SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE?
Semalam terbaca satu caption ni.. Katanya "Jangan Malu bergambar pakai lenovo sendiri, Tapi malulah bergambar guna iphone orang." Terfikir jugak aku apa nak malu guna lenovo. Kalau di bandingkan lenovo dengan Galaxy Y aku rasanya yang pakai lenovo boleh kerek la sikit. Galaxy Y ni dah jauh sangat tertinggal. Tak tau la selain aku sapa lagi masih guna. Hahahaha...
Bagi aku takde apa yang memalukan walau guna 3310 pun. Yang memalukan adalah kalau guna enpon curi. Yang tu bukan je patut malu dengan sesama manusia malah patut takut dengan balasan Tuhan. Biar enpon tak up to date tapi ia datang dari hasil duit sendiri bukan curi.
Kalau kemampuan setakat mampu pakai lenovo bersyukur la. Masih ada orang jangankan nak beli smartphone nak makan pun terpaksa kais macam ayam. Tak payah nak berlagak di luar kemampuan. Jangan kau nak pakai enpon mahal canggih yang boleh scan sampai ke dalam baju orang tapi orang makan nasi kau makan hati je. Secanggih mana pun teknologi smartphone ni.. Bila kau mati dah tak ada fungsi dah semua tu. Melainkan enpon mahal.. boleh bawak sampai ke dalam kubur & boleh call & share pengalaman di soal malaikat. Mungkin bagi manafaat jugak la beli.. At least dapat menyebarkan macam mana siksa la dalam kubur hahaha
Suka sangat entri ni sis. Memang byk dgr org merungut malu sbb guna lenovo. Smua pakat nak iphone. Tapi bg kathy syukur alhmdulillah dpt guna lenovo ni. Dpt jg snap gambo dan update blog. Blanja biarlah ikut kemampuan kan sis? So far, puas hati dgn lenovo.
ReplyDeleteade orang ckp lenovo cepat rosak. betul ke..
ReplyDeleteIkut poket memasing la kan.. Apa lah nk dimalukan. Tp kecewa gak sbb lenovo ni pki tak smpi stgh tahun dh rosak. Hang memanjang. Ada waranty pun nk kena thu 3-4 hari nk repair pun dh kena ada hp baru jugak dah tu nk pki apa kan.. Ikut nasib gak la kot jenis2 hp ni. Cam suami akk dia jenis tak kisah brand apa pun. Tp bila benda cpt rosak ... Terdetik gak.. 3310 pun tak hang. Blh taip sms tanpa hang kira okey la tu.
ReplyDeleteasalkan ada phone..
ReplyDeleteTakde apa nak dimalukan, kenalah sedar diri tahap kemampuan tu. Janji tak susahkan orang lain.. ;)
ReplyDeletepernah guna... "contact hanging"... jd tepaksa tukar angin
ReplyDeleteada ye manusia gitu
ReplyDeletesaya pakai lenovo juga...selamba aje ambik gambo ke apa ke...huhu
mentaliti orang lah kot...
cam pepatah tu, beso kerak dari periuk
Apalah yang nak dimalukan, ikutlah kemampuan sendiri. Kalau mampu pakai 'lebodo' pakai ajelah. Takkanlah nak buat installment bayar bulan-bulan setakat nak pakai I-lempangkan!
ReplyDeleteAkak ni sengal bab-bab gajet pastu malas nak belajar makanya Iphone tu memang langsung takda teringinlah nak membeli. Kalau Samsung tu adalah juga sipi-sipi teringin dalam hati tapi yang paling penting skrin mesti besar supaya jerawat halus pun boleh nampak kalau selfie. Bukan apalah, akak ni rabunkan! Skrin kecil boleh buat akak stress sampai naik BP tau!