GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA
Budak budak sekarang ni.. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je. Tak ada tapis tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je bak kata orang kedah. Kita ni orang melayu ada adab & sopan. Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan kawan walau mak bapak kita sporting tahap gaban sekalipun.
Aku tak rasa satu ucapan macam ni satu penghargaan apatah lagi ucapan yang mampu buat mak bapak dia bangga dapat anak macam dia. Kepala kau tutup elok je.. kenapalah perangai kau sampai terbogel nampak kemaluan yang tak sepatutnya. Berpada pada la nak bergurau dengan bapak pun.. Boleh je kau wish thanks dad tak bagi mak baru kepada kami. Aku rasa wish macam tu boleh lagi terima dari kau ucap terima kasih kat bapa kau sebab tak pakai kondom. Malu muka bapak kau dik.. Nak2 lagi anak perempuan wish macam tu. Sorok muka dalam spender di buatnya kalau kawan2 bapak kau atau sedara mara baca ucapan hari bapa macam ni.
Bila nak tiru style mat saleh alih2 jadi viral memalukan satu keluarga. |
Bulan2 puasa ni tak payah nak cakap merapu sangat la. Bukan je mengurangkan pahala puasa sendiri malah boleh mengurangkan pahala lain jugak. Mana taknya kalau dah pelik2 sangat manusia ni akan tetap la nak mengata jugak. Macam kes ni.. bukan la kita cari tapi dah lalu kat news feed FB maka tercarut jugak la dengan kata kata.. "Anak sapa la perangai tak senonoh sangat ni.." Dah terkata kau tak senonoh.
Moral of the story.. Zaman media sosial & viral nak buat lawak anak beranak pun kena fikir panjang sebab kau tulis kat media sosial bukan bapak kau je yang baca. Malah bapak orang lain pun boleh baca. Jadi jangan sebab nak nampak sporting bagai kau hilang kemaluan & sekaligus mengaibkan seluruh ahli keluarga kau.
Astargfirullah..
ReplyDeleteTengok anak2 skrng..
Menakutkan..
Suka2 jer wish macam tu ..
Pastu tak tahu makna ke ?
Mungkin dia maksudkan perkara yang lain. Dia rasa bapanya memang mahukan dia dilahirkan ke dunia sebagai anak. kalau guna kondom mmg dia pun xde la. apapun, cara dia memang tak kena walaupun dia iklas menghargai bapanya. tak perlulah kecam dia sngat.
ReplyDeleteArrrkkk!.. terlampau nak jadi omputih sangat tak sesuai untuk masyarakat Malaysia.
ReplyDeleteTak pasal-pasal viral dan dikecam.
ish...berani je dia ckp mcm tuh..budak2 skang ni dah tak malu sangat..sbb terlalu open minded kononnya!!
ReplyDeleteBebudak sekarang bercakap dgn mak bapak tak berlapik langsung. Akibat terlalu byk tengok filem barat agaknya, so called open minded konon. Kekdg dengar pun kita pulak yg malu. Mak bapak pulak layan je, makin menjadi kurang adabnya. Hmmmm....
ReplyDeleteSemakin kronik akhlak dan budi pekerti anak anak muda zaman sekarang
ReplyDelete