HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI
Gambar sekadar hiasan. Carian Google |
Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.
Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.
Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.
Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.
Setuju tu.. sebab tu tak banyak gambar yang ai upload.. cuma dari segi pihak orang lain kita tak boleh nak sekat cuma apa yang boleh buat.. berdoa moga takde gambar yang mengaibkan atau tak lawa appear pada wall orang lain.. ;)
ReplyDeleteni kes yg terbaru ni doktor selfie dgn pesakit yg tengah nak bersalin sampai nampak "anu" orang tu lagi kes naya...bonggok tang mana pon tak tau la
ReplyDeleteHahhaaaa... opppsss sorry ketawa la pulak.
ReplyDeleteTeringat kisah gambar member kena upload kat portal company tengah games bawa bola kat lutut buruk habis mengamuk la member yang kena tu..
Setuju nak upload gambar beramai atau orang lain biarlah yang elok dan molek. Kalau gambar sendiri suka hati kaulah!!!
hmmmm hahaha aku mmg tgk muka aku je selalunye .... hahahha
ReplyDelete