TIDAK BOLEH MENAMPAL STICKER PADA CARTA GERAKAN BAYI DI BUKU PINK
Yer comel memang la comel tapi buku pink tu bukan diari kisah kehamilan hangpa ok! Tu buku yang akan merekodkan semua laporan kesihatan ibu & bayi sepanjang kehamilan. Buku tu kira buku rasmi la.. Bukan buku nota nak conteng2 sesuka hati ok.
Sebenarnya tak boleh tau kita nak tampal2 sticker.. buat doodle cute kat buku pink tu tak kira la kat bahagian carta gerakan bayi atau kat mana2 muka surat pun. Nak tau sebab apa?? Meh sini ahkak puaka niyang rapik nak bagitau.. Ni kalau tak bagitau satgi ramai pulak yang buat. Yelah.. Semua orang sekarang gila nak di viralkan. Almaklum la zaman media sosial kan. Memasing nak jadi retis pesbuk.. retis setageram retis tuweter bagai kan.. So, mereka akan cuba buat apa saja yang boleh menarik perhatian netizen.
Tapi malas pulak akak nak taip pepanjang.. So akan sekerinshot je la yer.. Bukan apa taip balik satgi salah fakta ke hapa.. Jadi salah faham pulak. So sila baca sekerinshot kat bawah & hadam betul betul kenapa tak boleh tampal sticker.. lukis doodle ke hapa pada buku pink tu..
So ibu ibu yang sedang hamil & yang dah buka buku pink tu simpan la elok elok buku pink tu yer.. Bukan je semasa mengandung nanti mungkin di perlukan di masa akan datang yang kita tak tahu bila. Tak kisah la dari anak pertama sampai ke 10 pun.. Better simpan sebagai dokumen penting. Tak payah la nak cipta kelainan sangat semata mata nak jadi attention seeker.. Banyak lagi benda lain boleh buat kalaupun nak meraih perhatian awam kan. Buku buku & dokumen penting macam tu better la dia seperti yang sepatutnya. Benda tu bukan benda untuk di buat gurauan.
Moral of the story.. Susah juga kan berada di era social media ni.. Memasing berebut nak jadi popular kat social media. Kadang2 sampai di luar logik akal orang buat. kekekeke
Halahh..ada jugak pakai stiker ya XD. Seronok sangat tu sampai guna stiker nak rekod (banyak stiker dia pakai jugak tu)
ReplyDeleteKalau silap lekat stiker atas buku pink ni maka susahlah untuk ditanggalkan kemudian.
ReplyDeletetq share ... mmg tak boleh pun, misi ada bgtau dulu, lepas tu mmg kena simpan elok2 buku ni , tak tahulah nak simpan berapa lama, tapi kak pip simpan la juga elok elok, kot2 satu masa nnt ada keperluan nak guna kan...
ReplyDelete