4 comments:

  1. ERA? Owh mmg tak tau pasal ni. Haishh mmg tak sangka. Nape x jmp je uncle tu dan mohon maaf dgn ikhlas. Pelik ahh..nape lah ERA boleh fikir nak buat camtu.

    ReplyDelete
  2. saya pun tak suka tak setuju mem'popular'kan orang2 tak mendatangkan faedah kpd masyarakat n negara..dulu up kan bdk2 yg cari perhatian (Bobo) padahal takde apa yg berfaedah pun..skrg ni org yg takde sifat sabar dalam diri pulak..hmmm..

    ReplyDelete
  3. yeke? awatnya diorang buat lagu tu
    saya tak dengar pula era pagi tadi
    tapi memang tak wajar, dari panggil pmpuan tu
    baik panggil uncle tu yang buat saya solute sangat

    malam tadi dia buat saya terkedu bila dia kata yang lebih kurang bunyinya
    tuhan tak ajar kita benci pada orang yang buat kejahatan pada kita

    ReplyDelete
  4. aku takde hati nak dengar perempuan tu mintak maaf....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com