KESIAN GADIS NI DI AIBKAN GUA Tv Dot Com SEBAB MAKAN MC D

8/06/2014 05:10:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Sebelum aku membebel panjang aku dengan rasa penuh tanggungjawabnya nak ingatkan Boikot adalah hak individu. Tiada paksaan atau bukan kemestian. Nak atau tak boikot terpulang pada diri masing masing. Kita nak boikot, bagus teruskan tapi jangan mencaci, mengaibkan atau memalukan orang lain yang tak nak turut serta memboikot. Yang tak nak boikot pulak.. takpe tak salah disisi undang2 cuma jangan pertikaikan apa yang orang lain nak buat. Kalau tak boleh membantu sila membatu.

Likers ratus ribu pun nak guna taktik kotor lagi ke??

Walau budak ni bukan sedara aku.. bukan adik beradik aku malah aku tak rasa dia ada pertalian darah dengan aku sebab aku tak kenal pun budak tapi rasa geram jugak bila ada Page yang agak ramai likers menggunakan gambar budak perempuan dengan dengan cara yang sangat mengaibkan bagi aku untuk berkempen memboikot Mc Donald.

Gambar ni aku yang merahkan muka dia. Gambar mula2 admin page ni upload memang tak sensor langsung

Mula2 dia upload muka tak sensor langsung lepas kena tegur dia sensor muka tapi tetap bagi aku mengaibkan.. dia edit pulak perkataan Boikot dengan menukar huruf O tu kepada ehem ehem.. kat dada budak tu. Kau dah apahal?? Dia nak makan mc d pun dia punya pasal la.. dia tak nak boikot pun tu hak dia. Kau takde hak nak malukan dia sampai macam tu!! Gambar tu entah2 zaman bila punya pun kita tak tahu. dia main kutip buat modal lariskan fanpage dia jer.. Keji sungguh taktik Gua Tv Dot Com ni. Bila orang tegur kata orang nak membela budak pompuan pakai seksi ni & tak paham.

Lepas kena tegur dia upload balik gambar yang macam kat atas tu tapi dia blur kan muka dengan caption yang kat atas ni...

Nak boikot.. boikot je la.. Tak perlu sampai nak aibkan orang. Kita sendiri pun tak baik mana.. tetiba tang boikot jer beriya lebih tang benda2 wajib lain pandang macam tak nampak je...

Aku harap kalau budak ni tahu dia sedang di aibkan oleh Gua Tv Dot Com mohon buat laporan polis supaya admin page tu kena tindakkan. Baru akai yang kat lutut tu lari ke kepala.

Moral of the story.. Boikot tu bagus.. kalau ramai yang buat boleh melemahkan ekonomi mereka (Israel) tapi yang tak bagus ni ramai yang boikot ikut ikutan... Orang buat dia buat, lepas tu dia over lebih pada orang lain sampai bertindak di luar batasan macam Gua Tv Dot Com ni salah satu contoh jugak. Boikot dengan terlalu beremosi.. sampai keluar maki hamun bagai.. Tak mati musuh dengan maki kau tu. Lagi satu tak payah bergaduh. Nak buat.. buat, tak nak buat sudah. Apa yang baik orang buat tak payah pertikai.. Pertikaian ni la punca pergaduhan. Kalau yang over sangat boleh la tegur macam kejadian kat dungun terengganu boikot depan mc d tapi over sampai ada tang ketuk2 cermin restoran tu.. goyang2 pintu. Pendek kata buat kacau kat restoran tu. Yang tu aku rasa memang over.. Tu bukan cara boikot yang terbaik. Jadi buatlah secara berhemah & berpada pada yer...

10 comments:

  1. yang boikot kondem yg x boikot. yg x boikot plk bodoh2 kan yg boikot. haish! x fahamlaa kenapa masing2 nak cari gaduh. buat senyap2 sendiri tau cukuplaa

    ReplyDelete
  2. hurm... betul la tu.. hak masing2 nak boikot atau tidak... yang dah boikot tu overrrrr sangat pulak.... cer belajar sikit cara Rasulullah camne... haih.... aku anti betul dengan makhluk boikot yang overrrr sangat aibkan orang....

    ReplyDelete
  3. perghhhh o o dia mcm2 la dia org ni

    ReplyDelete
  4. kalau akak jadi budak pompuan tu akak SAMAN MALU 1 JUTA!!!

    ReplyDelete
  5. 1 juta dah tak de mana zaman sekarang ni kak, paling murah pun Saman RM 13 juta, baru cukup!

    ReplyDelete
  6. nampak sgt admin page tuh cetek pemikiran..nih jenis akai kt lutut

    ReplyDelete
  7. mmg kurg adab admin gua dot com tu. bila dah ditegur macam tu pulak...? memang melampau.
    teruk dah dunia la ni...

    ReplyDelete
  8. bOdOh...yg O tu focus..

    ReplyDelete
  9. Bodoh betul la orang yang macam ni. bangang. Apasal nak buat ayat boikot tu macam tu. Buat malu jela .

    ReplyDelete
  10. ni melampau sangat namanya
    kenapa nak buat sampai begitu especially perkataan boikot
    nak boikot ke tak terpulanglah, tak perlui aibkan begitu
    tumpang simpati pada gadis tu

    mungkin ni lah faktor kenapa FB akan dilupuskan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com