PATUT LA BOLEH SAVING RM1000 SEBULAN WALAU GAJI CUKUP MAKAN JE.. RUPANYA..
Kadang2 bukan boros.. Tapi tak tau la orang kata tup tup duit habis macam tu je. Banyak komitmen katanya. Bayar tu bayar ni.. Macam macam la alasan orang yang tak boleh nak menyimpan ni.
Niat tu ada nak menyimpan.. Tapi tu kadang2 kita tak tau cara dia macam mana.Puas dah dok jimat tetap tak mampu jugak nak saving. Poket bocor ka hapa gamaknya pun tak tau la. Tapi bila tengok orang boleh saving at least RM1k (Seribu ringgit Malaysia) walhal gaji dia tak la besar mana. Pelik jugak kan.. Celah mana dia boleh simpan sampai seribu sebulan tu? Dia guna toyol ke hapa?
Tak baik tau tuduh tuduh orang buat benda benda khurafat macam tu.. Tak semestinya orang bergaji rendah tak boleh saving. Tak semestinya kalau dia mampu saving dia bela toyol. Nak bela toyol pun kos tinggi ok sekarang ni. Apa hangpa ingat toyol makan asap bakar sampah je ke? Toyol sekarang pun demand ok hehehehe
Sebenarnya kadang kadang cara kita manage kewangan tu tak betul sebab tu tak dapat nak buat simpanan walau sikit. Ada cara paling mudah sebenarnya kalau hangpa nak buat simpanan duit sekurang kurang RM1000 sebulan.. Kalau hangpa baca kisah ni mungkin bagi inspirasi untuk hangpa nak saving
Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun ianya nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi, untuk kehidupan di bandar, pendapatan sebegitu adalah termasuk di dalam kategori miskin bandar.
Isteri saya pula tidak bekerja, bagi saya, perihal beban kewangan, biarlah saya sebagai suami yang tanggung sepenuhnya, manakala isteri pula memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga dan mendidik 2 orang cahaya mata kami. Apatah lagi akhlak sebahagian remaja di bandar sangat merisaukan jika terdedah tanpa pengawasan ibu bapa
Walaupun saya telah sedaya upaya mengatur kewangan dengan sebaik mungkin, namun, boleh dikatakan, hampir setiap bulan... ada saja perkara-perkara yang diluar jangka berlaku!
Kereta rosak, kena saman trafik, anak sakit, peti ais rosak, hal-hal kecemasan dan terpaksa pulang ke kampung, bos hantar kerja outstation (walaupun boleh claim, tapi terpaksa guna duit sendiri dahulu).
Perkara-perkara sebegini menyebabkan peruntukkan perbelanjaan bulanan saya terganggu sehingga menyebabkan, saya terpaksa korek semula simpanan yang ada pada setiap bulan. Duit yang diperuntukkan untuk di simpan.. hanya dapat simpan sekejap sahaja, lepas tu, terpaksa keluarkan semula! Kalau tidak, dapur tak berasap dan anak tiada pampers dan susu! ..
Pernah satu hari... wang di dalam dompet hanya tinggal RM30 sahaja dan gaji akan masuk 3 hari lagi. Saya betul-betul berharap, untuk tempoh 3 hari tersebut, tiada perkara-perkara yang di luar jangka akan berlaku.
Bila difikir-fikirkan, hampir begitulah kehidupan saya setiap bulan... asal tiba sahaja hujung bulan, duit dalam dompet sekadar cukup-cukup sahaja! Jika ada berlaku hal-hal kecemasan yang melibatkan wang! Nak tak nak, saya terpaksa keluarkan semula duit dari tabung haji ataupun pinjam duit dari kawan-kawan.
Pernah juga terlintas di fikiran saya untuk pinjam duit dari Ah Long.... tapi Alhamdulillah, saya belum sampai ke tahap sebegitu lagi.
Setelah beberapa bulan saya amalkan tips-tips berjimat cermat yang saya perolehi dari pelbagai sumber tersebut! Saya mula dapat mengekalkan wang yang di simpan! (tidak lagi perlu korek semula)
Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!
Moral of the story.. Kadang kadang kita ada cara nak menyimpan walau pada pandangan mata kasar kita macam tak cukup. Bukan pasal tak cukup duit cuma mungkin tak cukup ilmu je buat kita tak tahu macam mana nak buat saving tu.
saya buat potongan ASB. Setiap bulan wajib kena bayar.
ReplyDelete