KENA SEDIAKAN RM100 MASUK ZOO NEGARA

3/30/2015 02:38:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Setelah sekian lama aku tak jenjalan kat zoo negara.. last aku masuk tiket untuk dewasa baru RM15. Semalam asben bawak masuk zoo negara. Yelah.. kami ada anak tengah membesar di kawasan bandar & tinggal kat rumah tingkat 9 takde halaman.. Jarang outdoor, masa banyak habis kat dalam rumah.. seminggu sekali dua jer keluar so nak kena bawak jugak kenal alam semulajadi, flora & fauna katanya... Aku lain la budak kampung. Besar dengan main pasir, main hutan, main segala benda yang ada di sekeliling kehidupan aku di kampung.

 Sumber Google

Nak masuk harus la kena bayar.. harga tiket sekarang RM30 untuk dewasa & RM15 untuk kanak kanak. Untuk kami 3 beranak RM75 dah abis kat pintu masuk tu. Memandang cuaca sangat la panas lit lit bak kata orang kedah.. nak jalan pun energy macam low.. Maka ambil la tiket naik ketapi kontot kat dalam tu. Tiket dia RM5 untuk dewasa & RM4 untuk kanak kanak. Kat situ dah habis RM14. Parking RM5. Jumlah dah RM94. Kurang RM6 nak cukup RM100.. Tak termasuk makan minum. Dalam situ harga makanan bukan macam kat luar. Semua double. Kalau anak ramai gamaknya aku bawak tengok pintu zoo negara je kot. hahahaha

Ni GST pulak nak datang... Kos hidup semakin tinggi. Orang yang kata GST tak membebankan aku anggap depa kaya je la. Takde GST pun kos sara diri memang dah sedia mahal.. Memang la kalau family aku kami boleh survive lagi tapi hidup ni kadang2 kita kena fikir tekak orang lain jugak kan? Dok fikir kita mampu & anggap semua orang macam kita berkemampuan.. Memang kita nampak orang yang menentang kenaikkan harga barang atau cukai yang nak di laksanakan seperti orang bodoh memekak pada perkara yang tak penting.

Nak beriadah pun kena bayar kos tinggi.. Apatah lagi nak buat benda2 lain. Dah la bumi ni dah banyak di ragut manusia untuk pembangunan.. sampai flora & fauna pun semakin pupus, maka terpaksa la manusia cari tempat perlindungan flora & fauna yang berbayar untuk semata mata nak bagi anak anak kenal kehidupan yang ada dalam mukabumi ni.

Moral of the story.. semakin maju sesebuah negara semakin pupus benda percuma & semakin banyak harga yang perlu di bayar.

P/S : Rasa macam tak berbaloi je masuk zoo sebab tak jalan sangat sebab panas, anak aku pun bukan minat sangat haiwan dia lebih suka tengok serangga terbang, burung bagai macam tu. Bawak masuk tempat rama2 dalam zoo tu je dia paling excited.. atau tengok burung. Yang lelain dia tengok air la.. pokok la.. tak heran pun haiwan. hahahaha

7 comments:

  1. Bila baca ni, terus hilang rasa teringin nak bawak anak-anak gi Zoo Negara. 2 dewasa 2 kanak! Fuh, semangat!

    ReplyDelete
  2. aku pun dah lama tk bw anak pi zoo negara ... rasanye dah 6 thn kot tak pi ... gile mahai skrg ni .... aduhai

    ReplyDelete
  3. Aiseh.. Mahal nyer. Kathy 6 branak bergaru kepala kalau nak masuk. Huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee itu tak menengok panda lagi kann. ;p

    ReplyDelete
  5. Kira nyesal separuh nyawalah ni dah masuk baru tahu anak tak minat kebanyakan haiwan dalam zoo tu? Hehehe... Kalau akak nak masuk, HD kena RM50 sebab non Malaysian, makanya kami 4 beranak dah kena bayar RM110 kat depan pintu masuk jerk. Si Abang dah pernah masuk Zoo Negara ni tapi Adik belum pernah lagi. Nak bawa itulah masalahnya.... mereka nak pi tengok kambing, itik, ayam, burung... nak watpa? Itu semua kita tengok free pun boleh. Nak juga kenalkan pada tiger, lion, elephant dan sebagainya supaya nanti dah sekolah takdalah orang suruh lukis gambar tiger, depa lukis anak kucing!

    Erkkk...sorrylah... teruja lagi sampai buat kotak komen ni macam hakmilik peribadi jerk *_*

    ReplyDelete
  6. betul, memang mahal dari pintu mausk hingga semua kat dala
    tu belum tengok panda lagi.

    saya pun ada bebaru ni pergi, good thing anak-anak saya suka binatang.
    so ada sikit rasa berbaloi walau melayang RM
    kami tak naik tren tu, jalan kaki keliling. letih tak ingat
    tapi seronok dok layan anak-anak

    cuma pada masa terdekat ni, tak pergi lagi dah
    tunggu kaya sikit lah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com